Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, March 28, 2010

PRK Hulu Selangor (3)- UMNO vs MIC?



Alhamdulillah..
Seluruh ahli dan penyokong PAS dan DAP di Hulu Selangor secara umunya bersetuju sekiranya calon daripada PKR dipilih bertanding sekiranya ada PRK disini.

Namun cerita yang berlainan di kem BN apabila UMNO secara serius mahukan calon mereka bertanding! MIC secara jelas mahu meneruskan tradisi meletakkan calon mereka mewakili BN di sini namun dengan suasana dan iklim politik MIC yang sangat getir agak sukar bagi UMNO Hulu Selangor menerima hakikat mereka terpaksa berkempen untuk calon MIC

Suara-suara mahukan calon UMNO bertanding jelas kedengaran melalui pimpinan UMNO setempat seperti Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor baru-baru ini yang secara terang menyatakan hasrat bahawa UMNO sedia bertanding sekiranya dipilih dan sebenarnya UMNO telah melancarkan jentera pilihanraya mereka 1 bulan yang lalu lagi!

Didalam UMNO Hulu Selangor sendiri keadaan sangat bergelora apabila ada golongan yang mahukan Zainal Sakom menjadi calon UMNO manakala golongan penyokong ADUN Batang Kali Mohd Isa sememangnya tidak menggemari Zainal Sakom ini!
Sementara itu ada satu lagi golongan yang mahukan Dato' Idris yang juga ADUN Hulu Bernam bertanding!!?

Bagaimanakah agaknya kesudahan episod ini? yang penting dalam hal ini teman sokong MIC! hehehe
sunsnake 28032010

Muhyiddin: BN mampu menang jika calonnya tepat
Mac 27, 10 2:37pm
Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh membuat penilaian sendiri terhadap pencapaian parti pembangkang di Selangor dan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian mereka berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku di negeri-negeri tadbiran pembangkang serta siri pendedahan oleh bekas pemimpin pembangkang baru-baru ini.

berita penuh

2 comments:

Anonymous said...

Kita jangan peduli, si Deris ke, Zainal Sakom ke atau Mat taib ke dan MIC ke...kita terus gempur... bila dah menang kita mandi kat Sungai dah lupa teman nama sungai tu yang banyak batu dan sejuk je air nya... dah lama tak balik kampong.
Gempur terusssssssss.

budakbalun said...

sungai banyak sungai kat sini bro!
Ada Templer kai(Serendah), ada Sungai Inki(Kalumpang, Peretak (Kuala Kubu) dan banyak lagi sungai on the way ke Genting Highland tuh!
oppss.. tak lupa ulu yam!