Tuesday, April 5, 2011
Hebatnya Isu Video Seks Durjana Ini!
Teman hanya mampu menggelengkan kepala apabila terlihat deretan akhbar harian hari ini di stesen minyak esso Bukit Sentosa pagi tadi..
100% menjadikan klip video seks edaran Rahim Tamby Chik, Eskay dan Shuib ini sebagai muka hadapan! Astaghfirullah...
Mahu kemana dibawa masyarakat ini?
Mahu kemana dibawa rakyat Malaysia ini?
Mahu kemana dibawa mentaliti bangsa ini?
Penuduhnya melayu..
Perakamnya dikatakan melayu..
Pengedarnya melayu..
Dituduhnya melayu..
Pelakon pelacurnya sahaja yang bukan melayu...
Inikah bangsa yang mengaku berjaya?
Inikah bangsa yang UMNO mahu dimuliakan?
Bukan main bersemangat Shahrizat Jalil di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini..
Mahu bangsa Melayu dimuliakan!
Inikah caranya?
Allah SWT mentakdirkan Islam diMalaysia ini diterajui oleh bangsa melayu..
Hakikatnya.. Islam bukanlah milik mutlak bangsa ini..
Malangnya...
Islam kini sedang dimalukan secara besar-besaran oleh bangsa melayu ini sendiri!
Dan bangsa ini sedang memalukan diri sendiri setelah sengaja melanggar aturan Islam!
Sedarlah..
Hanya dengan memegang teguh ajaran Islam..
Pasti akan terbela bangsa...
Bukan memegang teguh bangsa..akan membela Islam!
Pun begitu.. bukan budaya melayu memalukan lawan dengan cara jijik,lucah dan kotor ini!
Belum dipastikan siapa..
Sudah disiar seantero dunia!
belum disahihkan siapa..
Pengedar-pengedarnya telah melacurkan diri mereka!
Telah mengakui akan perbuatan mereka!
Mengapa sehina itu melayu ini dek kerana gilakan kuasa?
Mengapa sehina itu melayu dek kerana takut kehilangan kuasa?
Mengapa sekeji itu melayu dek kerana mahukan kemewahan yang sementara?
Yakinlah..
Bangsa Melayu ini yang kononnya memegang Islam di Malaysia sedang diperhatikan..
Keruntuhan bangsa ini sedang diambang pintu!
Sekiranya bangsa ini gagal melaksanakan Islam sepenuhnya..
Pasti.. bangsa ini akan dikenang sebagai bangsa yang musnah!
bangsa yang akan dikenang oleh generasi akan datang..
sebagai bangsa yang melacurkan diri mereka ..
hanya untuk sekelumit kuasa dan wang!
Na'uzubillah..
Marilah kita sama-sama jadikan Islam sebagai pokok kepada kehidupan..
Hanya itulah satu-satunya jalan keluar..
Daripada kemunafikan hidup yang telah lama dan sedang berlaku ini...
Wallahua'lam...
budakbalun 05042011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bro,
Dulu umNGOK tuduh DSAI agen YAHUDI,
Tapi sekarang kata agen ARAB plak.
Dulu tuduh DSAI kaki LIWAT,
Tapi sekarang kaki CI**P,
Dah memang nasib PEJUANG macam tu la kot, macam-macam dugaan. Tapi respect kat DSAI dan Kak Wan masih kental perjuangan dan tak undur.
Kalau kita la kot dok kat tempat DSAI konfirm lah dah dok luar Negara kot, dok sana diam-diam sambil bersenang lenang dengan anak bini, yela kan dah banyak duit buat apa nak susah-susah kan.
Agak-agaknya la kot kalau pemimpin umNGOK kena dugaan macam DSAI tu apa akan jadi?
Ambil contoh sorang je la Zahid Hamidi, agak-agaknya boleh tak dia hadapi dugaan macam DSAI nie? Teringat lagi kisah 1998 Zahid Hamidi menangis sampai mata merah masa DSAI kena tangkap dulu tapi DSAI steady je.
LAWAN TETAP LAWAN!
-wakleman
Post a Comment