Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 18, 2009

Sah! ADUN BN wajib di'sekolah'kan!


Situasi 1 - Suatu masa dahulu


Seorang ayah memarahi anaknya..


Abah : Korang ni memang mangkuk hayun botollah! Aku suruh poie sekolah.. apsal yang korang ponteng! Ni dah kono buang sekolah macam mano? takkan aku nak heret Cikgu bosar sekolah korang tu keluar pejabet?? Bodoh botol! menyusahkan orang!


Anak-anaknyo: Maaflah abah... kami ni sebenarnya penyamun bah! bukan poei belajar! Jadi murid sekolah ni pun sebab nak cover je abah!!


Abah : Yo ko?? abah pun macam korang jugak lagi hebat! beg sireh pun abah sossaahh!!!


Situasi 2 - hari ini 18.11.2009


Kota Siputeh jadi iktibar
ROME 17 Nov. - Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh harus dijadikan iktibar oleh semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya mengambil berat soal kehadiran mereka pada sidang Dewan.


Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap sikap wakil rakyat yang memandang ringan soal tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu semalam, memberi pengajaran kepada mereka.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip BN menegaskan, adalah menjadi kewajipan untuk setiap wakil rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati.


''Saya kecewa. Saya tak nak buat sebarang andaian apa pun tetapi dalam keadaan yang genting sekarang kita perlukan wakil rakyat kita dalam BN yang terpilih di peringkat nasional dan DUN, ambil berat soal kehadiran dalam Dewan.


''Ia adalah sebahagian tanggungjawab yang utama kerana kalau tidak (hadir) semua masalah yang dihadapi oleh pengundi tak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN dan tak dapat diberikan perhatian," katanya.




Mangkuk hayun punya adun-adun UMNO-BN!


sunsnake 18.11.2009

0 comments: