Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 30, 2011

Gempar Lagi! - Mufti Derhaka!


Cisss!!

Tergamak tok mufti ni mengharamkan poco-poco!
Bukankah ini amalan kegemaran wanita UMNO especially First Lady Of Malaysia!
Bukankah pula UMNO ini adalah satu-satunya parti yang memperjuangan melayu!
memperjuangkan Islam!!

Sesiapa sahaja yang menyanggah kata-kata UMNO adalah penderhaka!
penderhaka kepada agama, bangsa dan negara!

Mohon tok mufti tarik balik fatwa ini!
fatwa ini lebih bahaya daripada 'fatwa' Nik Aziz!!

fatwa Nik aziz tak kena kat wanita UMNO!
tapi fatwa ini melampau!!

Poco-poco ini adalah hobi dan boleh menjadi budaya wanita UMNO!

hmmmm.. sampai hati tok mufti buat macam ni kat Malaysian 1st Lady!
Ada yang nak kena c4 nih!

Wakakakakakak!!!

sunsnake 30032011

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Berita Penuh

8 comments:

Sheild said...

Salam Bro,
I love this entry. Mufti derhaka!! Kelakar gila, fatwa ni boleh buat si rosmah gila meroyan tak dapat gelek poco al poco...
I love your blog!!

Anonymous said...

AALJUBURI
Pergh..blog anak haram nie, da mufti kuar fatwa dipermainkan plak, pastu leh plak mengaku pejuang agama kunon..da dasar pengikut parti sesat, apa jer yg orang len wat x betul jer, sampai mufti wat fatwa pon nak dipermainkan..yang elok dan yg betul Nik Ajis jer la eeh, sampai ALLAH di kata mencarut pon pengikut parti sesat ikot tanpa banyak bicara.

budakbalun said...

Sheila..
tq3x..

Anon 8:15am

hahahahha.. marah ke?
ke tak faham maksud?

hahahha..
makin kesian teman kat pencacai ni..
Makin desperate+keliru!

adehhh

Anonymous said...

ALJUBURI
Takde nak marah nya, kesian kat ko tu adala...sebenaranya ko la pecacai, taksob kepartian , takde pe yg elok di pandangan mata ko tu selain dari kumpulan & parti ko jerk , tu yang aku kesian kat korang, sampai penjubur pon korang bela abes-abesan, tanak plak ko tanya MAt Sabu pe citer satu masa dulu dia leh gelar Nuar Brahim tu ALJUBURI?

Anonymous said...

Anoy aljuburi 1.15 PM

Assalammualaikum...
aku rasa ko nie ada masalah dengan mental, sebab tu ko main tulis jer kan? sepatutnya ko baca & faham entry sahabat kita nie, baru la nak komen..
tapi lupa, pengikut kerajaan mana ada yang pandai²..sebab cendekiawan suma dah join PAKATAN RAKYAT, tinggal yang bodoh & bebal jer. mesti ko sek sampai darjah 6 jer kan? sian ko..

pada sahabat penulis entry nie, memang terbaek la :)teruskan dengan penulisan kreatif & berfakta ko nie..

Anonymous said...

salam
1.Kau punyer blog ni ada malware dari perakume.blogspot.com - (916)
2. Aku nak komen sikit jer last kot.

a. Bab mufti perak keluarkan fatwa. Itulah peranan nyer. Yang kait2 dengan bini najib ape ker benda? Teruk betul ler kau ni.

b. Antara orang soleh ada fasik hingga munafik!
Jika dilihat kategorinya sangat bahaya malah sangat sukar di kenal golongan munafik ini baik nak kenal dirinya sendiri atau pada orang lain. Ia hanya disedar atau dilihat jika diamati pada kesanya kepada Islam itu. Samada Islam akan boleh terus diamalkan dengan sebebasnya atau sebaliknya Islam akan tersepit dan dan dikuasai oleh orang lain.

Tak kiralah siapa, diperkatakan Islam boleh dimenangkan oleh si fasik bukan oleh si munafik.Seperti aku kata si munafik ini menzahirkan dirinya sebagai pengamal Islam yang kadangkala amat ideal. Itulah modal nya untuk menjatuhkan Islam demi kepentingan mereka.Bawaan atau cara sekarang dipanggil modus operandi mereka tidak berubah. Tipu helah, timbulkan kekeliruan, bohong dan janji serta tidak mengenal dan menghargai masa adalah alat-alat dan sifatnya.

Dalam kontek Malaysia semasa, Islam yang sedia ada semakin diketepikan kepentinganya melalui memcah benting Melayu. Siapa yang jahil hingga tidak melihat memperjuangkan Melayu itu sebenarnya turut memperjuangkan Agama Islam disini. Siapa yang jahil hingga menyalahkan letak duduk dan struktur perlembagaan kita ini menghimpit Islam?

Selagi mufti boleh berperanan menyampaikan fatwanya selagi itu aku tetap mengatakan Islam memerlukanya.

walahualam
TQ
anon he he tak pasal2 nama aku jadi anon.

budakbalun said...

Anon 4:11 PM

Teman memang malas nak layan komen si Anon aljuburi tu..

memang spesis tu takkan faham!
Dan teman tak harap sangat dia faham pun! buat masa ni la..
moga Allah SWT beri dia hidayah untuk faham...

Anon 5:10 PM
1. Malware? ok teman akan check..

2.
a. Teman tak pertikai mufti keluarkan fatwa tuh! itu dah memang bidang dia sesuai dengan ilmunya.. cumanya.. teman kesian la dengan geng-geng umno ni especially wanitanya.. dah sinonim sangat dengan poco-poco nih! jangan minta bukti pulak kat teman!

b. benarkah Islam sedia ada diketepikan disebabnya berpecahnya melayu? Di Kelantan, pecahkah Islam sebab melayu terbahagi kepada 2 - melayu PAS dan melayu UMNO?
Lagipun.. sanggupkah kita terus melihat UMNO merosakkan nama baik Islam itu sendiri? Rasuah! Bukan amalan Islam tapi UMNO buat.. Lucah? bukan amalan Islam tetapi UMNO buat... Zalim? bukan amalan Islam tapi UMNO buat! Heret Speaker DUn? bukan amalan Islam tapi UMNO buat! Sorok ADUN? bukan amalan Islam tapi UMNO buat! banyak lagi laaa..

Adakah kita perlu membiarkan ini semua dengan alasan UMNO itu pun Islam? apa perlunya Mustafa Kamal Attaturk dilawan oleh pejuang Islam Mesir suatu ketika dahulu walhal Attaturk tu Islam? Tidak bimbangkah pejuang2 itu yang Islam Turki akan berpecah semasa melawan Bapak Sekular itu?

Wallahua'lam

Anonymous said...

salam
1.Bab Malware boleh chek sama browser Crome,Perakkume -patal:Baik kau standby sume entry dan winget dll tu.Hapus akaun lama dan buat baru dengan nama lama gak.fresh2 Pastu pakai proxy dsb.

2.aku memang tak mau komen dah.bukan apa cuma kadangkala terkejar2 gak.Tak jawab lak aku tidor lak..ish anon

3.Perkara b, benarkah Islam diketepikan bila melayu berpecah. Bagi aku begitu lah apabila perpecahan itu berlandas untuk memenangi parti/geng parti dalam merebut undi kemenangan.Sepak terajang politik menghalalkan banyak perkara sehingga Islam terketepi. Pun bila kuasa politik memecahkan tanah air sehingga ada Islam PAS dan Islam UMNO.Bagi aku pemegangan kuasa politik bukan jalan halal untuk mengenepikan Islam dengan menjadikan Islam kedua pihak ini berbeza.Ini juga adalah pengenepian Islam berlaku.

Selalu aku ingatkan diri aku, perilaku bersifat mazmumah itu hanyalah akhlak yang perlu diperbaikidan jika sabit dihukum. Ia mengambil masa dan tidak boleh dijadikan penyebab kenapa Islam boleh dipecahkan sebegitu rupa yang mana amat disukai oleh musuhnya.

Lagenda dan titik sejarah oleh atatturk bukan setakat menjadi rupa kejatuhan seorang yang berugama Islam, tapi ia satu contoh untuk diamati oleh para pejuang Islam kenapa perjuangan kita sentiasa hampa. Bukan aku menyokong apa yang dia lakukan, cuma cara berkeyakinan dan kegelojohan mencari kejayaan membuat ia memusnahkan bangsanya sendiri.Apakah kita akan mencontohi nilai yang ada padanya tanpa mengira pihak yang lain? Kenapa perlu kemenangan yang tak bermakna dihayat kita, tanpa memberi peluang yang sama kepada generasi-generasi selepas kita atau mereka menyesali apa yang kita lakukan.

Aku berkeyakinan apa yang BN buat sama seperti apa yang dibuat oleh PR dari segi sepak terajang dan untuk mendapatkan habuan sendiri dan sokongan.Dari bab rasuah,sikap jelek dsb. Namun aku amati PR walaupun disitu ada PAS sememangnya merugikan jika dibanding dengan BN yang dibimbing oleh UMNO untuk mempertahan Islam.

Memang sukar kamu terima.Aku tidak mengasingkan kesilapan2 sesiapa pun yang melakukanya.Aku sekadar ingin mengatakan konsep perpaduan dalam Islam bersandarkan nilai persaudaraan sejati satu-satunya rahmat kekuatan yang ada. Mungkin kamu tidak merasa di dalam PAS turut menjadikan perpaduan yang aku bahas ini seolah satu polimek kepada organisasi kamu. Terdapat suara reform anak muda yang bersemangat waja tetapi menolak perpaduan dalam Islam. Hanya berpadu dalam pengasingan sendiri kerana apa? Ingin kemenangan segera dan diberikan nafas Islam.

aku melalut. Sebelum jauh aku hentikan dengan seperti biasa bancuh>minum tea segera. k