Bukanlah maksud teman jemu dengan persidangan Dun mahupun Pakatan Rakyat! Tetapi semakin jelak dengan sandiwara UMNO-BN Perak dan permainan media yang bangsat lagi membangsatkan!
Dengan tindak-tanduk Speaker Haram Ganesan dan MB Mahkamah Zambry..
Dengan gaya langkah diraja yang seolah-olah langsung tidak ada apa-apa berlaku didalam Dewan yang 'Mulia' itu! (Ampun Tuanku!)
Teman naik jelak dan sangat yakin bahawa dibelakang teman ada berjuta lagi rakyat Malaysia dan khususnya Perak dengan sandiwara-sandiwara ini!
InsyaAllah.. dengan sepenuhnya kesabaran, berusaha, bertawakkal kita akan dapat menyaksikan kemenangan solid Pakatan Rakyat di Perak mungkin hingga 2/3 majoriti dewan!
Wallahua'lam
sunsnake 31032010
Pemangku Raja Perak rasmi Penggal Ketiga DUN Perak
IPOH 30 Mac - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke istiadat pembukaan rasmi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan yang Ke-12 pada pukul 9.30 pagi ini.
Keberangkatan baginda, yang juga Raja Muda Perak, ke bangunan Perak Darul Ridzuan ditemani Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Sebelum berangkat masuk ke dewan persidangan, Raja Nazrin telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta sambil diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah.
Barisan pembangkang dilihat turut hadir dan memasuki dewan undangan negeri kira-kira pukul 9.50 pagi dengan didahului ketua mereka, yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.
Turut hadir ialah ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.
Secara keseluruhannya keadaan di dalam dewan persidangan DUN adalah terkawal, kecuali seketika apabila ADUN Tronoh, V. Sivakumar bangun dan berjalan menuju ke tempat duduk Speaker, Datuk R. Ganesan.
Namun, Sivakumar terpaksa kembali semula ke tempat duduknya sebaik sahaja bentara mengumumkan kemasukan Pemangku Raja Perak bagi menyampaikan titah ucapan perasmian baginda.
Dalam pada itu, semua wakil media telah ditempatkan di bilik khas dan tidak dibenarkan berada di dalam dewan persidangan.
Keadaan di luar bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat berlangsungnya sidang DUN Perak adalah tenang tanpa ada sebarang kekecohan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiada penyokong kedua-dua belah pihak yang berkumpul di luar kawasan persidangan.
Namun, terdapat sekumpulan kecil penyokong pembangkang dilihat berada di kawasan perkarangan Wisma DAP, yang berhampiran.
Pakatan pembangkang mengutuk kehadiran ramai polis pada sidang DUN Perak kali ini. –
Utusan Meloya
0 comments:
Post a Comment