Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 31, 2010

Zambry - Berita Paling Lawak setakat ini!


Tak tau nak komen apa!
Memang kelakor tahap dewa!

sunsnake 31032010

Zambry dedah ditawar jadi MB jika sertai PKR

31/03/2010 3:51pm

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini. - Melayau

PRK Hulu Selangor (9)- PKR disantuni PAS & DAP


Alhamdulillah..
Maka Sahlah seluruh kepimpinan parti-parti didalam Pakatan Rakyat bersetuju bahawa calon PKR akan mewakili PR kali ini. Tanpa ada sebarang ugutan malahan pergaduhan mahupun sindiran, Pakatan Rakyat sekali lagi membuktikan betapa mereka semakin matang dalam menempuhi perjalanan menyelamatkan Malaysia daripada kezaliman UMNO-BN!

Itulah uniknya Pakatan Rakyat!
Seorang berbangsa Melayu boleh menjadi calon bagi DAP
Seorang berbangsa Cina boleh menjadi calon bagi PKR
Seorang berbangsa India boleh jadi calon bagi PAS!

Barisan Nasional?
Mana mungkin seorang berbangsa India menjadi calon bagi UMNO!
Mana mungkin seorang berbangsa Cina menjadi calon bagi MIC!
Mana mungkin seorang berbangsa Melayu menjadi calon bagi MCA!

Buat rakyat Malaysia..
Bukalah mata.. tajamkan minda..
Jangan terus dibelenggu penjajah UMNO-BN, selepas penjajah-penjajah luar balik..
UMNO-BN inilah 'saka' kepada penjajah-penjajah luar tadi!
Malahan lebih hina apabila turut melutut di kaki Israel!
sunsnake 31032010

Pembangkang letak calon PKR di Hulu Selangor

31/03/2010 4:05pm

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pakatan pembangkang akan meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi Pas dan DAP sebelum menamakan calon itu dalam masa terdekat.

"Ia (pemilihan calon) masih terbuka... itu proses biasa dalam parti, kita kena dengar dari cabang negeri, masyarakat tempatan, kemudian kita bincang dengan rakan-rakan pimpinan PKR serta rujuk kepada pimpinan Pas, DAP dan kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen di sini hari ini. - Bernama

PRK Hulu Selangor (8)- Lagi MIC dilempang UMNO!


Mamat ni punya la ultra malay..
Agaknya kalau boleh Islam tu pun India & Cina tak boleh sentuh!
Islam exclusive untuk Melayu sahaja!

Woi!! Kalau ikut majoriti..
Semua ahli parlimen berbangsa Cina dan India hanya boleh jadi senator je laaa!
Bodoh punya Ketua Bahagian!

Teman tak tau la macam mana cara UMNO nak kempen ke orang Cina dan India di Hulu Selangor kalau calonnya melayu.. melayu 53%.. pecah 1/3 dah PR punya.. InsyaAllah...
Cina dan India kalau dapat dalam 70% daripada jumlah 2 kaum tu..
dah cukup untuk menutup mulut busuk pimpinan UMNO-BN nih!
sunsnake 31032010

Ahmad Ismail mahu berkempen di Hulu S'gor

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Ahmad berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan meninjau kehendak akar umbi terlebih dahulu sebelum menentukan calon yang sesuai bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ahmad yang juga presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkata, pada pandangan beliau, calon yang dipilih mestilah berdasarkan majoriti kaum yang di situ.

"Majoriti di (parlimen) Hulu Selangor adalah Melayu. Oleh itu, beri kepada Umno dan pada masa yang sama, kejujuran parti lain juga akan teruji..

“Saya sokong penuh calon Umno bertanding (di Hulu Selangor)," katanya ketika diminta mengulas gesaan beberapa pemimpin Umno di situ yang mahukan kerusi tersebut dipulangkan kepada parti itu.

berita penuh

Akibat tiada majoriti 2/3 di Parlimen...


Anwar dakwa MEB 'cedok' agenda ekonomi Pakatan

Mac 31, 10
3:45pm
Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'mencedok' kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan. Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah mengenalpasti beberapa kandungan utama dalam MEB yang mempunyai persamaan dengan AEM. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan. Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat. "Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa," katanya.

berita penuh

Tradisi - Agung wajib puji Perdana Menteri?


Badut Parlimen sorang ni makin hari makin haru dan kacau!

Apa perlunya Agung WAJIB memuji Perdana Menteri setiap kali buka Parlimen?
Bukankah Agung lebih tinggi daripada Perdana Menteri?
Bila pulak Perdana Menteri lebih berdaulat daripada Agung?
Dan bila pulak ianya jadi tradisi?

Jika dah terbukti Perdana Menteri tu gagal melaksanakan tugasannya dengan adil, adakah Agung masih WAJIB memujinya?
Jika begitu, sama sahajalah taraf Agung dengan Ketua Bahagaian UMNO!

Dan jika ianya bukan WAJIB, maka Badut Parlimen si Tajudin Pasir Salak ini awajib dijatuhkan Hukuman Gantung kerana menderhaka kepada Agung!
Kalau Amin Al-Maunah boleh digantung kerana sabit kesalahan menderhaka kepada Agung, takkan yang ini kebal kot?
Ke sebab dia ada jawatan Pengerusi Felcra? alaahh.. RM 6 juta tu ada lagi kan?

Dan jika nanti Pakatan Rakyat ditakdirkan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia, jangan pulak ada pimpinan PR yang mengeluarkan statement-statement bangang macam si badut parlimen dari Pasir Salak nih!

sunsnake 31032010

Anwar didakwa hina Agong, Sultan Perak
Mac 23, 10
2:50pm
Ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menyelar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan menggalakkan penyokongnya untuk turut menghina Sultan Perak.
Tajuddin berkata beliau hairan mengapa Anwar begitu iri hati apabila Yang di-Pertuan Agong memuji perdana menteri dalam titah ucapan baginda semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat sebelum ini. "Ini adalah tradisi apabila membuat titah ucapan di atas perkara-perkara yang dilakukan perdana menteri demi kepentingan negara dan kebajikan rakyat.

berita penuh

Lim Guan Eng Pemusnah Bangsa Melayu!


Kalau orang UMNO piaw terbaca tajuk teman kat atas kompom!
dah pi asah keris dah! cuma..tak tau la keris yang mana!

Malu la bila cina ni pertikai dan concern(ambik tau) hak orang melayu yang melayu sendiri hilangkan!

Buat melayu-melayu UMNO.. gi asah keris sekarang!

Bila la pakcik-makcik Felda nak sedar..
Bila la budak-budak pekida nak faham..
macam suka pulak depa selama-selamanya kena bodoh dek UMNO!

sunsnake 31032010

GUAN ENG : KEMANA HILANGNYA SAHAM BUMI RM52 BILION

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan menyiasat sebab saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di bawah dasar afirmatif kerajaan tidak lagi dimiliki oleh mereka.

Ketika bercakap kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini, hakikat ketiadaan lagi saham-saham itu di tangan Bumiputera adalah satu pengkhianatan.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (7)- MIC dilempang UMNO!


Teman tak terperasan lak ada berita ni..
Kan dah semakin sah! yang akar umbi UMNO Bahagian Hulu Selangor mahukan calon mereka bertanding!

Maklumat terbaru yang teman terima dari kawan-kawan didalam UMNO, ada usaha yang serius melalui pimpinan Bahagian dan Negeri bagi mendesak sekeras-kerasnya pimpinan BN agar memilih calon UMNO sebagai calon atau bakal menghadapi sekali lagi gelombang 'undi protes' yang diberikan kepada Allahyarham Dr. Zainal dan menenggelamkan sekali lagi Palanivel atau calon MIC kelak!

Di beberapa tempat didalam kawasan Hulu Selangor antaranya di Serendah, terdapat 'banner' yang digantung ditepi-tepi jalan yang menunjukkan ketidakpuasan hati sekiranya Calon MIC yang dipilih malahan ada banner yang mendesak calon selain G.Palanivel! Jika tidak mereka akan menolak calon BN!

Inilah antara bukti masalah-masalah dalaman yang semakin hari semakin serius dialami oleh BN. Marilah kita sama-sama saksikan apakah kesudahannya.

Sementara itu di pihak Pakatan Rakyat, tidak terdengar suara-suara ahli-ahli PAS mahukan calon mereka bertanding mewakili Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana PAS sememangnya memahami ini adalah kerusi tradisi PKR dan PAS hanya pernah bertanding menggantikan PKR suatu ketika dahulu atas permintaan PKR yang ketiadaan calon. (PRU 2004-Calon PAS Ustaz Ismail Kamus).

Wallahua'lam
sunsnake 31032010

'MIC digesa serah Hulu S'gor pada Umno'
Mac 30, 10
1:39pm
MIC diminta berkorban dengan menyerahkan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada Umno yang lebih berpeluang untuk merampasnya semula dalam pilihan raya kecil akan datang. Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abibin Ahmad yang meninggalkan kerana barah otak, khamis lalu. "MIC kena berkorban, pilihan raya kecil ini penting kerana ia adalah pertama kali di Selangor selepas (negeri itu) terlepas kepada Pakatan Rakyat," kata sumber Umno Selangor. "Ia akan menjadi kayu pengukur, apa salahnya (diberikan kepada Umno) kerana ia adalah kejayaan parti, bukan kejayaan individu atau kejayaan sesuatu kaum.

berita penuh

Dey maacha!! Mana mau cari area India majoriti?


Setahu teman takde lagi mana-mana DUN atau Parlimen di Malaysia yang kaum India adalah mejoriti pengundi. Setahu teman laa..

So, kalau dah takde, apa ke masalahnya parti picisan ni nak bertanding di kawasan majoriti kaum India sahaja? Disaat rakyat Malaysia semakin menolak parti-parti politik yang berasaskan perkauman.. Ada jugak yang menongkah arus dan bakal dikuburkan oleh rakyat!

Sudah-sudahlah.. UMNO,MIC dan MCA pun sudah mau bungkus la macha!
sunsnake 31032010

HRP sahkan tak akan tanding di Hulu S'gor
Mac 29, 10 2:35pm
Parti Hak Assasi Manusia (HRP) hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Menurut setiausaha agung penaja parti itu, P Uthayakumar, keputusan berkenaan dicapai kerana HRP menyedari bahawa tidak mungkin mereka memenangi kerusi itu kerana jumlah pengundi India yang tidak ramai. “Pembabitan HRP dalam pilihan raya kecil ini akan hanya memberi kelebihan sama ada kepada Pakatan Rakayat atau Barisan Nasional. Kami tidak mahu memberi kelebihan kepada mana-mana gabungan kerana mereka tidak berhak menerimanya.

berita penuh

PRK Hulu Selangor (6)- UMNO vs MIC dah bermula?


Secara teorinya jelas bakal berlaku masalah utama BN memilih calon untuk PRK ini apabila kita melihat tajuk-tajuk berita dan kenyataan-kenyataan pimpinan BN..

contohnya...

Samy nafi pengundi Hulu Selangor tidak minat calon MIC

30/03/2010 4:39pm

KLANG 30 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.


ini tandanya Samy Vellu tetap mau taruk dia punya calon jugakk!!

Kehendak pengundi kriteria utama pilih calon BN Hulu Selangor – PM

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kehendak dan suara hati pengundi akan menjadi kriteria utama bagi memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kriteria itu penting bagi menjamin kemenangan BN sekali gus merampas semula kerusi Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan rasai denyut nadi dan kenal pasti kehendak mereka kerana kerajaan sentiasa menekankan supaya rakyat didahulukan termasuk dalam isu pemilihan calon,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Ini pulak tandanya Najib mau calon UMNO jugakk!! Ayoyo Samy!

Kalau denyut nadi rakyat Hulu Selangor.. kompom la calon melayu UMNO!

majoriti melayu la deyy! takkan tara faham?? ini UMNO parti melayu ultra! mana boley kompromi sama MIC.. tarak Hang Tuah la ini macammm!!



TPM TAK FIKIR MAT TAIB MAHU BERTANDING DI HULU SELANGOR - malaysianinsider

Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.


Ini kompom-kompom dia mahu UMNO lawan sama itu PKR! suma worang tau MIC mana ada calon selain G.Palanivel dekat sini? MIC Hulu Selangor pun tarak function la macha! Hanya UMNO dan MCA saja ada jalan aktiviti.. MIC?? tarakk! yillek! Pocchik!

ada faham ka samy??

sunsnake 31032010

Tuesday, March 30, 2010

Sidang Dun Perak - teman dah jemu!


Bukanlah maksud teman jemu dengan persidangan Dun mahupun Pakatan Rakyat! Tetapi semakin jelak dengan sandiwara UMNO-BN Perak dan permainan media yang bangsat lagi membangsatkan!

Dengan tindak-tanduk Speaker Haram Ganesan dan MB Mahkamah Zambry..
Dengan gaya langkah diraja yang seolah-olah langsung tidak ada apa-apa berlaku didalam Dewan yang 'Mulia' itu! (Ampun Tuanku!)

Teman naik jelak dan sangat yakin bahawa dibelakang teman ada berjuta lagi rakyat Malaysia dan khususnya Perak dengan sandiwara-sandiwara ini!

InsyaAllah.. dengan sepenuhnya kesabaran, berusaha, bertawakkal kita akan dapat menyaksikan kemenangan solid Pakatan Rakyat di Perak mungkin hingga 2/3 majoriti dewan!

Wallahua'lam

sunsnake 31032010

Pemangku Raja Perak rasmi Penggal Ketiga DUN Perak
30/03/2010 1:22pm

IPOH 30 Mac - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke istiadat pembukaan rasmi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan yang Ke-12 pada pukul 9.30 pagi ini.

Keberangkatan baginda, yang juga Raja Muda Perak, ke bangunan Perak Darul Ridzuan ditemani Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sebelum berangkat masuk ke dewan persidangan, Raja Nazrin telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta sambil diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah.

Barisan pembangkang dilihat turut hadir dan memasuki dewan undangan negeri kira-kira pukul 9.50 pagi dengan didahului ketua mereka, yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Turut hadir ialah ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Secara keseluruhannya keadaan di dalam dewan persidangan DUN adalah terkawal, kecuali seketika apabila ADUN Tronoh, V. Sivakumar bangun dan berjalan menuju ke tempat duduk Speaker, Datuk R. Ganesan.

Namun, Sivakumar terpaksa kembali semula ke tempat duduknya sebaik sahaja bentara mengumumkan kemasukan Pemangku Raja Perak bagi menyampaikan titah ucapan perasmian baginda.

Dalam pada itu, semua wakil media telah ditempatkan di bilik khas dan tidak dibenarkan berada di dalam dewan persidangan.

Keadaan di luar bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat berlangsungnya sidang DUN Perak adalah tenang tanpa ada sebarang kekecohan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiada penyokong kedua-dua belah pihak yang berkumpul di luar kawasan persidangan.

Namun, terdapat sekumpulan kecil penyokong pembangkang dilihat berada di kawasan perkarangan Wisma DAP, yang berhampiran.

Pakatan pembangkang mengutuk kehadiran ramai polis pada sidang DUN Perak kali ini. –

Utusan Meloya

Monday, March 29, 2010

PRK Hulu Selangor (5)- Lagi calon recycle dari UMNO?

"Kita ada banyak calon yang berkelayakan"..
Itulah jugak kata-katanya sewaktu dalam proses pemilihan calon UMNO di PRK Dun Bagan Pinang dahulu namun akhirnya calon 'recycle' jugak yang terpaksa dinamakan sebagai calon UMNO!

Kali ini ayat yang sama jugak berulang bagi tokoh UMNO 'Mike Tyson'! Apakah ini juga akan membuahkan kemenangan buat UMNO-BN?

Perlu diingat, reputasi UMNO-BN sebenar semakin merudum selepas kemenangan mereka di Bagan Pinang. Kedua-dua bekas pemimpin UMNO ini sememangnya sangat diketahui terlalu banyak kes rasuah termasuk yang berskala besar! Mungkin tak perlu teman ulangi kes-kes tersebut terutama kes 'wang tunai berjuta dalam bes' oleh MIke Tyson suatu ketika dahulu yang langsung menamatkan kariernya sebagai Menteri Besar Selangor!

Apa-apa hal.. teman sokong MIC dalam isu calon ini!
sunsnake 29032010

TPM TAK FIKIR MAT TAIB MAHU BERTANDING DI HULU SELANGOR - malaysianinsider

Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata BN tidak berada dalam dilema untuk menentukan calon sama ada daripada Umno atau MIC, tetapi berada dalam dilema kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan.

"Kita tidak berada dalam dilema, tetapi dilema kita kerana ramai calon yang layak... calon yang baik yang boleh kita ketengahkan. Kita tidak ketandusan pemimpin-pemimpin yang boleh kita ketengahkan," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan daripada Umno yang ingin mencalonkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Muhammad Muhamad Taib, Muhyiddin berkata: "Saya tidak fikir Mat Taib (Muhammad) setuju."

Berita 'standard' bila nak ada PRK


Asal nak ada Pilihanraya kecik aje..
Adalah berita-berita macam ni..
Kompom punyalah!
Dulu nak PRK Kuala Terengganu.. macam dah habis dah semua cawangan PAS di situ bubar!
Last-last mari PRK leh menang pulak!

Di PRK Bukit Gantang lagi teruk!
Macam dah habis dah semua cawangan-cawangan PAS di Changakat Jering!
Ahli PKR jangan cerita la.. macam dah tutup semua ranting PKR di Perak tuh!
Last-last kena titik gak UMNO-BN!

Di PRK Permatang Pauh, Penanti lagi laa jangan cerita..
Tinggal Anwar Ibrahim dan keluarga dia je PKR kat situ..
Last-last tak cukup tanah si Ariff tu kena titik!

NI dah dekat-dekat nak PRK Hulu Selangor nie..
taktik yang sama gak kedengaran..
err.. petanda PR nak menang la tu kot?
sunsnake 29032010

700 anggota Pemuda PKR keluar parti
Mac 28, 10 8:30pm
Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh. Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti. "Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail. - Bernama

Tajol Rosli 'lempang' Zambry Kader!

Aduhhh!!!!
Tambah kronik negeriku ini...
Apa la perancangan sebenar Tajul Rosli nih!
Apa la maksud sebenar dia terima surat nih!
Apa la yang dia nak buat?
Dan yang paling misteri..
Apsal la dia macam tak puas hati kat Zambry nih!
sunsnake 29032010

TAJOL ROSLI IKTIRAF SIVAKUMAR SEBAGAI SPEAKER YANG SAH

Posted by MisbahulMunir Sunday, March 28, 2010
YB Sivakumar menunjukkan surat jawapan yang ditandatangani oleh Tajol Rosli.


YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Sunday, March 28, 2010

PAS menyantuni penduduk Estet di Hulu Selangor!

Ladang Escot hilang di peta Kemajuan Selangor dahulu!

Pada pagi 27 Mac 2010, satu aktiviti yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah didakan di Ladang Escot, Hulu Bernam. Majlis yang diberikan kerjsama oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam ini adalah bertujuan mengadakan sesi dialog dan penerangan diantara penduduk dengan exco-exco, PKNS dan pihak yang berkaitan. Turut diadakan adalah aktiviti khidmat pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

Sesi yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi ini telah berlangsung selama lebih 2 jam dan diantara pengisiannya adalah penerangan oleh YB Xavier dan YB Saari Sungib disamping penjelasan oleh wakil PKNS.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk disini adalah berkaitan dengan perumahan dimana Ladang tempat mereka bekerja selama puluhan tahun telah pun ditutup dan diserahkan kepada pihak lain. Nasib mereka terumbang-ambing dan menambah lagi bebanan mereka adalah boleh dikatakan setiap rumah disini ketua keluarganya mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik. Ramai dikalangan ketua-ketua keluarga mereka menghidapai sakit jantung, kencing manis, darah tinggi yang menyebabkan kehilangan punca pendapatan.

Sebelum ini mereka ditawarkan untuk membeli rumah-rumah PKNS namun oleh kerana pendapatan yang kecil dan tidak menentu, pihak pemberi pinjaman tidak mahu menerima permohonan mereka.

YB Xavier selaku Exco bagi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin telah memberikan penerangan yang sangat baik disamping berjanji dirinya sendiri akan memantau dan melaksanakan apa yang termampu bagi mencari penyelesaian. Beliau meminta agar penduduk kampung menubuhkan satu jawatankuasa dan akan mengadakan satu pertemuan di pejabat beliau dalam waktu terdekat.

YB Saari Sungib yang turut hadir bagi menggantikan YB Iskandar Samad turut sama berjanji akan memberikan kerjasama dalam menangani masalah penduduk miskin ini. Sebagai pengganti, beliau akan mengutarakan segala permasalahan hari ini kepada YB Iskandar yang juga selaku exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Aktiviti berakhir kira-kira jam 12.30 petang dan diakhiri dengan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh YB Xavier kepada penduduk-penduduk yang layak. Majlis bersurai selepas makan tengah hari.

p/s: Pada pandangan teman, permasalahan utamanya adalah kemiskinan. Walaupun petempatan ini kecil namun ianya agak hampir dengan pekan namun seolah-olah dipinggirkan dari peta kemajuan Selangor! Projek Lembah Bernam yang dijalankan betul-betul diatas tanah tempat tinggal mereka sepatutnya memberikan banyak kelebihan namun akhirnya mereka yang terpaksa mencari tempat tinggal baru!

sedikit rakaman peristiwa..

Tekun betul cik-cik misi kita buat kerja.. hehehe suka tengok!

Barisan Exco-exco dan pimpinan masyarakat serta wakil dari PKNS

Penduduk Ladang yang hadir bagi mendengar sendiri maklumat

Pengarah Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor menyampaikan ucaptama

Salah seorang penduduk meluahkan permasalahan dan kemusykilan

YB Xavier menjawab dan memberi penjelasan.. serta tindakan yang akan dilakukan..
"jangan janji kosong ye YB?"

Sumbangan disampaikan buat mereka yang layak..

Misi akhir.. bergambar dengan YB Saari Sungib!

Kebaikan Akhlak bukan lagi keutamaan BN!


Seks bebas tak mengapa asal jangan tak mengaku!
Itulah prinsip politik Amerika sejak dulu.. Sememangnya mereka tidak pernah menggunakan agama sebagai asas politik dan mungkin sesetangahnya dalam hidup mereka sendiri!

Kemenangan Chua Soi Lek benar-benar telah membuktikan bahawa buruklah macam mana pun peranagi kamu, bebas lah macam mana pun seks kamu.. Asalkan kamu jangan menipu pastinya kamu akan dipilih sebagai ketua!

Adakah ini suatu fenomena yang baik?
sunsnake 28032010

Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan
Mac 28, 10 10:33am
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

artikel penuh

PRK Hulu Selangor (4)- Malaysiakini gagal fahami mesej rakyat disini?





Teman mendalami tulisan wartawan Malaysiakini ini namun nampaknya dia tertinggal suatu fakta yang amat penting pada malam tersebut.

Wartawan ini cuba membandingkan kehadiran rakyat ke majlis anjuran PKR pada malam tersebut dengan Majlis Juara Rakyat di Bukit Sentosa sedangkan perbezaan antara 2 aktiviti ini terlalu jauh!

Sedarkah wartawan tersebut, karnival UMNO Juara Rakyat adalah dianjurkan oleh UMNO Pusat dan yang 'dipaksa' hadir adalah dari segenap pelusuk negara? Malahan yang dari Johor pun diangkut dengan berpuluh-puluh buah bas! Sedangkan yang hadir di Stadium Kuala Kubu pada malam tersebut datang dengan kenderaan sendiri ataupun bas yang disewa sendiri?

Yang paling penting, kehadiran rakyat Hulu Selangor pada malam tersebut adalah 'pure' rakyat Hulu Selangor. Tidak ramai orang luar dan kalau ada pun hanyalah yang datang dari kawasan sekitar seperti Tanjung Malim dan Slim River.

Teman dan beberapa orang sahabat juga sangat terkejut dengan kehadiran orang ramai pada malam tersebut terutama dari Felda-felda dan kawasan-kawasan yang agak jauh!

Mungkinkah ini petanda baik buat Pakatan Rakyat?
sunsnake 28032010

Acara malam semalam menjadi pembuka tirai kepada pilihan raya kecil yang bakal diadakan bagi Hulu Selangor. Kesannya masih terlalu awal untuk diteka. Kehadiran sekitar 5,000 di ceramah tersebut jauh lebih kecil berbanding kira-kira 10,000 yang hadir di program Juara Rakyat pada 9 Januari lalu. BN juga dilihat berada dalam kedudukan lebih selesa, berbanding Pakatan. Sejak sebulan yang lalu, tiga ahli parlimen PKR berpaling tadah dan seorang lagi pula dengan rela hati dipecat daripada parti itu.

artikel penuh

PRK Hulu Selangor (3)- UMNO vs MIC?



Alhamdulillah..
Seluruh ahli dan penyokong PAS dan DAP di Hulu Selangor secara umunya bersetuju sekiranya calon daripada PKR dipilih bertanding sekiranya ada PRK disini.

Namun cerita yang berlainan di kem BN apabila UMNO secara serius mahukan calon mereka bertanding! MIC secara jelas mahu meneruskan tradisi meletakkan calon mereka mewakili BN di sini namun dengan suasana dan iklim politik MIC yang sangat getir agak sukar bagi UMNO Hulu Selangor menerima hakikat mereka terpaksa berkempen untuk calon MIC

Suara-suara mahukan calon UMNO bertanding jelas kedengaran melalui pimpinan UMNO setempat seperti Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor baru-baru ini yang secara terang menyatakan hasrat bahawa UMNO sedia bertanding sekiranya dipilih dan sebenarnya UMNO telah melancarkan jentera pilihanraya mereka 1 bulan yang lalu lagi!

Didalam UMNO Hulu Selangor sendiri keadaan sangat bergelora apabila ada golongan yang mahukan Zainal Sakom menjadi calon UMNO manakala golongan penyokong ADUN Batang Kali Mohd Isa sememangnya tidak menggemari Zainal Sakom ini!
Sementara itu ada satu lagi golongan yang mahukan Dato' Idris yang juga ADUN Hulu Bernam bertanding!!?

Bagaimanakah agaknya kesudahan episod ini? yang penting dalam hal ini teman sokong MIC! hehehe
sunsnake 28032010

Muhyiddin: BN mampu menang jika calonnya tepat
Mac 27, 10 2:37pm
Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh membuat penilaian sendiri terhadap pencapaian parti pembangkang di Selangor dan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian mereka berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku di negeri-negeri tadbiran pembangkang serta siri pendedahan oleh bekas pemimpin pembangkang baru-baru ini.

berita penuh

Friday, March 26, 2010

PRK Hulu Selangor (2)- Ranjau buat Pakatan Rakyat

Selaku penduduk tetap di kawasan ini, teman rasa layaklah bagi teman memberikan sedikit pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman teman bergerak aktif dalam politik disini.

Parlimen Hulu Selangor ini jelas merupakan Kubu Kuat bagi UMNO Selangor. Kepimpinan Dato' Idris Abu Bakar yang menjadi Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor sekian lama tambahan pula beliau adalah ADUN Hulu Bernam yang senantiasa tidak pernah gagal menewaskan calon-calon PAS yang silih berganti bertanding di Dun tersebut.

Dun Hulu Bernam
Boleh dikatakan penguasaan UMNO terhadap DUN terkuat mereka Hulu Bernam ini adalah secara total dimana UMNO menguasai hampir kesemua Felda-felda disini seperti Felda Sg. Tengi, Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Gesir dan juga Felda Sg. Tengi Selatan.

Sememangnya pengundi Felda merupakan satu-satunya talian hayat UMNO yang ada di Semenanjung Malaysia ini dan oleh sebab itulah kita dapat melihat betapa besarnya perbezaan undi yang diterima UMNO diantara Johor dan Pulau Pinang!

UMNO boleh dikatakan gagal memasuki kawasan-kawasan yang bukan melayu seperti Kampung-kampung cina dan estet-estet dan mungkin untuk kali ini, gerak kerja mereka akan lebih tertumpu dikawasan-kawasan 'non-malay' ini.

Dun Batang Kali
Satu lagi Kubu Kuat UMNO di dalam Parlimen Hulu Selangor. Calon PKR saban kali pilihanraya seolah-olah pasti tewas disini! Terkenal dengan sejarah Muhammad Taib yang merupakan bekas pimpinan UMNO yang sangat 'lagenda'. Diwarisi oleh Zainal Sakom dan kemudiannya yang terkini Md Isa Kasim. Dun Batang Kali merangkumi sekitar Pekan Batang Kali,Bukit Beruntung, Bandar Baru Sg. Buaya dan Sg. Choh yang bersempadan dengan Dun Rawang.

Perasmian Karnival UMNO Juara Rakyat peringkat pusat di Bukit Beruntung Januari lepas jelas membuktikan kesungguhan UMNO mahu memastikan kemenangan mereka sekiranya berlaku PRK disini dan jelas ianya hampir tepat!

Dun Kuala Kubu Bharu
Disinilah terletaknya pusat pentadbiran bagi Hulu Selangor dan sekian lama dikuasai oleh MCA. DAP masih gagal merampas kerusi ini juga sekian lama! PRU 2008 akhirnya DAP berjaya menurunkan majoriti kepada hanya 448 majoriti sahaja. Berkemungkinan besar Penamaan Calon juga akan turut diadakan disini sesuai dengan statusnya sebagai pusat pentadbiran.

Kesimpulannya, ranjau yang sangat berduri sedang menanti Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor ini. Kekuatan dan keampuhan UMNO-BN disini sangat jelas dan memerlukan suatu yang 'ajaib' bagi mengalahkan mereka. Pakatan Rakyat sewajibnya memilih calon yang benar-benar sesuai dan boleh diterima oleh penduduk kawasan ini. Bagaimanapun ianya gak sukar kerana perbezaan yang terlalu ketara diantara kehendak pengundi-pengundi Melayu di felda-felda dan juga kehendak pengundi-pengundi bukan melayu di pekan-pekan.

Suatu usaha yang sangat jitu dan berani sangat perlu dibentuk dan disediakan. Strategi dan plan yang sangat efisien dan tepat wajib direncanakan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat disamping usaha bersepadu daripada ketiga-tiga parti komponen. Tenaga kerja yang ramai dan keazaman yang sangat tinggi amat dituntut sekiranya mahu melihat 'keajaiban' ini menjadi realiti!

PRK Hulu Selangor (1)-Depa dah mula dahhhh!!!


Seperti yang teman bagitau awal-awal dulu..
UMNO pastinya/wajib akan mendesak MIC agar memberikan calon mereka bertanding..
Najib pastinya juga akan pening memikirkan antara UMNO & MIC.

Hulu Selangor merupakan antara kubu UMNO yang paling kuat di Selangor ni!
Itu adalah fakta yang tidak mampu di nafikan oleh MIC tetapi dalam masa yang sama mana mungkin MIC menidakkan juga kemampuan UMNO bagi memenangi PRK kali ini?

Secara ikhlas teman melihat UMNO lebih berkredibiliti untuk bertanding di kerusi Parliemen Hulu Selangor berbanding MIC tambahan pula MIC Hulu Selangor seolah-olah tiada langsung selepas PRU 2008.

Kekuatan UMNO jelas jika kita melihat kemenangan mereka di 2 kerusi DUN didalam Parlimen iaiatu Dun Hulu Bernam dan Dun Batang Kali. Di Hulu Bernam UMNO menewaskan PAS dengan majoriti yang agak besar dan di Batang Kali, PKR pula tewas dengan agak mudah!

Kememangan Allahyarham juga sangat-sangat tipis hanya 198 undi sangat jelas menunjukkan betapa BN merupakan dominan disini. Jika dilihat kemenangan G.Palanivel dalam PRU 2004, beliau memenangi majoriti 14,483 undi! Jelas kemenangan Allahyarham dan Pakatan Rakyat (diwaktu itu Barisan Alternatif) adalah dipengaruhi oleh 'undi protes' penyokong UMNO-BN sendiri!

Teman dapat melihat dengan jelas ranjau yang akan ditempuhi oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor kali ini!
sunsnake 26032010

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Mac 26, 10
11:24am
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi. Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC. "Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Thursday, March 25, 2010

UMNO Hulu Selangor paling kuat di dunia!



Tanpa berniat tidak menghormati ahli keluarga Allahyarham, izinkan teman menulis mengenai kerusi Parlimen yang ditinggalkan beliau. Al-Fatihah buat Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh-roh golongan mukmin dan muttaqin. InsyaAllah.

Sekiranya berlaku PRK Parlimen Hulu Selangor kali ini, teman dapat menjangkakan ianya akan menjadi suatu yang sangat-sangat kritikal dan 'tricky'. Didalam suasana politik yang agak seimbang sebenarnya, dengan Pakatan Rakyat yang masih lagi mengalami kejutan isu 'lompatan' ahli-ahli Parlimen dan ADUN dan dengan Barisan Nasional yang masih lagi bermasalah besar dengan parti-parti komponennya terutama MCA dan MIC.

Bukan suatu yang rahsia di Hulu Selangor, bahawa PAS sangat ingin bertanding kerusi Parlimen dan begitu juga UMNO yang telah bertindak membuat 'undi protes' pada Pilihanraya Umum yang lalu menyebabkan ianya menjadi antara faktor kemenangan Allahyarham dikerusi Parlimen ini. Namun PAS pernah bertanding di kerusi ini dalam Pilihanraya Umum 2004 dengan meletakkan calonnya iaitu Dato' Ismail Kamus namun jelas kekuatan BN apabila Dato' G. Palanivel berjaya menewaskan tokoh Ulama' tersebut dengan majoriti yang agak besar!

Umumnya UMNO Hulu Selangor sebenarnya agak berpengaruh dan hebat jika diukur dengan jumlah ahli dan prestasi sebelum peristiwa 8 Mac 2008. Disinilah lahirnya Tan Sri Muhammad Taib yang juga antara Lagenda dalam senarai bekas-bekas Menteri Besar Selangor dengan kejayaannya membangunkan negeri dari segi ekonomi dan pentadbiran... kononnya.

Menang atau kalah PRK ini tidak menjadi soal bagi menentukan kerajaan namun inilah sebenarnya yang akan menjadi kayu ukur bagi kedua-dua pihak sama ada BN mahupun PR.

Teman menjangkakan UMNO akan berusaha sehabis mungkin untuk meletakkan calonnya bagi menggantikan MIC yang sangat jelas ditolak secara total oleh pengundi-pengundi India disini.
Sekiranya UMNO sah diletakkan sebagai calon apakah mungkin PKR masih lagi mahu bertanding? Bukankah PAS adalah lawan sebenar UMNO di pentas politiknya?

Dengan majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu, amat jelas bahawa sekiranya UMNO yang dipilih bagi meletakkan calon, ini akan menjadi suatu cabaran yang sangat hebat bagi PAS atau PKR yang bertanding. Dengan jumlah Felda yang agak banyak dan besar jumlah pengundinya, teman melihat kelebihan UMNO sangat jelas sekiranya mereka yang dipilih bagi meletakkan calon. Bagi PAS dan PKR, suatu strategi dan teknik kempen yang pantas dan efektif sangat-sangat diperlukan terutama didalam suasana Pilihanray Kecil yang pastinya sentiasa dibayangi oleh media yang berat sebelah!
sunsnake 25032010

AL-Fatihah - MP Hulu Selangor Meninggal Dunia!


Ahli PArlimen PKR Hulu Selangor Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi.

Khabar-khabar yang sekian lama menghambat rakyat Hulu Selangor khasnya dan Malaysia amnya kini terjawab. Apa-apa pun Takziah dari teman kepada keluarga Allahyarham. Walaupun beliau hanya sekejap menjadi MP kami, namun jasanya sepanjang bertugas sebagai Kakitangan Kerajaan dan Timbalan Menteri Besar Selangor amat dihargai.

Kini kembali kepada persoalan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kembali kosong. Disaat ini, UMNO kelihatan terlebih dahulu secara biadapnya melancarkan Jentera Pilihanrayanya beberapa minggu lalu. Menurut maklumat dalaman UMNO yang teman terima, jika berlaku PRK Hulu Selangor ini, UMNO tersangat yakin yang mereka akan menang lebih-lebih lagi jika calonnya adalah dari UMNO. Namun mampukah MIC memberikan kerusi yang dipertandingkan olehnya sekian lama?

Di pihak Pakatan Rakyat pula, walaupun telah menjangka, namun tidaklah sampai ke tahap melancarkan jentera Pilihanraya disaat YBnya masih bernafas!
Ada kemungkinan Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon daripada PKR walaupun isu lompat parti yang agak men'cedera'kan PKR akhir-akhir ini agak mendesak!
PAS yang juga pernah bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak pernah mendesak namun teman sangat yakin bahawa PAS sangat bersedia seandainya diminta menggantikan PKR untuk meletakkan calon.

Parlimen Hulu Selangor yang mengandungi 3 dun iaitu Dun Hulu Bernam, Dun Kuala Kubu dan Dun Batang Kali hamir pasti akan diadakan Pilihanraya kecil dan pastinya terpaksa bersedia menerima kunjungan ratusan ribu petugas politik,polis dan pelancong politik yang bakal memenuhi daerah yang sama besar dengan Negeri Perlis ini!

sunsnake 25032010

Malaysia pengampu Israel?


Lagi pendedahan mengenai betapa 'cintanya' UMNO kepada Israel..
Betapa lunyainye tel*r UMNO ini dipicit oleh Israel..
Betapa mesranya UMNO dengan syarikat-syarikat Israel.

Israel ni memang terkenal dengan kepandaian mereka..
Lebih-lebih lagi dalam hal manipulasi..

Dan khidmat nasihat merupakan antara perkhidmatan 'terbaik' yang mereka selalu perdagangkan..
Pastinya setiap nasihat itu akan berunsurkan anti-Islam malahan mungkin anti manusia selain jew!

Amat malanglah kita kerana kini Polis Malaysia pun dibawah cengkaman Israel!
Baik Najib ambil salah seorang bekas Perdana Menteri Israel untuk dianugerahkan gelaran Tun jugak!
sunsnake 25032010

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

http://chegubard.blogspot.com

Selagi Hayat dikandung UMNO...

Takkan Berlaku di Malaysia Selagi UMNO ada

Inilah yang berlaku apabila manusia takutkan laknat Allah SWT!
Dengan slumbernya Menteri Islam Brunei tolak permintaan tu..
Menteri Islam Malaysia?

Bukan takutkan laknat Allah, tapi takutkan laknak Perdana Menteri!!
Takut miss soru!

UMNO..UMNO.. Bila la pakcik-makcik Felda nak insaf?

sunsnake 25032010


"BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Sibuknye minggu ni


Minggu ni jelas..
Suatu minggu yang sangat sibuk bagi diri teman..
KPInye.. Terlalu perlahan posting-posting teman di blog kerdil ni..

Allahuakbar! Dah makan gaji gini leee..

Isu-isu politik terbaru teman hanya dengar melalui berita radio je kebanyakkannya sebab teman banyak dok dalam kete.. Internet? Fuh! tunggu balik rumah la baru dapat bukak..
Itupun usha-usha gitu je.. Kat opis tak sempat langsung nak layan blog! time rehat tu la yang banyak benda kena setel!

Dari isu ADUN letak jawatan.. Isu SPR tak terima surat kekosongan dun..
SPR tak nak buat pilihanraya PBT..
Zul katak buat lawak+hal bodoh+publisiti murahan..
Zahrain kena maki balik dengan MP BN yang dia tuduh..
Gathering TKO kat Titiwangsa!

adduuhhh!! banyaknye isu yang teman miss!

InsyaAllah.. lepas ni ok la kot?
Biasak la kerja ni macam hidup jugak laa..
Ada masa di atas.. ada masa di bawah..

Ada masa sibuk... ada masa mengulo!!!

sunsnake 25032010

Tuesday, March 23, 2010

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)

nota: bebas untuk diciplak jika membuat kebaikkan

Melayu perlu bersatu?







Salam,
Kadang-kadang terpikir gak dalam kepala otak teman yang daif ini, mungkinkah UMNO dan PAS bersatu? Selama ini melayu UMNO dan melayu yang tidak berparti sering mempersoalkan akan masa depan bangsa melayu Malaysia yang ‘konon’nya di dalam bahaya! Lebih-lebih lagi setelah BN yang diterajui oleh UMNO mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarahnya di PRU12.

Pada teman, antara UMNO dan PAS ada persamaan yang paling hebat iaitu Islam. Inilah sebenarnya titik pertemuan UMNO & PAS. Inilah sebenarnya yang boleh menyatukan antara 2 parti melayu terbesar di Malaysia ini dan UMNO perlu merombak perlembagaan parti mereka akan selari dengan tuntutan Islam yang berlandaskan Al-Quran, bukan rekaan manusia seperti sekarang ini.
Jika kita lihat balik sejarah kemerdekaan negara-negara ASEAN ini, negara-negara barat yang menjajah boleh diibaratkan sebagai tuan punya ‘Saka’ atau Hantu Raya yang bakal mati! Jadi sebelum mereka mati, pastilah mereka terpaksa mencari-cari calon yang sesuai untuk menyambung dan membela ‘Saka’ atau ‘Hantu Raya’ mereka. Dan sudah pastilah mereka akan memilih calon yang sesuai dan senada dengan aliran penjajah ini tadi.

Sebelum Belanda meninggalkan Indonesia, sebelum Portugis meninggalkan Filipina, sebelum Britain meninggalkan Malaysia, penjajah-penjajah ini telah memilih ‘waris’ masing-masing untuk mengekalkan ‘Saka’ mereka tadi.
Di Malaysia, ‘Saka’ ini telah diserahkan kepada UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman setelah mengharamkan calon-calon lain yang dilihat tidak mahu meneruskan ‘Saka’ British di Malaysia. Calon-calon ini telah diharamkan, pemimpin-pemimpin mereka telah dipenjara, di’ISA’kan,dibuang daerah malah ada yang dibunuh! Pastinya ‘Saka’ itu sangat memusuhi Islam. Walaupun pewaris ‘Saka’ yang dipiliah kelihatan Islamik, tetapi hakikatnya mereka menjadikan ‘Islamik’ mereka itu hanya untuk menarik perhatian orang Melayu. Antara perkara yang paling lunak diwariskan oleh penjajah ini adalah ‘Demokrasi’!.

Dengan demokrasi inilah waris penjajah ini mengekalkan kuasa mereka. Selama hampir 50 tahun mereka mengekalkan kuasa melalui demokrasi-pilihanraya dan selama itulah penjajah ‘senang hati’ melihat ‘Saka’ mereka dikekalkan oleh waris ini.
Kini, ‘Saka’ itu semakin kepanasan akibat tekanan yang timbul kerana demokrasi yang senantiasa menyebelahi mereka semakin jauh dan mula menyerang mereka. Disebabkan itu di dalam isu Perak, waris-waris ini telah terbang ke Britain untuk meminta nasihat bagaimana untuk menangani masalah ‘warisan’ mereka itu!

Didalam semua masalah ini, melayu adalah kaum yang paling banyak memainkan peranan dan mengambil bahagian baik sebagai ‘pewaris’ mahupun calon-calon yang tidak dipilih tadi. Sebab itu kita dapat lihat dalam isu Perak, melayulah yang paling sibuk baik sebagai pembela mahupun sebagai perampas! Cina dan India sekadar minoriti dalam isu-isu ini. Disinilah mula terpikir penulis betapa pentingnya melayu bersatu!
Dan tidak ada penyatuan yang terbaik selain daripada Islam. Islam yang akan bukan sahaja menyatukan Melayu, malah akan menyatukan India,Cina dan semua bangsa di Malaysia ini! Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, sekiranya kita berjuang kerana melayu, kita akan zalim kepada bangsa lain kerana mustahil cina dan india boleh menjadi melayu, tetapi jika kita berjuang kerana Islam, cina dan india juga berpeluang untuk menjadi muslim dengan menganuti Islam!

Buat melayu UMNO, inilah masa yang terbaik dan terpenting untuk kembali muhasabah apakah sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO? Lebih 50 tahun memperjuangkan bangsa melayu, apakah hasilnya? Adakah melayu semakin berjaya? Atau semakin banyak sebenarnya hak melayu yang di’hilang’kan? Alangkah indahnya jika sejak dahulu lagi UMNO memperjuangkan Islam sebagai Perlembagaan negara! Tapi, mustahil mereka yang mewarisi ‘saka’ tersebut sekiranya mereka bersetuju dengan Islam?

sunsnake 21 May 2009

(diulang siaran untuk bacaan semula kepada yang tertinggal/sudi)

UMNO Tewaskan British? Wakakaka!



Baru hari tu teman dok puji KJ nie..
Tiba-tiba dia dah datang balik biolnyee..

Ada dia kata macam ni..

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. “Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.

ayyakk!! bro? bila masa UMNO tewaskan British?
Boleh pakai ke perkataan 'tewas' tu?

Pada teman ayat yang paling sesuai ialah 'terima saka British'...
Apa buktinya ianya saka?

Tuh?? Perlembagaan Persekutuan tu? Bukan 'saka' British?
Undang-undang tubuh negeri tuh? BUkan 'Saka' British?
Kalau idak takkan lawyer-lawyer dan ADUN UMNO Perak kelam-kabut mengadap Queen Council di Britain hari tu?
Punya la nakkan kelihatan 'halal'.. Sanggup sujud di kaki British!!

"Tewaskan British" kepala hanggok kamu KJ oii!!
sunsnake 23032010

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA. “PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. “Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.

artikel penuh

Saiful jumpa Qardhawi? Tercirit pulak budak tuh!






Soalan Karpal Singh pun si 'ponggong umno' ni takleh jawab!
Inikan pulak soalan dari seorang Ulama' besar!

Soalan di dalam court pun terpaksa mahkamah backup..
Inikan pula nak berhadapan direct dengan Qardhawi..

Menipu dengan hakim boleh laa kot?
Try menipu depan ulama'?

Tengok apa dah jadi kat si pemberi idea ni Ibrahim Ali?
Dia telah menipu Tuk Guru Nik Aziz tengok dimana maruahnya sekarang ni?

Errr.. Masih ada maruah lagi ke si Saiful nie?
sunsnake 23032010

Liwat II: Saiful dicadang jumpa al-Qaradhawi
Mac 22, 10
4:21pm
Ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertemu dengan ulama tersohor, Yusuf al-Qaradhawi untuk menjelaskan kes sebenar.

Katanya, perjumpaan itu perlu memandangkan pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu. "Ini dibuat untuk mencipta pandangan di kalangan rakyat, satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan.

berita penuh

Info APCO Worldwide (3) - Kerja Kosong!


APCO Worldwide

posted Feb 11, 2010 6:06 PM by Dhineshkumar N Muthu [ updated Feb 11, 2010 6:08 PM ]

We are looking to recruit Malaysian alumni of international universities for an exciting employment opportunity in Kuala Lumpur. APCO Worldwide, a leading international public affairs consultancy, is building its presence in Malaysia and is seeking qualified candidates to join our Kuala Lumpur office.

Specifically, we expect to hire up to 20 junior, mid and senior level professionals who can help us develop communication solutions for
clients in Malaysia. Our criteria include the following:
· Superior English writing and verbal communication skills
· Experience in political affairs, journalism and/or communications fields
· Self-starters who can develop client relationships and develop project activities with minimal direct management
· Excellent interpersonal skills
· Team players who are able to respond quickly
· Malaysian nationality
· Preferred but not essential - an ability to speak, read and write in Bahasa Malaysia and research/analysis skills,
particularly in assessing media trends

If you are interested, please email your CV by Mar 8, 2010 to Hamidah and I will forward your recommendations to them.

source