Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 5, 2011

MCA Dah Faham.. UMNO Bila lagi??


Alhamdulillah..
Sekurang-kurangnya MCA dah pergi dapatkan penjelasan berkenaan Haramnya judi di Kelantan..
Harap-harap lepas ni Chua Soi lek dan Wee Ka Siong tak kecoh-kecoh lagi..
Teman yakin 100% cina dan india di Kelantan sangat memahami tindakan Kerajaan Kelantan..

Cumanya.. nasihat teman pada cybertrooper UMNO yang bukan main galak dok main isu ni..
Sudah-sudahlah langgar hukum Allah SWT..
Baik dari segi isu video seks tu hinggalah isu judi ni..
Kalau ye pun sakit hati sangat-sangat dengan PAS..
Janganlah sanggup menentang perkara yang sejajar dengan hukum Al-Quran..
Kalau ye pun tak sebulu dengan PAS..
Janganlah pertikai perkara yang PAS ambik sebijik daripada Al-Quran...
Dan yang paling penting..
Kot ye pun kebulur dengan upah lumayan sebagai cybertrooper UMNO ni..
Jangan le sampai sanggup gadai akidah..

InsyaAllah.. sama-sama kita bersihkan hati..
Ikhlaskan kehidupan ini hanya untuk Allah SWT...
Sejajarkan perjuangan agar sama dengan perjuangan Rasulullah SAW..

InsyaAllah...
Kita akan beroleh kemenangan di dunia dan akhirat...

Wallahua'lam..

budakbalun 05042011

Judi: Kelantan beri penerangan kepada MCA


KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak sebelum membuat polisi mengharamkan judi di Kelantan, kata Datuk Takiyudin Hassan kepada rombongan Presiden MCA.

(Gambar: Chua senyum gembira bersama Ahmad Yaakub)

"Pihak Kerajaan Negeri terlebih awal mengadakan beberapa perjumpaan dan persetujuan (consensus), pertama memanggil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, keduanya ketua-ketua agama, dan ketiga merumuskan resolusi yang mengambil kira aspek moral dan sosial.

"Kemudian dijadikan polisi mengharamkan peremis menjual judi," kata Takiyudin dalam pertemuan di Kota Darul Naim itu petang semalam.

Preiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bersama Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa pimpinan MCA lagi mengunjungi Kota Bharu semalam bagi membincangkan isu pengharaman judi di negeri itu.


Berita Penuh

0 comments: