Hek eleh..
Baru jadi ahli Parlimen Rembau atas bantuan Undi Hantu..
Dah siap bagi nasihat kat berpuluh ahli parlimen Australia!
Padalah integriti Kerajaan Australia tu mungkin beratus kali ganda baik daripada Kerajaan Malaysia yang penuh dengan menipu, kezaliman, penipuan ciri utamanya RASUAH!
Sudah-sudahlah Khairy oiii.. Pi la kejut Pak Mentua ekau yang tongah tido tuhh!!
Dok makan gaji buta jadi Ahli Parlimen Kepala Batas tuhh!!
sunsnake 14022010
Nampaknya Khairy Nampak Orang Lain Semuanya Bendul
Nampaknya Khairy Jamaliuddin marah dengan tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia mengemukakan memorandum bantahan rasmi ke:pada Kerajaan Malaysia berhubung gesaan menggugurkan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khairy juga nampaknya melihat seolah-olah ahli-ahli Parlimen Australia tidak meneliti terlebih dahulu dengan pendirian dan apa yang mereka suarakan. Mereka mengambil pendekatan apa yang nampak tidak betul dan mereka ingin perbetulkannya. Khairy nampaknya nampak dia sahaja yang betul. Orang lain semuanya bendul.
“Tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan Australia tidak menghormati dan tidak mempercayai proses undang-undang negara malah cuba untuk mencampuri urusan negara ini” tambah Khairy. Sememangnya mereka tidak mempercayai proses undang-undang di negara kita kerana begitu banyak ajaibnya, bukannya seolah-olah tidak percaya tetapi tidak mempercayai langsung.
“Sesungguhnya proses kehakiman kita adalah telus”. Nampaknya juga Khairy dan seluruhnya umat Umno mengatakan ianya telus. Telus apa kebendanya. Senarai saksi yang diminta peguam Anwar tidak diberikan sehingga sekarang. Begitu juga dengan senarai bukti yang diperlukan juga tidak diberikan dan pelbagai perkara lain yang tak betulnya.
Patut pun ahli Parlimen dari Parti Buruh, Micheal Danby telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Salman L Ahmad di Canberra mendesak agar kes perbicaraan Anwar digugurkan. Orang lain nampak kepincangannya.
Itu baru satu negara yang membantah. Takkan nak tunggu puluhan negara mendesak baru kita memperbetulkannya. Nampaknya orang luar lebih berotak dari Umno. Yang tak betul dipertahankannya hingga ke lubang biawak.
sumber - ek-ele
0 comments:
Post a Comment