Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, November 30, 2010

Kompom Urat Malu Si Zahrain Dah Putus!

Aikk?? bebas?? bukan dulu bertanding guna lgo PKR ke?

Wakakakak!
Teman rasa spesis macam sang Zahrain ni urat malu dah putus laa..
Lebih kurang macam Zul Nordin gak la kot?

Beria-ria suruh Anwar pulangkan pingat dan pangkat..
Wakakakaka!!

Kamu tu pulangkan balik kerusi Parlimen tu dulu!!

Kalau kamu kata Anwar tak kenang jasa Raja-raja melayu..
Kamu tu terlebih dahulu tak kenang jasa rakyat pengundi Parlimen Bayan Baru!

Anwar tak kenang jasa Sultan.. Sultan tu sorang je pun..
Kamu khianat undi rakyat berpuluh ribu pengundi Parlimen Bayan Baru wehhh!!

Ceh! kompom laa.. Urat malu putus!
sunsnake 30112010

Zahrain cabar Anwar serah ‘Datuk Seri’ jika terus persoal Ketuanan Melayu


November 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Bekas pemimpin PKR itu membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Zahrain (gambar), wakil rakyat Bebas berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Berita Penuh

6 comments:

cicit ngah layor said...

Biorkan ler dier nak bercakap.....maser pon dah suntok,maser jer yg menentukan biler hamber Allah ni nak lingkop.Bunyinyer nak membodek,tp saper nak dibodeknyer? dan untuk aper? Kiter semuer dah pon sedier maklom.....kesiaaaaan dier.

budakbalun said...

betoi juge ye? hehehe.. layanzzzz!!

Anonymous said...

Depa ni bengong, 'Ketuanan Melayu' = 'Ketuanan UMNO'. Kalau sultan itu namanya Raja-Raja Melayu. Jadi mana ada matching Ketuanan Melayu dengan Raja-Raja Melayu.

Kenapa Raja-Raja Melayu kadang-kala terasa sangat dengan Ketuanan Melayu sedangkan tiada perkaitan pun. Jika sesiapa menyamakan Ketuanan Melayu = Raja-Raja Melayu, secara tidak langsung mereka telah merendahkan martabat Raja-Raja Melayu yang merupakan strata tertinggi di Malaysia.

Ketuanan Melayu ni maknanya keturunan bangsawan Melayu feudal yang lorat yang terus nak berkuasa sedangkan rata-rata rakyat rasa macam nak cantas sahaja kepala depa.

tungkaran hati.blogspot said...

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

MOH KEMBARA said...

Salam, dia ada beberapa bulan jer lagi nak jadi MP, jd kena tonjol2kan diri.

Anonymous said...

Darjah tu pun tak ada erti buat Anuar,bagi kat zul katak je,sebab geng katak nak beria2 title DS...wa salute KM P.Pinang,tak ada title dia lebih popular dari KM Melaka/KM S`WAK/KM S`bah