Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 12, 2012

Pemuda UMNO Mampu Ke Buat Macam Ni?

 Isytihar harta? mamposss aku!!





KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


PEMUDA PAS SELANGOR TURUT SOKONG PENGISYTIHARAN HARTA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut menyokong penuh kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat supaya semua Exco Dewan Pemuda PAS Pusat melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan pada minggu ini samada mereka akan dinamakan sebagai calon pilihanraya ataupun tidak.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan ini adalah satu kewajaran yang boleh membentuk persepsi masyarakat bahawa pimpinan PAS terutamanya pimpinan Pemuda PAS Pusat bukanlah seperti pemimpin-pemimpin Pemuda Umno dan Barisan Nasional yang bergelumang dengan kekayaan hasil dari wang yang bukan sebenarnya milik mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berpendapat dengan pengisytiharan ini juga akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pimpinan Pemuda PAS Pusat di dalam menjaga amanah perjuangan parti dengan tidak mengumpulkan harta dan bermewah-mewah melalui tindakan yang tidak sewajarnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa pimpinan Pemuda PAS Pusat mempunyai integriti yang cukup tinggi dan penuh bersedia untuk melakukan pengisytiharan harta masing-masing di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat nanti.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mencabar supaya pimpinan Pemuda Umno dan Barisan Nasional supaya dapat juga melakukan pengistiharan harta masing-masing sepanjang mereka diberikan amanah memimpin parti masing-masing. Jangan hanya pandai berkokok mahukan pemimpin yang bersih dan mempunyai integriti tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta sendiri untuk penilaian rakyat. Selain itu juga, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri kabinet berserta pimpinan Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat supaya dapat melakukan pengisytiharan harta masing-masing secara terbuka sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

SAUDARA MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

12 November 2012

Wednesday, October 31, 2012

AES - Rahsia DAP Terbongkar!









Kalau rakyat Malaysia tak tau @ tak faham lagi teman tak tau la nak kabo..
Bukannya nak tangguh sebab nak kaji cara perlaksanaan termasuk yang dikritik rakyat iaitu lokasi-lokasinya yang langsung tak munasabah!
Tapi nak tangguh sebab Pilihanraya Umum dah dekat???
Ini haramjadah apenye?

Maknanya, lepas pilihanraya kalau UMNO-BN menang lagi maka silalah laksanakannya??

Duhai rakyat Malaysia yang semakin ramai yang cerdik!
Sedarlah! Insaflah!
Kita wajib tolak UMNO-BN ini jauh-jauh!
Mereka semakin tidak keharuan dengan kebangkitan rakyat!
Mereka semakin keliru dengan apa yang perlu dibuat untuk kembalikan keyakinan rakyat!

Ayuh! Menuju Putrajaya untuk selamatkan Malaysia daripada kemunafikan ini!

budakbalun 31102012

Bung Mokhtar: AES tidak sesuai sekarang, PRU 13 makin hampir

 

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.
Datuk Bung Moktar Radin
Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN. “Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

 

Friday, October 19, 2012

Chua Soi Lek Dirasuk Syaitan Yang Dikenali?

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
02 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 18 Oktober 2012
"CHUA SOI LEK LIABILITI KEPADA BN - KETUA PEMUDA PAS"

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud. Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.

Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.  

Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.

Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.

Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali ? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.

Ngo – ngo Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
Ngo – ngo melayu juga selayaknya berperanan . Terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP. Kemana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek ?

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Ala mini.

Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau diusia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.

Disediakan oleh ;
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, October 18, 2012

Masjid Assalam dan DAP!





Dulu,masa UMNO memerintah..
masjid ini sepi...
kuliah ilmu tu ada bukan takde tapi sangat-sangat tak menarik.. 

Khutbah Jumaat sekadar khutbah...

Alhamdulillah.. seiring dengan perubahan tampuk pemerintahan di SUK Shah Alam, 

AJK masjid ini selepas itu diwakili oleh mereka yang benar-benar berjiwa masjid!
Tidak ada kepentingan politik apatah lagi berebut jawatan!
Masjid ini secara tiba-tiba meriah dan sesak dengan aktiviti.
Kuliah maghrib nya boleh dikatakan hari-hari!
Seminggu sekali selalu ada Ulama' yang muktabar datang mencurah ilmu kepada sang pendahaga ilmu!

Khutbah Jumaatnya diawali dengan Tazkirah Jumaat yang sangat mengesankan!
Disampaikan oleh Khatib-khatib jemputan mahupun tempatan..
Sesekali ada Khatib yang terdiri daripada ulama'2 hebat manakan mampu jemaah untuk tunduk mengantuk!

Sebahagian besar ulama'2 yang dulunya diharamkan mengajar di Negeri Selangor oleh Kerajaan UMNO kini saban minggu berkuliah,berceramah mahupun bertalaqi dengan pencinta-pencinta ilmu!
Anak-anak muda kini semakin rajin mendatangi masjid ini..
Ramai wajah-wajah baru yang kulihat saban minggu...
Mendamba ilmu menghapuskan titik noda dosa dalam jiwa..
Moga Masjid ini terus Imarah dan Istiqamah dengan majlis-majlis ilmu sebegini..

Jika inilah kesan bersahabat dengan DAP di Selangor, masakan tidak untuk ke Putrajaya? 
Apa salahnya? 

Saturday, October 13, 2012

DAP Semakin Menggila!

Tak gitu Tengku Aziz @ Trojan Horse? hahahahahah!



Teman yakin sangat-sangat!

Ini semua keje DAP!
DAP yang aturkan sumbangan ni untuk bagi ke UMNO Sabah!

Bukankah DAP ni pengkhianat melayu?
Bukankah DAP ni pengkhianat Islam?

Insaflah wahai umat melayu!
DAP ini sangat-sangat bahaya!
DAP ni serpihan PAP Singapura!

Yang bagi Singapura ke Lee Kuan Yew pun DAP jugakk!
Cer tanya Ibrahim Ali.. wakakakakaa!

budakbalun 13102012

'Dedahkan sumber RM40 juta pada Umno Sabah'


 
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.-Mkini

Friday, October 12, 2012

Lagi Bukti DAP Tolak Islam!

Cilakak punya Lim Guan Eng! ehhh!! silap gambar lak! oppsss...

Apa lagi bukti yang rakyat Malaysia nak?
Jelas ini bukti yang terbaru dan lagi saheh betapa DAP telah menghina kemahuan orang Islam di Kedah!
Apa tunggu lagi?
Takkan nak tunggu maruah Islam tercalar di bumi Melayu ini?
Sedarlah duhai bangsaku!
Sedarlah wahai umat!

DAP senang memperkotak-katikkan Islam!

sedarlah!!!!

(Sila tukar semua perkataan DAP diatas kepada MCA yee?)

budakbalun 12102012

Pengiklan bukan budak-budak, kata MCA


 
Beliawanis MCA mengkritik langkah Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) mengetatkan garis panduan pakaian model untuk papan iklan besar di kawasan perbandarannya kerana "pengiklan bukan budak-budak".

Ketuanya Tee Hooi Ling berkata, oleh kerana sudah terdapat undang-undang persekutuan yang menghalang penerbitan bahan tidak senonoh terhadap bahan bercetak dan papan tanda, langkah pihak berkuasa tempatan itu hanya "penghinaan" terhadap pengiklan bukan Islam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tee juga berkata, golongan itu sebenarnya peka terhadap adat istiadat setempat dan kesopanan dalam masyarakat.

"Tiada pengiklan yang kehormat mahu menarik perhatian ramai masyarakat dengan sengaja mempamerkan model separuh bogel sama ada lelaki atau perempuan semata-mata untuk menjual barangan mereka," katanya.

The Star hari ini melaporkan majlis bandar raya itu menguatkuasakan undang-undang yang mensyaratkan model perempuan supaya bertudung sementara bukan Islam mestilah berpakaian sopan.

Wednesday, October 3, 2012

Thursday, September 27, 2012

Akhirnya SPR Telah Insaf?

 Sila klik gambo
gi website spr.gov.my... check no IC 781220135703
maka keluarlah nama pengundi tersebut..
Jangan mimpilah nak tawan Sarawak! hahahaha!

Cepat try sebelum SPR delete nama ni... suka hati abah depa je nak buang nama2 pengundi derr!
budakbalun 27092012

Tuesday, September 25, 2012

MB Pahang Buktikan Wasatiyyah UMNO!


Teman pun pelik sebenarnya macam mana UMNO Pahang boleh suka benor dengan Adnan Yaakob neh!
Dan atas kriteria apa mamat ni dilantik jadi MB?

Semenjak Khalid Ibrahim dilantik menjadi MB Selangor, suatu perspektif baru dalam pemerintahan telah berlaku dimana rakyat mula memberikan perhatian kepada mereka yang datang daripada sektor korporat dengan gaya pengurusan korporatnya..

Rasanya, belum ada lagi MB yang datang daripada sektor korporat yang besar seperti MB Khalid Ibrahim ni..

Apa pun... Adnan dah terlepas cakap...
So, bila nak batalkan kontrak?
Udahkah Pahang bajet tahunan kompom defisit!
Nak hilang pulak income RM60 juta!

terpaksa la rembat balak lebih sikit daripada biasa lepas neh!

budakbalun 25092012

Pahang rugi RM60 juta batal perjanjian air

Harakahdaily, 25 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah membuat rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun, kata Fuziah Salleh (gambar).

Ini ekoran kenyataan Adnan yang mahu membatalkan perjanjian membekalkan air mentah kepada Selangor.

Adnan mengugut pada 23 Sept di Bentong bahawa beliau akan membatalkan perjanjian konsesi penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sekiranya Selangor terus berdegil untuk tidak meneruskan projek Langat 2.

Fuziah berkata, di dalam Projek Langat 2 sejumlah RM60 juta setahun perlu dibayar oleh Selangor kepada Pahang untuk air mentah.

Katanya, Pahang akan menerima 10 sen untuk setiap satu meter padu air mentah yang dibekalkan oleh Pahang kepada negeri Selangor.


Ahli Parlimen Kuantan itu menambah, dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, Pahang bukan sahaja rugi RM60 juta setahun, mungkin perlu membayar penalti di atas pembatalan perjanjian tersebut.

“Di dalam keadaan negeri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada Kerajaan Pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negeri Pahang.


“Sebaliknya sekira pihak negeri Selangor yang membatalkan perjanjian, maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi,” ujarnya yang juga Naib Presiden PKR.


Baginya, Menteri Besar Pahang juga tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah.

Beliau menjelaskan, yang sebenarnya Selangor mempunyai cukup air mentah tetapi kurang air terawat.

Sorry Anwar, Ini Sangat Tidak Cerdik!





Kadang-kadang pelik gak teman dengan DS Anwar nie...

Mungkinkah terbawak-bawak perangai duk dalam UMNO dulu?
Tidak serikkah dengan apa yang selalu terjadi?

Menerima 'pelawaan' owner jet Peribadi untuk menggunakan jet nya sebenarnya tidak ada apa masalah..
tetapi 'Politik adalah persepsi'!

Teman yakin semua orang akan sangsi dengan 'keikhlasan' owner jet tersebut!
Dan pastinya owner itu adalah businessman!
Takkan peneroka felda yang ada jet peribadi?

Alangkah baiknya kalau DS Anwar tolak pelawaan tersebut!
tiadalah persepsi...

apa punnnn... yang tak elok tetap tak elok biar datang dari PR apatahlagi BN!

budakbalun 25092012

Pemilik jet tak harap balasan, kata Anwar

 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.
Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar. -mkini

Lagi Bukti UMNO Paling Islamik!



I rest my case my lord! again! oppsss!

budakbalun 25092012

Maha Benar UMNO Lebih Islamik!



I rest my case my lord!

budakbalun 25092012

Monday, September 24, 2012

'Jack' kereta sampai terbalik!!!


Orang cakap...
Kalau nak 'jack' tukar tayar kete..
Jack ngam-ngam bagi leh keluarkan tayar kete..

Tapi yang ni kes jack sampai kete terbalik 4 tayar ke atas!!
wakakakakaka!!

Agak-agak la nak bodek pun..
Yahudi jeles dengan Malaysia sebab ada Scopene??

Lawak jenis apa ni?

Last dulu yang jack sampai terbalik ni sorang Prof..
Sampai tergamak kangkung tu kata "Tanah Melayu tak pernah dijajah!"

Waaaaa!!
Macam-macam cara manusia nak hidup la nie..
Membodek pun salah satu cara nak hidup...
kesian... inilah akibatnya apabila sanggup menggadai maruah untuk membela regim yang zalim..

Kesimpulannya... bodoh sungguh laa haiiii!!

budakbalun 24092012

Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene


       
Bekas orang kanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakini menjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.

Laporan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang memfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima dana daripada Open Society Institute.

Jelasnya, insititut berkenaan diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.

Beliau turut memberi alasan bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

"Ini kerana sudah pasti anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi dan najis masyarakat," katanya seperti dipetik Utusan.
Anuar juga menyalahkan "pembuat kapal selam Yahudi dari barat" yang bertindak "tidak bermoral" dengan "menyerang" syarikat pembuat kapal selam Scorpene, DCNS.
Beliau mendakwa pembuat senjata berkenaan "iri hati" kerana Malaysia tidak membeli kapal selam daripada syarikat Yahudi.-Mkini

Sokong! Bantah Ngeh Koo Ham!

budakbalun 22092012

Saturday, September 22, 2012

Tenaga Dijanakan Semula Dengan Berjemaah!



2-3 hari sebelum ni memang badan teman rasa letih lesu sungguh!
2-3 minggu yang sibuk dan menyesakkan!

Alhamdulillah.. balik daripada demo semalam terasa macam ada tenaga baru dalam diri!
Memang hebat kerja-kerja jemaah neh!
Kesatuan hati dan fikrah dalam memperjuangkan Islam yang Unggul..

Sebab tulah kita diwajibkan sebenarnya menunaikan solat Berjemaah..
Untuk re-generate tenaga!
Allahuakbar!

budakbalun 22092012

PAS Sokong Syiah? Bukti?




Dalam dok nak start berarak kat Demo Anti-hina Nabi semalam teman pun terperasan gak group dok bawak gambo Imam dari iran dan bendera hitam tulisan 'Hussein' tu..
Tapi tak perasan lak yang itu melambangkan Syiah..
Ada gak bertanya brader sebelah menyebelah.. depa pun macam ragu-ragu..

Tapi tetiba ada Pak Syeikh dok jerit "woi! Nabi Muhammad laaa.. apsal Hussein pulak??"
Dan dengan pantasnya selepas itu geng Unit Amal merampas bendera dan bunting gambo Imam Syiah tu..

Dalam pikiran teman..
kalaulah tak dihalang.. semacam ada lah nanti yang akan amik gambo..
dan silap-silap muka depan Utusan hari ini adalah
"Bukti PAS Sokong Syiah!"

hahahahah..
UMNO jugak jadi suspek dalam hal ni!


p/s: bebudak yang bawak bendera dan gambo Syiah tu pun macam blurrr je teman nengok? upahan ka apa ka Wallahua'lam..

Alhamdulillah... Allah SWT selamatkan kita daripada fitnah murahan...

budakbalun 22092012

UMNO.. Parti Politik Terhebat Dunia!

Bencilah macam mana pun dengan UMNO..
Menyampahlah macam mana pun dengan UMNO..
Jijiklah macam mana pun dengan UMNO...

 
Sang Saka Perosak Bangsa?


Nak tak nak..
Mahu tak mahu..
Kena akui jugak bahawa UMNO adalah parti terhebat di dunia!

Masakan tidak?

UMNO adalah satu-satunya parti yang menerima kemerdekaan  dan masih memerintah hingga kini didunia!
Makna kata.. hanya Malaysia yang masih mengekalkan parti penerima kemerdekaan memerintah..
Semua negara lain dah tukar beb!

Disebabkan itu..
Korupsi... Pecah Amanah... semakin tidak terkawal malahan menjadi barah yang sangat-sangat dahsyat!

Apakah rahsia kejayaan UMNO?

Hanya satu.... MEDIA!

Bukan satu kerahsiaan.. Media Utama Malaysia terlalu-lalu dikongkong..
Seolah-olah negara komunis sebenarnya..
Dan inilah satu-satunya 'taliah hayat' UMNO yang utama di samping menggunakan Duit dan Jentera Kerajaan..

Dan kini UMNO berhadapan dengan kuasa Internet!

Malang buat Najib kerana terpaksa berhadapan dengan Internet yang sangat-sangat berkuasa tetapi tidak 100% meluas..

Apa pun...
Tugas kita sebenarnya semakin berat untuk menumbangkan regim yang zalim dan tidak mengenal kemanusiaan ini...

Lawan Tetap Lawan!

budakbalun 22092012

Wednesday, September 19, 2012

Khas Buat UMNO Tg Malim seluuruhnya!




apa lagi UMNO Tg Malim mau spin maaa!!
kantoi!

Puak2 UMNO ni lagi suka giler kat LGBT rupenyerrr!!
Phuiiii!

budakbalun 19092012

Monday, August 27, 2012

Ilmu Perbandingan Terbaik Menteri UMNO!


aikkk??
Menteri samseng ni (rujuk kes belasah orang) bukan main hebat berfakta!
BN berjaya menunaikan 'sebahagian besar' janji-janjinya sejak 1958!
PR gagal melaksanakan 85% manifestonya sejak 2008?

Makkk!! Adil sungguh ilmu perbandingan menteri samseng neh!

BN   1958 - 2012 = 54 tahun (sebagai Kerajaan Pusat)
PR    2008 - 2012 = 4 tahun (sebagai Kerajaan Negeri)

Dalam isu Syabas pun Kerajaan Pusat menyibuk halang bagai!
Lagi nak cerita bab menunaikan janji?

janji dicapati laaa!!

Sembang dengan pencachai2 tegar UMNO memang bulat-bulat la depa telan!
Rakyat la ni dah pandai menilai maaa..
Dulu boleh la ada Utusan dan berita Harian je..

InsyaAllah..
Akan berlaku perubahan daripada BN ke PR..
Jom Ubah! Selamatkan Malaysia!

budakbalun 27082012

Zahid Hamidi: BN mampu laksana janji p'raya


 
Satu kajian menunjukkan BN menunaikan janji-janjinya apabila dapat melaksanakan sebahagian besar daripada perkara-perkara yang terkandung dalam manifesto pilihan rayanya sejak 1959, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata mengikut kajian yang dijalankannya, parti pembangkang hanya mampu melaksanakan 15 peratus daripada manifesto pilihan rayanya sejak 2008.

Dasar tu bijak, Prof je 'kurang bijak'!


Nak kata bangang...
belajo tinggi..
Sijil bertimbun..
Diploma bertampuk!
Ijazah berfail-fail..
Master berbukit-bukit..
Phd berbalang-balang..

Tapi bila tak percaya rezeki datang daripada Allah SWT..
Lagi bangang daripada kera yang tak sekolah!
Setidak-tidaknya kera tak pernah bagi kenyataan yang 'kurang siuman' macam ni..

Tak pulak kangkung ni tegur 'Dasar penswastaan" air yang gagal neh!
Berpuluh tahun air diswastakan.. akhirnya terbukti gagal!
Dan Kerajaan Selangor berusaha untuk membuktikan bahawa kerajaan mampu menguruskan air dengan lebih baik dan berkebajikan kepada rakyat...
Malangnya... kroni dah terlalu kuat untuk di nafikan..

Teringat pulak kat Prof anak Kling..
Yang secara tiba-tiba membodek dengan ayat yang Maha Bangang..
"Malaysia Tak Pernah Dijajah"!
hahahhaha!!

Prof.. kalau nak bodek UMNO pun..
Sikit-sikit dah laaa... jangan sampai rentung!

Kalau nak jek kereta pun..
Ngam2 untuk tukar tayar dah laa..
Jangan sampai terbalik kereta tuh!!!
muahahahahha!!

budakbalun 27082012

Pensyarah UiTM: Dasar air percuma 'tak bijak'

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Simpatilah Sikit kat 'Big Brother' neh!





"Jangan Buat Perubahan!"

Gamaknya itulah juga permintaan Hosni Mubaraq pada rakyat Mesir sebelum revolusi rakyat Tahrir Square!
Agaknya itulah juga saranan Ben Ali kepada rakyat Tunisia sebelum dihambat tak cukup tanah!
Itulah juga mungkin arahan Muammar Ghaddafi di Libya!

hmmmm...
Patutlah takut sangat dengan 'Arab Spring'!

InsyaAllah..
Perubahan pemerintahan akan berlaku di Malaysia..
Yang akan buat kacau hanyalah balaci-balaci UMNO-BN yang akan meghoyan kehilangan kuasa dan pendapatan!

budakbalun 27082012

Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan'


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya. - mkini

Terbukti! DAP Yang Hapuskan Kuasa Raja2 Melayu!

iskk!!
Ni boleh menyebabkan Dr Hasang Jati terkedu neh!
Ada bukti hansard Parlimen pulakkk!!
Takkan hansard menipu der?

Elleh..
Kalau takde hansard pun 1Malaya tau siapa yang suka guna Raja-raja neh!

budakbalun 27082012

Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M

 
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
-mkini

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri dari BudakBalun!


budakbalun 16082012

Tuesday, August 14, 2012

Target: Anak Cucu Ahli UMNO!

Iman tak dapat diwarisi...
Mahupun diwariskan!

Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman..
Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan..
dia kata..

"kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"

Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni...
Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh!
Siru 'alaa Barakatillah sahabat!

budakbalun 14082012

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DATUK TAMRIN BUKTIKAN UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN

24 Ramadhan 1433 bersamaan 03 Ogos 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Tamrin Ghaffar yang bersama-sama dalam saf perjuangan PAS. DPPM menganggap Datuk Tamrin seorang yang berprinsip, tegas serta berani menghadapi risiko yang bakal dihadapinya dengan menyertai PAS.
Penyertaan Datuk Tamrin ke dalam PAS pastinya memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli dan pendokong perjuangan Islam di negara ini untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Perjuangan Islam yang didokong atas dasar kebenaran dan keadilan secara ikhlas pasti akan diberikan ganjaran di sisi Allah SWT.
Allah SWT memberikan hidayah dan taufik kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Meskipun Datuk Tamrin telah lama bergelumang dalam UMNO dan menjadi anak kepada bekas pemimpin tertinggi UMNO, namun akhirnya beliau sanggup mengenepikan segala keseronokan yang dinikmati semasa di dalam UMNO hanya untuk menyertai perjuangan Islam melalui wadah PAS.
Ini membuktikan semakin ramai pemimpin yang sedar bahawa dasar perjuangan UMNO telah jauh tersasar dari matlamatnya. PAS disertai bukan sahaja oleh tokoh-tokoh bekas pegawai tinggi kerajaan, selebriti dan artis, malah terdiri daripada para pemimpin UMNO.  DPPM yakin, gelombang ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai PAS akan berlaku suatu ketika nanti. Bagi rakyat, UMNO pada hari ini adalah untuk survival diri, keluarga dan suku sakat mereka sahaja berbanding dengan matlamat perjuangannya dahulu. Malah tokoh besar seperti Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang bersama di dalam UMNO dari awal kelahirannya turut isytihar keluar UMNO kerana sedar dasar perjuangannya sudah jauh menyimpang dari asal.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, DPPM menyeru kepada semua pemimpin UMNO yang lain agar mencari kebenaran dengan melihat kepada realiti dan petunjuk hidayah daripada Allah SWT untuk turut sama menurut jejak Datuk Tamrin Ghaffar keluar dari UMNO dan menyertai PAS.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, August 13, 2012

Sorry Bro,Gua Sokong Abdullah Sa'amah!


Teman memang respect giler kat Tok Guru Pondok-pondok nih!
Punya la banyak bukti betapa teruknya UMNO neh!
Betapa jelasnya UMNO tolak hudud!
Betapa sakitnya.. busuknya hati UMNO pada Hukum Hudud Allah SWT!
Langsung terhijab dimata Tok Guru Pondok-pondok neh!

Tapi..
Teman sokong dia ni dengan cara dia cari publisiti!
Sehebat-hebat Harussani bodek UMNO pun,
tak sehebat brader ni wooo!!
Frontpage Utusan maaaa!!
Perghhhh!!! Ibrahim Ali pun susah nak dapat dok front page Utusan!
Zul Nordin pun payah..
Jamal Posmen Behrang? lagi jauhhhhh!!

Phuiiii!

budakbalun 13082012

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: PAS TETAP MINTA MAJLIS FATWA BERSIDANG, BUKAN KENYATAAN PERIBADI SEORANG DUA MUFTI.

Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan  lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/176760). Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak hukum Allah.

Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Media pro UMNO sering cuba menghinakan minda orang Melayu berkait hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk – dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai penyebab negara mundur dan menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.

Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap, sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut dikeluarkan.

Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?

Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, Umno sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk halang Hudud di Kelantan.

Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka tentulah juga haram dan berdosa.

Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan, kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.

PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi. Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC sebagai kafir zimmi.

Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.

Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.

Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah.

Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama.

PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.

Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.

Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.

DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.

Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, August 2, 2012

UMNO Ludah Muka UMNO? Terbaekkk!

budakbalun 02082012

Wednesday, August 1, 2012

Rafizi = Hang Nadim Moden


Sememangnya dah disangka... Kerajaan UMNO-BN dok dendam lama dah dengan susuk tubuh bernama Rafizi Ramli nih!
Depa dok gerammmmm je nak balun!
Dan pastinya tekanan yang amat tinggi kepada pihak Polis dan Bank Negara oleh kerajaan UMNO-BN..

Teringat pulak kisah Hang Nadim.. budak yang bijak yang membantu Sultan menyelesaikan masalah Singapura Dilanggar Todak!
Hang Nadim bagi idea bentengkan pantai dengan batang pisang..
Maka selamat lah seluruh rakyat jelata dengan idea hebat itu!

malangnya pemerintah pulak rasa bimbang..
Kalau bijak sangat masa kecik, bila besar kompom jadi lebih bijak!
Bila jadi lebih bijak maka pastinya akan membahayakan reputasi pemerintah yang pastinya bodoh!

So, bunuh sudda.. terbunuhlah budak yang bijak atas ketakutan dan kebodohan sang penguasa..

apa bezanya dengan rafizi si Hang nadim moden?

Bezanya.. Rafizi memberi idea untuk Malaysia yang lebih baik tanpa rasuah dan kronisma melampau..
Malangnya sang penguasa bimbang dan takut serta dungu..
Idea yang baik itulah yang akan menghancurkan kekayaan dan ketamakan sang penguasa UMNO-BN!

Maka.. digunakanlah undang-undang yang ada kononnya atas dasar Perlembagaan...
Phuiii!


budakbalun 01082012

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TANGKAPAN AKTA BAFIA : POLITIK DENDAM KE ATAS RAFIZI?
(1 Ogos 2012)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini. Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau. Tindakan ini juga seperti suatu ancaman ke atas beliau ekoran kejayaan beliau mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) serta ugutan kepada pemberi-pemberi maklumat lain supaya jangan memberi kerjasama kepada ‘whistle blower’ skandal pemimpin negara ini. Malah beliau juga mempunyai siri-siri pendedahan skandal pemimpin negara yang mempunyai kepentingan terhadap projek tertentu serta terlibat dalam pelbagai penyelewengan.

Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan beliau membocorkan maklumat. Tindakan Rafizi wajar dipuji kerana usahanya memastikan negara ini bebas daripada penyangak-penyangak rasuah oleh pemimpin-pemimpin negara.

DPPM menegaskan, negara ini menuju kemusnahan jika jenayah rasuah dibiarkan berleluasa manakala pemberi maklumat diambil tindakan. Politik dendam dan hasad dengan menghukum seseorang hanya kerana individu tersebut bercakap benar adalah tindakan keji golongan yang menolak kebenaran. Bagi rakyat, tindakan ini bukan melunturkan semangat mereka mahukan perubahan, malah menambah lagi sentimen kebencian mereka melihat kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri.


DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kesian kat Zul Nordin neh!

Teman pun cuba memahami apa sebenornya berselindung di lubuk hati mamat ni yang paling dalam...
Kenyataan dia agar Lajim letakkan jawatan sangat-sangat kontra dengan dirinya sendiri!

Woi zul...
Kamu sendiri muka tak malu tak mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen setelah melompat..
Ini kamu pulak nak orang lain letak jawatan?
hahahahahah!
Buang la kopiah tu wehhh!!


budakbalun 01082012

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
ZULKIFLI NORDIN MENGATA DIRINYA SENDIRI

11 Ramadhan 1433 bersamaan 31 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin yang meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai ditujukan kepada dirinya sendiri. Kenyataan beliau seperti memperli diri beliau sendiri yang meninggalkan soal prinsip perjuangan yang beliau selama ini laungkan hanya kerana mengejar kenikmatan sementara dengan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.
DPPM hairan bagaimana Datuk Zulkifli Nordin boleh mengerti soal prinsip demokrasi sedangkan beliau sendiri yang menghinanya melalui tindakan beliau itu. Sepatutnya beliau sendiri melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu seperti yang didesak oleh pengundi di parlimennya.

Mungkin beliau tidak sedar bagaimana pahitnya rakyat menerima pemimpin yang berpaling tadah dan melompat parti sebagaimana beliau melihat kepada Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Wilfred Bumburing sekarang. Beliau mudah melihat kepada Datuk Seri Lajim Ukim sebagai insan tidak bermaruah, tetapi beliau tidak pernah melihat kepada dirinya sendiri yang jauh lebih tidak bermaruah.

Bezanya Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Wilfred beralih arah atas kerelaan diri mereka sendiri tanpa paksaan dan ugutan. Malah, sukar untuk dimengertikan jika mereka berubah kerana habuan yang menanti. Mustahil untuk difahami seorang Timbalan Menteri yang mempunyai kedudukan, pengaruh, dan juga kewangan mampu untuk bertukar haluan kepada Pakatan Rakyat yang tidak memiliki kuasa dan kedudukan seperti mana yang beliau nikmati sekarang. Malah nasib Pakatan Rakyat juga belum tentu kerana bakal menghadapi PRU ke 13 dalam keadaan yang sukar dibaca politik dan selera rakyat. Tetapi itu yang berlaku dalam politik sebenar dan pastinya rakyat melihat aspek keikhlasan memainkan peranan dalam penghijrahan kedua-dua Ahli Parlimen ini

Justeru, DPPM meminta Datuk Zulkifli Nordin dan insan sepertinya melihat ke cermin dan bermuhasabah diri sebelum menuding jari kepada orang lain. Saranan dan pandangan mereka hanya menjadi gelak ketawa rakyat atau menjadi cemuhan dan kemarahan rakyat.



RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemdua PAS Malaysia 

Friday, July 13, 2012

Syabas Polis Diraja Malaysia!

Teman dengan bangganya mengucapkan syabas dan jutaan tahniah buat pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah meluluskan permohonan ANAK untuk berarak ke Istana Negara esok.

Inilah dia salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dihormati oleh pihak yang berkuasa..

InsyaAllah.. teman juga akan hadir esok!

Kita jumpa disana!


budakbalun 13072012

Polis benar Himpunan Oren berarak esok

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

NONEMazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.
"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.-Mkini

Lagi Bukti Khianat DAP Terhadap Islam!

Chup! Chup! projekkkk!! Chup! Chup!

Tak habis-habis DAP buat hal!


budakbalun 13072012

Padang Kota akan ada surau tidak lama lagi

Harakah
GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.

Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.

"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan.  Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.

Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.

Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.

Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.

Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.

"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.

"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.

Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.

"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya.  Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.

Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama  di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang.

Wednesday, July 11, 2012

PDRM - Antara Dua Darjat?

 Haaa.. lepas massage2 neh.. gi belasah penyokong PR balik ye? Sempoiiii...



Jelas benor pilih kasihnya..

Berhimpun depan pejabat MB Pahang@UMNO..
Bukan main kasar Polis ye?
Siap tangkap dan sumbat ke lokap lagi!
Siap yang se tua umur 90 dan se muda 5 tahun kena tangkap!

Yang peliknya..

Yang berhimpun depan pejabat MB Selangor tak pulak ditangkap?
Apatah lagi ke lokap!

Siap polis tunggu sampai selesai pulak??

Hmmm...
Kalau ada rakyat Malaysia yang still tak nampak..
Baik jadi Kassim Selamat laaaaa!!

Alaaaa Kassimmmmmm!!

budakbalun 11072012

31 aktivis ‘Occupy Pejabat MB’ ditahan polis

KUALA LUMPUR, 11 Julai — 31 aktivis yang menyertai demo “Occupy Pejabat MB” ditahan polis setelah berkhemah di hadapan bangunan pejabat Menteri Besar Pahang, di Kuantan malam tadi.
Aktiviti “Occupy Pejabat MB” dilakukan untuk menyelesaikan masalah penduduk di Cameron Highlands, dipelopori oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan, terdapat 31 orang terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 wanita dewasa dan enam kanak-kanak telah ditahan polis dalam kejadian itu.
“Pada jam 9 pagi mereka sepatutnya didakwa, tapi mereka dirujuk ke Jabatan Peguam Negara,” kata Arul.
“Kesalahan kecik Seksyen 90 Akta Polis.
“Sebab pihak di Kuantan tidak boleh menguruskan hal ini, jadi mereka serahkan kepada Putrajaya untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Arul lagi.
Peserta tertua yang ditahan adalah seorang wanita berusia 90 tahun manakala yang termuda, berusia 5 tahun.

Sembilan NGO protes di luar SUK

SHAH ALAM, 11 Julai — Sembilan NGO berhimpun di Dataran Shah Alam sebagai protes terhadap isu Universiti Selangor (Unisel), Perbadanan Kemajuan Negeri Selansor (PKNS) dan kedudukan kewangan Yayasan Selangor. Sambil mengibarkan bendera dan sepanduk, 200 individu termasuk pelajar Unisel, NGO seperti Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) dan Waris Malaya dijangka akan berarak ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) untuk menghantar memorandum kepada menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Hidup rakyat, hancur Pakatan, undur Pakatan laung kumpulan tersebut sebelum memulakan perarakan.
Dalam memorandum yang diberi kepada The Malaysian Insider, menunjukkan isu yang dibangkitkan oleh kumpulan tersebut seperti Unisel dipolitikkan — perlantikan ahli lembaga pengarah terdiri daripada ahli politik PR, penyalahgunaan dana Yayasan Selangor dan pembangunan komersil kompleks PKNS walaupun kerajaan Selangor sudah menjelaskan tanah tersebut berstatus rekreasi.
Walaupun tidak dibenarkan untuk memasuki kompaun bangunan SUK, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum kepada ketua setiausaha sulit, Norzatun Aini, yang menemui para demonstran di pagar bangunan.
“Ini adalah amaran pertama kepada MB,” kata Mohamad Zainal Khamis dari GPRS dalam sidang akhbar selepas penyerahan memorandum.
“Jika MB gagal memenuhi permintaan kami, kami akan bawa lebih ramai orang.

Apa Akan Berlaku Ahad Ini?


Untuk rujukan semua...

budakbalun

Anak Muda Selangor!!! Ada Bran??



Anak muda Selangor!!
Ada brann??

Ke kecutt??? wakakakkaa!



budakbalun 11072012

Cabaran Kepada Rakyat Selangor!


Amacam? Ada bran??


budakbalun 11072012

Saturday, July 7, 2012

Bukti Terbaru! DAP Hina Islam!






Teman dok layan tulisan sahabat teman Mat Sakam Kati (MSK) kat Media Perak..

Huh! Ada 2-3 sejarah yang teman baru tahu!

So, teman nak share kat pembaca blog kerdil teman neh..

Sapa-sapa ada info2 lain leh share2 jugak..

Hujungnya nanti.. kita humbankan UMNO-BN ni ke Laut!

wakakakaka!


budakbalun 07072012


Misteri Genting Highlands

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.


Friday, July 6, 2012

Sah! Kerajaan PR Selangor Seleweng!


Pelik lagi memelikkan!

Pada teman..
Tindakan saman adalah antara tindakan terbaik kerana masing-masing akan berpeluang untuk berhujah!
baik yang menuduh mahupun tang tertuduh!

Apa motifnya NGO SERANG ni? (nama pun pelik!)

Saman bukti Kerajaan Negeri tidak telus?

Aikk? Kelirunya jiwa dan minda mereka!

Tuduhan yang dibuat oleh UMNO ni bukannya boleh dijawab di media utama Malaysia pun!
So, apa lagi caranya?
Mengaku bulat-bulat? Najib sendiri sampai sekarang tak mengaku kenal Altantuya der!!

Politik fitnah ni semua orang tahu UMNO memang juaranya!

Pada UMNO betul atau salah hal kedua.. kerana..
penipuan yang diulang-diulang nescaya akan jadi seperti benar dihati rakyat!
Especially golongan yang buta maklumat dan lembab fikiran..

Setiap tuduhan yang dibuat oleh UMNO di media adakah ada diberikan ruang untuk PR menjawab?
Takde kan?

So? Mahkamah adalah jalan terbaik dalam situasi sebegini!

errr.. Utusan dan TV3 tak komen langsung pasal YB Khalid Samad dan Yb Lim Guan Eng menang saman ke atas Utusan ye?

I wonder why laaaaaa!! muahahahahah!


budakbalun 06072012


Tindakan saman bukti kerajaan negeri tidak telus


SHAH ALAM 5 Julai - Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) tidak menolak kemungkinan hasrat kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menyaman MCA seolah-olah satu cubaan untuk menutup mulut pelbagai pihak daripada terus mempersoalkan dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion di sebalik pengambilalihan hutang dan aset Talam Corporation Bhd. (Talam), dua tahun lalu.

Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, meskipun kerajaan negeri berhak untuk berbuat demikian, namun ia dilihat tidak menggambarkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang kononnya diamalkan dalam pentadbiran mereka.

Katanya, jika kerajaan negeri mengamalkan dua prinsip tersebut, mereka sepatutnya mendedahkan butiran terperinci mengenai transaksi pengambilalihan hutang dan aset syarikat tersebut sebagai menjawab segala dakwaan serta persoalan yang dilemparkan mengenai isu tersebut kepada rakyat negeri ini.-utusan

Angkuh Seorang Diktator Tua.. Che Det


Hari tu dia suruh Tuan Guru Nik Aziz bersara..
Hari ni dia suruh Anwar Ibrahim pulak bersara..

Dan kenyataan angkuhnya bermula apabila dia meminta agar Anwar Ibrahim ini diberi menjadi Perdana Menteri selama 5 hari untuk bagi 'merasa' katanya!

Angkuh sungguh tuturmu duhai orang tua..
sombong sungguh kenyataan mu itu..

tahukan kamu.. sombong itu hanya milik Allah SWT?
Takabbur itu hanya milik Allah SWT!

Sesungguhnya hanya Allah! Dia lah yang Maha Takabbur!

Mari rakyat Malaysia!
Kita nyahkan UMNO-Barisan Nasional yang angkuh dan sombong ini!


budakbalun 06072012

Anwar patut bersara sekarang, kata Mahathir


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri.

Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Bekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara," katanya.

Solat Yang Tidak Diterima Allah SWT



10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."