Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, September 19, 2010

Sokong Nik Aziz Tak Bangga Jadi Bangsa Melayu!


Kat atas ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Islam..

Kat Bawah ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Melayu..


Renung-renungkanlah...

sunsnake 19092010


Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Berita Penuh

7 comments:

STANZA ALAM said...

YA...SAYA SOKONG NIK AZIZ... TIADA BANGSA YG LEBIH MULIA DARI BANGSA LAIN MELAINKAN DGN TAKWA...
MELAYU TIADA NILAI APA-APA JIKA TIADA ISLAM...

zakiyahpar said...

Assalamu'alaikum...

Ye, saya juga menyokong Islam dan perjuangannya. Bahkan setiap Muslim wajib begitu. Sokong anda Stanza Alam serta Pejuang Islam lain yang dirahmati oleh Allah Ta'ala. =)

Takkan mulia sesuatu bangsa melainkan Islam menjadi anutannya.

"Islam itu tinggi dan ia (Islam) tak ditinggikan oleh sesuatu yang lain."

Allahu Akbar!!!

keluhum said...

Dlm kubur Munkar nangkir pun x tanya apa bangsa kita..Kt padang Mahsyar nanti pun manusia dibariskan mengikut dia ahli dlm ibadah atau ahli maksiat,xde reserve utk bangsa pun kt sana..Jd yg nak heboh2 pasal bangsa ne pun xde pekdahnya..Doktrin bangsa ne hanya utk keuntungan politik kesukuan,bkn utk mengejar keredhaan ALLAH S.W.T..

Anonymous said...

Saya BERTUAH kerana menjadi saorang ISLAM.
Saya BERBANGGA kerana menjadi saorang MELAYU.
Saya BERSYUKUR kerana saya menjadi saorang MUSLIM dan BERBANGSA MELAYU.



"blogenstarz"

budakbalun said...

Sokong semua!!
Melayu ikhlas perjuangkan Islam...
Islam akan jaga kedaulatan melayu...

La ni melayu UMNO dok perlingkupkan Islam..
semua tahu kan macam mana umat Islam melayu Malaysia la ni??

Melayu Bali dok perjuang Hindu!
apa kata melayu Islam malaysia?

Anonymous said...

Tahniah kepada Dato' Nik Aziz kerana terus istiqomah didalam memperjuangkan dan memartabatkan islam. Sebab sekiranya islam di martabatkan bukan saja orang melayu.. bangsa lain pun akan mendapat pembelaan seadilnya. Semoga semua kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah...Amin

budakbalun said...

Amin Ya Allah... Amin Ya Rahim.. Amin Ya Rahman..