Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 23, 2010

Melayu perlu bersatu?







Salam,
Kadang-kadang terpikir gak dalam kepala otak teman yang daif ini, mungkinkah UMNO dan PAS bersatu? Selama ini melayu UMNO dan melayu yang tidak berparti sering mempersoalkan akan masa depan bangsa melayu Malaysia yang ‘konon’nya di dalam bahaya! Lebih-lebih lagi setelah BN yang diterajui oleh UMNO mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarahnya di PRU12.

Pada teman, antara UMNO dan PAS ada persamaan yang paling hebat iaitu Islam. Inilah sebenarnya titik pertemuan UMNO & PAS. Inilah sebenarnya yang boleh menyatukan antara 2 parti melayu terbesar di Malaysia ini dan UMNO perlu merombak perlembagaan parti mereka akan selari dengan tuntutan Islam yang berlandaskan Al-Quran, bukan rekaan manusia seperti sekarang ini.
Jika kita lihat balik sejarah kemerdekaan negara-negara ASEAN ini, negara-negara barat yang menjajah boleh diibaratkan sebagai tuan punya ‘Saka’ atau Hantu Raya yang bakal mati! Jadi sebelum mereka mati, pastilah mereka terpaksa mencari-cari calon yang sesuai untuk menyambung dan membela ‘Saka’ atau ‘Hantu Raya’ mereka. Dan sudah pastilah mereka akan memilih calon yang sesuai dan senada dengan aliran penjajah ini tadi.

Sebelum Belanda meninggalkan Indonesia, sebelum Portugis meninggalkan Filipina, sebelum Britain meninggalkan Malaysia, penjajah-penjajah ini telah memilih ‘waris’ masing-masing untuk mengekalkan ‘Saka’ mereka tadi.
Di Malaysia, ‘Saka’ ini telah diserahkan kepada UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman setelah mengharamkan calon-calon lain yang dilihat tidak mahu meneruskan ‘Saka’ British di Malaysia. Calon-calon ini telah diharamkan, pemimpin-pemimpin mereka telah dipenjara, di’ISA’kan,dibuang daerah malah ada yang dibunuh! Pastinya ‘Saka’ itu sangat memusuhi Islam. Walaupun pewaris ‘Saka’ yang dipiliah kelihatan Islamik, tetapi hakikatnya mereka menjadikan ‘Islamik’ mereka itu hanya untuk menarik perhatian orang Melayu. Antara perkara yang paling lunak diwariskan oleh penjajah ini adalah ‘Demokrasi’!.

Dengan demokrasi inilah waris penjajah ini mengekalkan kuasa mereka. Selama hampir 50 tahun mereka mengekalkan kuasa melalui demokrasi-pilihanraya dan selama itulah penjajah ‘senang hati’ melihat ‘Saka’ mereka dikekalkan oleh waris ini.
Kini, ‘Saka’ itu semakin kepanasan akibat tekanan yang timbul kerana demokrasi yang senantiasa menyebelahi mereka semakin jauh dan mula menyerang mereka. Disebabkan itu di dalam isu Perak, waris-waris ini telah terbang ke Britain untuk meminta nasihat bagaimana untuk menangani masalah ‘warisan’ mereka itu!

Didalam semua masalah ini, melayu adalah kaum yang paling banyak memainkan peranan dan mengambil bahagian baik sebagai ‘pewaris’ mahupun calon-calon yang tidak dipilih tadi. Sebab itu kita dapat lihat dalam isu Perak, melayulah yang paling sibuk baik sebagai pembela mahupun sebagai perampas! Cina dan India sekadar minoriti dalam isu-isu ini. Disinilah mula terpikir penulis betapa pentingnya melayu bersatu!
Dan tidak ada penyatuan yang terbaik selain daripada Islam. Islam yang akan bukan sahaja menyatukan Melayu, malah akan menyatukan India,Cina dan semua bangsa di Malaysia ini! Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, sekiranya kita berjuang kerana melayu, kita akan zalim kepada bangsa lain kerana mustahil cina dan india boleh menjadi melayu, tetapi jika kita berjuang kerana Islam, cina dan india juga berpeluang untuk menjadi muslim dengan menganuti Islam!

Buat melayu UMNO, inilah masa yang terbaik dan terpenting untuk kembali muhasabah apakah sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO? Lebih 50 tahun memperjuangkan bangsa melayu, apakah hasilnya? Adakah melayu semakin berjaya? Atau semakin banyak sebenarnya hak melayu yang di’hilang’kan? Alangkah indahnya jika sejak dahulu lagi UMNO memperjuangkan Islam sebagai Perlembagaan negara! Tapi, mustahil mereka yang mewarisi ‘saka’ tersebut sekiranya mereka bersetuju dengan Islam?

sunsnake 21 May 2009

(diulang siaran untuk bacaan semula kepada yang tertinggal/sudi)

5 comments:

azim said...

bila kamu berkata tentang SAKA yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum mereka membenarkan kemerdekaan tanah melayu, adakah kamu sedang siapa dan pihak mana yang dijadikan SAKA itu?

sejarah membuktikan, PAS dilahirkan dari usaha jahat pihak inggeris untuk mengagalkan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. tahukah kamu tentang kenyataan tersebut?

bersama-sama DAP, PAS dijadikan alat untuk memecahbelahkan bangsa melayu, cina dan india yang mahukan kemerdekaan. itu sebabnya dalam 2 pilihanraya yang diadakan sebelum merdeka, PAS dan DAP menentang PARTI PERIKATAN ketika itu.

jadi siapakah SAKA yang sebenarnya?

taktik yang sama digunakan oleh British ketika mengagalkan usaha Gandhi untuk mendapatkan kemerdekaan untuk India dengan menjadi dalang bagi beberapa kumpulan yang berteraskan agama Islam dan Hindu.

diharapkan Budak Balun belajar tentang kemerdekaan Tanah Mellayu dan juga India. Dengan ini insyaallah kamu akan 'dicerahkan' pandangan dan pendapat kamu.

azim said...

kamu nyatakan : "Sebelum Belanda meninggalkan Indonesia, sebelum Portugis meninggalkan Filipina, sebelum Britain meninggalkan Malaysia, penjajah-penjajah ini telah memilih ‘waris’ masing-masing untuk mengekalkan ‘Saka’ mereka tadi."

Boleh nyatakan pula di Indonesia dan Filipina, siapakah atau pihak manakahyang kamu rujukkan sebagai 'waris' penjajah-penjajah ini?

Soalan ini berbentuk ilmiah, jadi diharap saudara dapat memberi jawapan yang serba lengkap untuk dapat kita bincangkan secara terbuka.

budakbalun said...

Salam en azim,
"Sejarah membuktikan'?
Buku mana? siapa penulisnya?
Atau ini semua hanya dikutip daripada ceramah BTN?

Siapakah pemimpin PAS yang terbukti ada 'hubungan' dengan British? Bukankah British mengharamkan Hizbul Muslimin?
Yang kemudiannya dikenali sebagai PAS?
Dan mengapa pula UMNO tidak diharamkan oleh kufar British?
Malahan dianugerahkan kemerdekaan Malaysia tanpa ada setitik pun pertumpahan darah?

Dan jika pada En. Azim UMNO ni adalah satu-satunya pejuang melayu, mengapa ye Tunku selaku Pengerusi UMNO ketika itu tergamak menerima syarat british iaitu 'jus soli'?

Terima Kasih kerana memberikan pendapat tapi pada saya.. hujah tuan terlalu dangkal dan hanya berdasarkan apa yang didengar sahaja.. tahniah kerana mencuba..

azim said...

persoalan saya masih belum berjawab ...

jawab soalan saya dahulu, dan saya akan bahaskan jawapan saya.

jangan mengalihkan persoalan. beri jawapan dengan ilmiah dan jangan menjawab soalan berdasarkan kepada apa yang kamu perolehi dari ceramah-ceramah PAS sahaja.

diulangi semula persoalan saya :

Boleh nyatakan pula di Indonesia dan Filipina, siapakah atau pihak manakahyang kamu rujukkan sebagai 'waris' penjajah-penjajah ini?

budakbalun said...

Sebelum saya jawab soalan yang ntahapekebenda dari kamu..

Apa perlunya sibuk dengan Indonesia dan Filipina?
Kebebasan bersuara dan media mereka jauh lebih adil daripada Malaysia!

Saya masih lagi mahu menumpukan kepada persoalan mengapa British tergamak/sanggup menyerahkan kemerdekaan dengan cara yang sangat mudah kepada UMNO/Tunku sedangkan mengISAkan parti-parti lain terutamanya PAS?

Terlalu jauh bezanya keadilan antara Malaysia dan Indonesia..

Wallahua'lam