Jelas dan semakin jelas..
Ibarat jerubu di penghujung musimnya..
Keretakan di dalam MCA semakin hari semakin buruk.
Siap secara terang-terang nak lemahkan Liow dengan gugur(buang) penyokong-penyokongnya termasuk Datuk Paduka Chew! perghh!! clear gila ni apekk!!
Diharap ahli-ahli MCA dapat menilai apa sebenarnya prinsip pemimpin-pemimpin mereka.
Semata-mata untuk pangkat dan kemewahan!
Kalau tak nampak jugak saya tala tahu la apekkk!!!
sunsnake 18.11.2009
MCA tolak EGM, 9 penyokong Liow digugur | |
|
Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.
Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.
Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.
Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.
Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.
0 comments:
Post a Comment