Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 14, 2011

PKR Wajib Sedar Kelemahan Diri


Teman melihat isu pembahagian kerusi ini wajar dilihat secara serius dan hati yang terbuka oleh pemimpin-pemimpin PR terutamanya Parti keadilan Rakyat (PKR).

Kes ahli-ahli Parlimen dan ADUN PKR yang telah mengkhianati amanah rakyat sewajarnya dijadikan panduan yang paling utama apabila perbincangan pembahagian kerusi diadakan nanti baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Teman sendiri selaku pengundi dalam Dun Behrang, sangat-sangat kecewa dan 'luka hati' apabila undi teman dikhianati oleh ADUN Behrang daripada PKR malahan turut mengalirkan airmata dengan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak diatas pengkhianatan Adun-Adun PKR dan DAP ini.

Sangat tidak logik apabila PKR masih lagi berkeras mahu calon mereka bertanding di kerusi Dun dan Parlimen yang dikhianati oleh wakil rakyat mereka sendiri!. Teman masih boleh menerima permohonan maaf daripada DS Anwar Ibrahim atas pengkhianatan anak buahnya dan pengakuan salah pilih calon oleh beliau tetapi semuanya itu haruslah disusuli dengan keterbukaan menerima hakikat bahawa kerusi-kerusi lompat tersebut WAJIB diserahkan kepada calon-calon daripada parti-parti lain terutamanya kepada PAS yang selalunya menjadi jentera utama baik dari segi pilihanraya mahupun aktiviti masyarakat.

Seluruh kepimpinan dan penyokong PKR di kawasan yang berlakunya pengkhianatan ini seharusnya berlapang dada dan menerima keputusan untuk tidak dicalonkan wakil mereka sebagai calon pilihanraya mewakili PR atas sebab-sebab ini. Jika penyokong kuat PKR sendiri susah menerima hakikat pengkhianatan Wakil Rakyat PKR, inikan pula golongan atas pagar? Jauh sekali pengundi-pengundi daripada UMNO dan BN!

Kesimpulannya, ahli-ahli PKR dan kepimpinannya wajar memberikan peluang kepada parti-parti lain mewakili PR di kerusi Dun dan Parlimen yang telah dikhianati oleh wakil PKR ini. Sememangnya agak pahit untuk ditelah tetapi inilah hakikat yang perlu dihadami oleh semua. Bukanlah mudah sebenarnya bagi ahli-ahli PAS menghadapi kepahitan pengkhianatan wakil-wakil rakyat PKR dan DAP tetapi sesungguhnya sangat menyedari lagi pahit pengkhianatan ini pada ahli-ahli PKR dan DAP sendiri!

"Masa Untuk Berubah"
sunsnake 14022011

Azmin: PAS turut intai kawasan PKR

PKR kini menghadapi rundingan sukar dengan rakannya PAS apabila kedua-dua parti kini mengintai kerusi yang sama dalam pillihan raya umum ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Tanpa menamakan kawasan terlibat, Timbalan Presiden PKR Ali berkata, ia melibatkan kawasan tanpa majoriti sesuatu kaum atau dengan kata lain dirujuk sebagai "kawasan bercampur". "Tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin (kiri) pagi ini.
Berita Penuh

2 comments:

cekli@abg chor said...

Bukankah lebih baik DIJADIKAN KERAJAANG PERPADUANG. tIADA SATU PUN YANG BAIK ITU MENJADI HAK MILIK PKR MELAINKAN YANG BURUK-BURUK SAHAJA. DIAKUI RAMAI ADUN/AHLI PARLIMEN YANG MELOMPAT ITU DARI PKR TETAPI ADAKAH KITA MELIHAT SECARA IKHLAS KENAPA DAN MENGAPA MEREKA MELOMPAT. ADAKAH SEMUA PERILAKU MEREKA YANG MELOMPAT ITU SEMATA-MATA DIPERSALAHKAN SERTA MELEMPARKAN SEGALA PERKARA DIBAHU DSAI, AZMIN DAN SAIFUDDIN SAHAJA? ADAKAH KEKALAHAN CALON PAS DIBEBERAPA PRK JUGA DISEBABKAN OLEH DSAI, AZMIN DAN SAIFUDDIN? KITA SEWAJARNYA BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN BUKANNYA SECARA EMOSIONAL.

TO SOLVE THE PROBLEMS DON'T CREATE THE PROBLEMS. DALAM ERTI KATA LAIN 'KAYU JUGALAH YANG MEROSAKKAN KAYU BUKAN KAPAK ATAU BAJI.' TUMBANGNYA POKOK HANYA KERANA SEBATANG KAYU. FIKIR-FIKIRKAN LAH!

sunsnake@budakbalun said...

Itulah yang teman maksudkan..
Kena berlapang adad tetapi dalam masa yang sama melihat hakikat sebenar..

Realitinya, di DUN mahupun Parlimen yang melompat, reputasi PKR agak tercalar..

Melainkan ada idea lain daripada PKR dan PR untuk menebus kembali maruah di kerusi-kerusi tersebut.. selagi tiada ideanya.. teman melihat perlunya PKR melepaskan kerusi-kerusi tersebut..

Maaf sahabat...