Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 5, 2011

PAS Hulu Selangor Menziarahi Ibu Tunggal Dhaif di Hulu Bernam

Hulu Selangor 3 April - Pihak Lajnah Perpaduan Nasional(LPN), PAS Kawasan Hulu Selangor telah berkesempatan untuk menziarahi Puan Valiyammal yang tinggal di Jalan Changkat Asa, Hulu Bernam disini.
Misi ziarah itu diketuai oleh Encik Adnan Md Noh selaku Ketua LPN Hulu Selangor, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam Tuan Hj Shukor Ali dan ditemani oleh beberapa orang AJK LPN. En. Ram, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Selangor turut hadir.

Valiyammal,46, adalah seorang ibu tunggal beranak 5 yang tinggal daif di rumah sewanya.Beliau yang dahulunya seorang penoreh kini tidak mampu lagi bekerja kerana kecederaan lututnya apabila terjatuh didalam kebun getah suatu ketika dahulu. Anaknya Kalidasan,22, pula adalah seorang OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi malangnya sehingga kini permohonannya untuk menerima bantuan bulanan daripada JKM masih tidak diluluskan. Menurut Puan Valiyammal, dia juga sehingga kini telah 2 bulan tidak mampu membayar sewa rumahnya yang berjumlah RM250 sebulan dan terdapat tunggakan bil elektrik dan air berjumlah melebihi RM200.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat, Tn Hj Shukur menasihatkan agar Puan Valiammal hadir ke pejabat PKM untuk mengisi borang yang sesuai dengan keperluan disamping bantuan yang diperlukan. Tn Hj Shukur juga menjelaskan bahawa Kalidasan layak untuk mengisi borang Skim Usia Emas walaupun belum menjangkau umur 55 tahun berdasarkan dia adalah seorang OKU. Di sesi yang sama, En. Adnan Md Noh juga menyampaikan sumbangan keperluan dapur daripada pihak LPN Hulu Selangor bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga ini.Bagi sesiapa yang berniat untuk memberikan sumbangan wang tunai kepada keluarga malang ini bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun Puan Valiyammal seperti berikut Maybank 108150084766.





















0 comments: