Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 22, 2010

Fitnah Pakatan Rakyat!!! [GEMPAR]


Kompom pencacai UMNO akan kata janji ni palsu!
Wakakakak!
Pakatan Rakyat belum jadi Kerajaan Malaysia lagi macam mana leh kata palsu??
Aduyaiii!!

Buat rakyat Malaysia... bagi peluang dulu..
Lepas tu sama-sama kita monitor..
Kalau palsu.. budakbalun sendiri akan kempen tolak Pakatan Rakyat!!

Ada bran?

sunsnake 22122010

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.


Berita Penuh

4 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

pakwe said...

Saya masih mengharapkan perjuangan UMNO seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Blogger UMNO menjadi penentu, dasar perjuangan UMNO telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah UMNO dengan bermaruah tanpa MCA dan MIC terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan UMNO.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara BerKetuanan Melayu yang berdaulat!

amcam pak balun???ok tak aku parodi mamat tonggok ni??

budakbalun said...

pakwe..
wakakakaka!

teman pun tak terpikir nak parodi style tu kat mamat nih!!

Tq2..wakakaka!

Apa2 pun buat tungkaran..
nice try...

armal said...

Pakwe..... wa cayalah sama lu. Kasi balun lagi itu tungkaran...kah kah kah..