Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 18, 2009

Laa.. awat yang sebelum ni tak terpikiaq??






Musykil betul..
MB sebelum-sebelum ni semua melayu..
takdak lagi yang kapiaq jadi MB kat negeri ni..

Nak kata Penang bukan? Nak kata Singapore pun bukan??
Nak kata tak dak duit.. banyak.
Nak kata Kapiaq, ngaku Islam..
Nak kata bukan melayu.. semua Hidup Melayu!

Alhamdulillah.. InsyaAllah..
semakin berbaloi rakyat Kedah pilih PAS jadi Kerajaan Negeri..

apa UMNO kata?
"BN menang Kedah Senang?"

Pi tanya balik 3 Hamba Allah kat atas tu apa dia dah buat?
punya lama memerintah.. hal orang mati pun tak amik peduli!
Hal orang hidup lagi laaaa...

Kepada ahli-ahli UMNO..
marilah bersama kita kembalikan hak-hak rakyat.
Cukup-cukuplah kita memberi kepercayaan kepada parti melayu yang semakin jauhhh menyeleweng ini..
Untuk anak-anak cucu kita jugak..

Hanya Islam yang boleh memelihara bangsa
Mustahil bangsa boleh memelihara Islam!

sunsnake 18.11.2009

Bantuan khariat kematian semua kaum di Kedah
Nov 18, 09 2:37pm
Mulai tahun depan, golongan miskin semua kaum di Kedah akan menerima bantuan RM500 melalui khairat kematian 'kifalah' bagi pengurusan jenazah anggota keluarga mereka yang meninggal dunia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata menerusi skim bantuan itu, mereka akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia.

"Kifalah bertujuan memberi bantuan segera kepada rakyat miskin yang kehilangan anggota keluarga dan wang itu boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan sebagainya," katanya di Alor Star hari ini.

Katanya, bantuan tersebut menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan negeri komited untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik atau miskin tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Menerusi bantuan ini, rakyat daripada semua kaum dan tanpa mengira fahaman politik boleh menghubungi wakil rakyat atau ketua kampung masing-masing untuk membuat permohonan Kifalah jika berlaku kematian anggota keluarga mereka," katanya. - Bernama

0 comments: