Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 18, 2009

Flip-Flopnya PKBM!

Dulu masa kekosongan kerusi Dun Penanti...
Alasan Najib ialah tak mau bertanding!
Sebab kerusi itu dikosongkan bukan atas dasar rakyat!

Dan sepatutnya kali ini di Dun Kota Siputeh,
UMNO atas prinsip yang sama jangan la bertanding!

Kali ini kerusi Dun kosong sebab YB UMNO malas hadir Sidang Dun!!!
Apa punya kes macam ni?

Sepening-pening Fairuz dulu pun takde pulak kes dia tak hadir ke sidang Dun sampai kena buang!
Ini kes tak hadir sidang dun bro!
Bukan tak hadir kelas tingkatan 3!

Bukan main payah rakyat Kedah terpaksa amik risiko,
dalam keadaan satu Kedah tolak UMNO-BN tapi pengundi Dun Kota Siputeh pilih gak wakil UMNO!
Last-last dia buat main.. tak mai dengan alasan yang pelik-pelik?

sama aja dengan kes Fairuz malahan lebih hina lagi!

Lepas ni kalau ADUN Umno ni nak bagi nasihat kat anak menakan atau rakyat agar jangan ponteng sekolah atau kerja memang kompom kena gelak sampai keluaq ayaq mata laaaa!!

p/s: PKBM ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(ramai puteri UMNO tak tau apa dia PKBM nie... hahahaha!)
sunsnake 18.11.2009

BN sedia bertanding

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan kosong oleh mahkamah.
  • Bagaimanapun BN akan merayu supaya keputusan itu dipertimbangkan tetapi akan patuh Mahkamah Rayuan.
  • SPR akan kemuka rayuan di Mahkamah Tinggi Jumaat ini supaya penguatkuasaan kekosongan itu ditangguhkan.
  • UMNO Kedah bersedia hadapi pilihan raya kecil jika rayuan ditolak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
  • Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi ADUN Kota Siputeh sehingga keputusan rayuannya, kata Speaker DUN.
  • Abu Hassan hormati keputusan mahkamah dan tidak hadir majlis perasmian DUN Kedah, semalam.

  • sumber - melayau

    0 comments: