Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, September 19, 2010

Mukhriz - Pakatan Rakyat Terbukti Hebat!

Humang aihh!!
Hebat giler Pakatan Rakyat!
Sampaikan gagal Kerajaan Malaysia nak tarik masuk pelabur asing..
Meniaga di Malaysia nih!!

Puncanya..
Pakatan Rakyat kasi pecah lobang kat dunia..
yang menteri-menteri banyak rasuah..
yang pegawai-pegawai banyak rasuah..
yang jabatan-jabatan banyak rasuah..

sampaikan syarikat luar takut nak bukak kilang kat Malaysia..
sampaikan negara luar tak berani nak izinkan syarikatnya masuk Malaysia..
sampaikan tokey-tokey luar tak berani nak melabur kat Malaysia..

Lain kali.. kalaupun ada rasuah.. diam-diam sudah..
kalaupun ada ketirisan.. diam-diam sudah..
kalaupun institusi keadilan di Malaysia ni collapse..
diam-diam sudah.. jangan sampai negara luar tau!

macam la syarikat-syarikat luar tu bodoh macam brahing katok!
macam la negara-negara luar tu bangang macam eee..
macam la tokey-tokey luar tu bengong macam totok UMNO!

hmm.. mungkin depa semua tu rajin layan website dan blog PR kot??
Tak mau dah baca Utusan Online.. wakakaak!
tokey-tokey arab dah rajin bukak Budakbalun kot??
wakakakak!! boleh minta sumbangan nih!
kat al-maktom! wakakaka!

sunsnake 19092010

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
Sep 18, 10

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Berita Penuh

1 comments:

cicit ngah layor said...

kerja dgn baik,jaga amanah,ikhlas dan santuni setiap rakyat akan dpt hasil yg baik.Kalau sebaliknya,ini lah hangpa dpt.Ketahuilah wahai pemegang tampuk bahwa rakyat memendam rasa,kesabaran ada hadnya.dari situasi inilah maka bercambahnya pembangkang diparlimen mahu pun diwarung tepi jalan.