Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, February 14, 2010

Mana lebih Penting? Tutup aurat ka Perarakan Maulid Nabi?




UMNO ni kata bodoh piang kang depa marah!
Kata munafiq karang, depa pi ngadu kat Ketua UMNO Perak 'cum' Tok Mufti Perak tuh!
Tapi kalau setakat nak berarak untuk menunjukkan 'Kecintaan' kepada Rasulullah SAW,
lepas tu semua pakat-pakat tak gi Solat, dok maki Hukum Hudud yang Nabi suruh buat..
Yang Allah SWT firmankan dalam Al-Quran yang Nabi bawak..

Isu macam ni pun nak dipolitiknya!
Senyap isu kedai melayu kononnya diarah dek Guan Eng untuk diroboh,
timbul isu ini pulak ye?

Sabarlah PR Penang.. Tuan Guru Nik Aziz dah lagi lama dok hadapi puak-puak munafiqun nie..
sunsnake 14022010

Ketua Menteri diminta dedah minit mesyuarat

BUKIT MERTAJAM 13 Feb. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masihi peringkat negeri yang membatalkan perarakan sempena sambutan tahunan itu.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, terdapat bukti yang mengesahkan laporan Utusan Malaysia semalam berhubung keputusan mesyuarat tersebut yang mahu supaya agenda perarakan sambutan Maulidur Rasul dibatalkan.

Tegas beliau, keputusan membatalkan perarakan itu dibuat dalam dua mesyuarat yang dipengerusikan oleh Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim pada 19 Januari dan 3 Februari lalu.

berita penuh

Tidak memahami sejarah - Reezal

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan berniat jahat, berfikiran dangkal dan tidak memahami sejarah apabila memutuskan agar perarakan Maulidur Rasul di negeri itu dibatalkan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini ketika Pulau Pinang diperintah Barisan Nasional (BN).

"Semasa BN memerintah semua agama dilayan sama rata, Gerakan yang menerajui kerajaan negeri tidak pernah melarang umat Islam Pulau Pinang melaksanakan perarakan tersebut malah amat memahaminya.

"Ia merupakan satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam, bukan sahaja di negeri itu, malah seluruh negara," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

berita penuh

2 comments:

perakkome said...

SALAM TUAN....

jangan suruh rosmah berarak...tapi wajibkan rosmah tutup aurat...kemudian baru PM buat ulasan...

budakbalun said...

W.salam Tuan..
Kalau macam tu..
ntah bila la PM nak buat ulasan!!
sebab ntah bila la kak mah nak tutup..

Moga Allah kurniakan hidayah.. amin!