Tapi kenapa tidak pada kenderaan pacuan 4 roda?
Mungkin pacuan 4 roda jarang menyebabkan kematian bila eksiden..
Setahu teman 'airbag' ni mahal..
Ada yang mahal giler!
Sebab teman pernah kerja order 'airbag' daripada supplier Proton dulu..
Harga kilang pun dah mahal.. apatah lagi harga pasaran!
Hmmm.. teman masih lagi memikirkan mekanisma rakyat nak pasang menatang alah ni..
Kedai mana? brand apa? berapa harganya? jenis letak kat mana?
Kat steering ke kat dashboard sebelah penumpang?
Tak kisahlah apa pun.. yang pasti..
Rakyat akan buat kesekian kalinya terpaksa 'diketuk' untuk kayakan supplier-supplier..
Hmmm.. towkey-towkey 'airbag' tengah congak-congak berapa untung leh dapat la nehh!
Terfikir jugak dengan idea dan arahan 'pemantul sinar' di helmet dulu..
Macam mana dengan statistik kematian penunggang motosikal..
berkurangan ke ye?
ke mengubat penyakit dengan penyakit?
sunsnake 21012011
Semua kenderaan diwajib pasang beg udara mulai tahun depan
RANTAU PANJANG, 21 Jan — Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.
Berita Penuh
1 comments:
salam,
airbag, talipinggang, helmet...itu semua secondary measure.
sepatutnya menteri ni fikir cara nak minimise risiko di peringkat sumber lagi. sikap, keadaan jalan, keadaan kenderaan, latihan, maklumat, traffic control...
airbag tidak mengurangkan eksiden, ia cuma mengurangkan kecederaan jika berlaku eksiden.
Post a Comment