Dah berbuih mulut..
Dah jenuh bagi nasihat!
Tak nak jugak dengor!!
Perkataan debat ni..
Jangan disebut kat puak-puak UMNO nehh!
Usahkan pencacai..
Level Presiden UMNO pun kecut perut dengar perkataan 'DEBAT' !!
Cakap sorang-sorang kat dalam TV boleh laaa..
Hari tudalam rancangan forum kat Tv3..
Isu- Kerajaan Selangor..
Sanggup ambil 2 orang yang bukan wakil kerajaan Selangor pun!
Sorang ketua Pembangkang DUN Selangor..
Sorang Exco pemuda UMNO Pusat dan Selayang..
Adehhhh!!
soalan pengacara "Apakah yang sebenarnya berlaku dengan masalah sampah di Selangor ini YB?"
woi!! soalan tu patut tanya kat Kerajaan Negeri laaaa..
Orang luar mana tau??
Bukan Juruaudit bertauliah pun yang ditanya!
Alangkah baiknya kalau dipanggil seorang lagi wakil daripada Kerajaan Selangor dalam forum tu..
Baru balance.... ada la tukang jawab untuk Kerajaan negeri..
Ini, dah ko ikat orang tu.. kaki dan tangan..
ko tutup mata dia...
lepas tu ko belasah tak ingat!
Lepas tu ko jaja 1malaysia..
Akulah yang paling gagah dan terkuat!!
Tengok? sampai lembik aku kerjakan mamat tuh!!
Tak melawan beb!!
phuiiii!!!
sudah-sudahlah nak ajak UMNO berdebat..
baik ko gi nyembang dengan lembu-lembu NFC laki kak Ijat tu..
laaagi banyak pekdah!
adehhhh!!!
syabas buat Merdekacenter... teruskan kajian yang baik sebegini..
Jangan marah aaaa.. kasi suspen skitt..
budakbalun 05032012
Kajian: Pengundi muda mahu debat Najib-Anwar
BANGI, 5 Mac: Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.
Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.
Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat. - Harakahdaily
0 comments:
Post a Comment