Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 29, 2010

Galas - Isu Royalti, Siapa Cuak Sebenarnya?


Perghh!!
Isu Royalti Minyak ni memang panas..
Memang pergghh!!

Kalau PAS bawak isu ni dalam kempen..
Rakyat akan perhatikan Ku Li..
Sebab dia menyokong Kerajaan Kelantan dalam isu ni..
Dalam masa sama dia Ketua BN untuk PRK Galas ni..
Dia pun Ketua Bahagian Gua Musang!

Silap-silap mau Ku Li terus senyap!
Kalau itu yang berlaku.. masalah pada UMNO-BN!
Gurkha tak nak bersuara!!
Pengarah PRK Galas BN senyap!

Mau terpaksa guna cara terakhir seperti di Hulu Selangor..
Angkut Mahathir turun kempen! wakakaka!

Siapa yang cuak sebenarnya? UMNO ke PAS?
aduyaii!!

sunsnake 29102010

Galas: PAS nafi ada ‘perjanjian’ dengan Ku Li elak bangkit isu royalti

October 29, 2010

GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menolak dakwaan wujud “perjanjian” antara parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah supaya tidak isu royalti minyak tidak dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Tiada apa-apa perjanjian pun,” katanya sambil menafikan wujud persefahaman politik antara PAS dan Tengku Razaleigh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Galas.

Wan Abdul Rahim menegaskan, PAS masih tidak membangkitkan isu royalti minyak kerana tidak mempunyai penceramah yang bagus untuk mengendalikan isu royalti.

“Kita akan bangkitkan (royalti minyak) tapi sekarang kita tidak mempunyai penceramah yang berkebolehan seperti Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS).

“Bukan semua orang PAS boleh cakap pasal isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi. Baru boleh cakap,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini pagi ini.

PAS sehingga kini masih belum lagi membangkitkan isu royalti minyak dalam setiap ceramah yang dianjurkan sebaliknya lebih tertumpu kepada isu nasional lain.

Berita Penuh

0 comments: