
Teman tak dapat bayangkan..
Kalaulah kerja-kerja SPR ni dipercayai 100%..
Rakyat hanya melihat tanpa melakukan apa-apa..
Senyum.. tak perlu kata apa-apa!
Kompom tak jadi macam ni..
Takde la terhegeh-hegeh SPR tepaksa mengaku ada 40 ribu nama meragukan dalam senarai pemilih..
Terkena pulak dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan Selangor..
Di Shah Alam sahaja Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam dah bantah beribu nama!
Itu yang berjaya ditemui dan dibantah!
Dan banyak lagi yang dibantah tapi SPR terlebih dahulu 'menyelamat'kan pengundi-pengundi pelik tersebut dengan 1001 cara lain!
aduhh!!.. pilihanraya demokrasi ala Malaysia!
budakbalun 15102011
SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.
"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.
Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.
0 comments:
Post a Comment