nak tazkirah pasal aurat..
terpaksa cakap pasal bini najib..
nak tazkirah pasal membazir..
pun terpaksa cakap pasal bini najib..
nak tazkirah pasal fitnah.. terpaksa bagi contoh rahim tamby chik..
nak tazkirah pasal khianat negara.. terpaksa cakap pasal bagi I see biru kat PATI..
nak tazkirah pasal minum arak.. terpaksa bagi contoh menteri umno raba bontot dan minum2 kat kelab..
abisshhh? cemane nak elak? hahahah..
buat bodo je dengan mangkuk2 yang jual agama demi gaji 3-4 ribu sebulan neh!!
Ilmu agama bukan main tinggi tapi jual murah-murah kat UMNO!
ceh!
teringat zaman Selangor bawah Khir Toyo dulu cenggini jugak la arahan dia..
siap haramkan Tuan Guru Nik Aziz bagi kuliah kat seluruh Selangor lagik!
Akhirnya.. semua orang tahu...
Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan...
budakbalun 06082011
Tazkirah Ramadan berunsur politik, dakwa exco
Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali.
Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.
"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini. - berita penuh
6 comments:
Sabtu, 6 Ogos 2011
PANAS!! KHALID GEREJA DAN KONCONYA TERUS MENCERCA JAIS DAN HASSAN ALI!!
Beberapa pemimpin Pas Selangor yang pro- Khalid Samad seperti Khairuddin Othman terus 'mencincang lumat' Hassan Ali tanpa usul periksa asalkan Dr Hassan Ali dilihat bersalah dalam isu gereja demi menjaga hati sahabat sebantal mereka DAP.
Beberapa pemimpin Pas bercakap dalam sidang media di pejabat Khalid Samad di Shah Alam hari ini, Islam tidak membenarkan sama sekali umat Islam memasuki gereja walaupun apa pun yang mereka lakukan"
Kata mereka lagi,"tindakan Jais adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat"
Kata pemimpin pas itu," Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.
"Dr Hassan Ali perlu bertanggungjawab dalam insiden itu, bukan setakat itu Hassan perlu berhadapan dengan lembaga displin parti", kata Khalid Samad
Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.
“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mugkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam yang menjaga keselesaan seluruh gereja.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika, kurang sopan dan berniat jahat
Kata Khairuddin lagi, "JAIS juga perlu dihukum kerana tindakan bodohnya itu" sumber cerita Mc ambil kat SINI.
Bagi yang nak tau kenapa JAIS serbu gereja boleh klik SINI. Mc menyokong JAIS dan Hassan Ali membenteras 'majlis songsang' iaitu berbuka puasa di dalam gereja.
Mc taktau apa nak kata dengan umat Islam sekarang ni. Pelbagai cara dan kerja bodoh yang sudah dibuat. Punyalah banyak masjid dan surau ada kat Selangor tu. Apahal pulak nak buka puasa dalam gereja? Dah takdak otak ka, atau dah kurang didikan agama. Kalau benar kita nak buat majlis bersama pihak gereja, buat majlis kat luar, hotel ke, restoran ke.
Ini tidak, dalam gereja pulak yang dipilihnya. Kalau majlis kenduri-kendara tu ok lagi. Ni majlis berbuka puasa.. puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah wajib. Bila dah masuk dalam wajib, perlu kita berbuka puasa di tempat yang diketahui halalnya, sucinya dan bersihnya. Itu cara kita menghormati agama kita.Tindakan JAIS melakukan 'kunjungan hormat' itu adalah patut dan wajib untuk mencegah umat Islam terpedaya dan murtad.
Pernah dengar ke orang berbuka puasa dalam disko atau 'club'? Dikelilingi dengan keadaan tempat yang tidak suci, bagi agama kita. Kita boleh berbuka puasa ke? Atau kita disuruh bersolat di kandang babi? boleh ke?
Cuba la hormati Agama Islam. Pada Khalid gereja dan konco-konconya yang bodoh dan nak bodek undi orang kristian tu. Balik la ke pangkal jalan. Nak pancing undi pun agak-agakla.. takkan sampai agama di hina pun masih nak sokong?
Korang nak tunggu puak ni buat sembahyang Jumaat dalam gereja pulak ka? baru nak gelabah?
Otak letak kat lutut la..
McTheory:
Lain kali, buat kat tokong pulak.. kasi makan bah kut teh.. baru sempoi..
Tulis panjang-panjang pun tak guna... kalau kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN gagal mendaulatkan Islam selepas memperolehi kemerdekaan. Siap beri warning sekali pada orang yang nak laksana undang-undang Islam di satu masa dan di satu tempat dulu. Kalau UMNO/BN menlaksanakan Islam secara kaffah sudah pasti agama lain tak berani nak memainkan sensitiviti terhadap Islam.
Kalau UMNO/BN melaksanakan Islam secara kaffah... sudah pasti PAS tidak perlu dilahirkan pun.
Tapi malangnya UMNO/BN tak mampu pun untuk menerajui negara berlandaskan Islam secara kaffah... malah aku berani cakap ramai pemimpin UMNO tidak mampu bersembahyang 5 waktu sehari secara tetap penuh khusyuk dan rendah diri di hadapan Allah.
Satu soalan: Sejak bila JAIS menurut arahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?
soalan sama teman tanya.. sejak bila JAIS ikut arahan Exco Dr Hassan?
kah kah kah!
Pegawai JAIS tak semestinya dari PR tapi ramai dari b-end syeikh...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa disebalik kejadian tersebut...
JAIS di bawah kerajaan negeri...
kalau UMNO tak boleh buat..harap2 nya PAS bole buat..tapi aku tgk baru buat serbuan PAS dah terkencing2..inikah parti ISLAM???
ke sudah tukar jadi parti kebajikan..
ingat rakyat marhaen melihta semua ini..UMNO tak lepas peluang hentam PAS seperti mana PAS hentam UMNO dahulu..
kita lihat PRU 13 nanti
Salam semua,
Kepada "McTHeory",
Setakat 'copy paste' dr blog org dan ckp merapu2 tak tau hujung pangkal..
baik tak yah..
Buat membazir ajer berpuasa jika fitnah sana-sini..
Renung2kan lah..
Post a Comment