Alhamdulillah..
Istiadat Pemahsyuran dah selesai..
Tapi seperti yang dijangka.. pastinya ada pihak didalam kerabat diraja kelantan yang tidak berpuas hati dan mahu membawa kes ini ke mahkamah raja-raja pulak!!
errrkk!!
Ada ke mahkamah raja-raja ni?? kalau betul ada.. maknanya teman baru tau la...
aduyaiii!!!
Satu nasihat teman pada semua..
Jaga-jaga.. awas..awas..
isu ni tidak mustahil akan dipergunakan sepenuhnya oleh golongan yang dah nak karam tuh!!
Maklumlah kapal besar parti cap keris tu dah penuh dengan kebocoran tak mampu nak dtampung-tampung!
La ni nak harap bot penyelamat kecil si Perkasak tu..
Pun tak boleh harap!! sebab bunyi aje gah tapi bot penyelamat pun tak selamat!!
bagaimana caranya puak parti nak karam tu nak interframe??
haaa.. nanti teman cerita..
tapi.. takkan kome tak tau!!! aduyai!!
Modus Operandi UMNo nih..
Anak teman yang darjah 2 tu pun paham!!
wakakakak!
sunsnake 15092010
Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan
Sep 14, 10 4:01pm
Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.
0 comments:
Post a Comment