Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 5, 2012

Isu Kedah - Kemelut Di Muara Kasih...

Ini penyanyi lagu 'Kemelut Di Muara".. Rosmah tak suka gambo nehh!! wakakaka!


Alhamdulillah...
Inilah cantiknya jemaah..
hidup berjemaah..
solat berjemaah..
mati je tak leh berjemaah..
boleh gak kalau mati ramai-ramai macam tsunami tu..
itu agaknya mati berjemaah?

Kena muhasabah diri balik..
Dari Ust Azizan selaku MB sampai la Exco-exconya..
Apa-apa hal pun.. utamakan keperluan dan gak rakyat terbanyak..

Kocak dalam cawan jangan sampai tumpah!

budakbalun 05032012

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.-Harakahdaily

0 comments: