1Malaysia!!! Itulah laungan Najib siang dan malam..
Seawal Subuh hinggalah dinihari..
Dari Perlis.. sampai la Ke Sabah!!
Itulah slogannya.. itulah zikirnya.. itulah ratibnya..
Tapi jika rajin.. pergilah jengok blog-blog UMNO..
usha-ushalah blog bloggers pembela negara...
Semuanya penuh dengan racist... perkauman!
Kalau boleh gamaknya mahu dihapuskan semua kaum cina dan india..
kalau boleh cina dan india ini hanya boleh mengangguk sahaja..
tidak boleh menggeleng..
Contoh terbaik kes Susilawati..
seakan-akan kes ini hampir dijadikan modal perkauman oleh sesetengah pihak!
Betapa bebal dan tulinya pihak berkenaan!
1Malaysia???
heh heh heh...
Selagi parti-parti yang bertunjangkan kaum seperti UMNO,MIC dan MCA ini wujud..
Mustahil dapat dicapai 1Malaysia!!
Dan jika benar UMNO perjuangkan Melayu..
Apa gunanya 1Malaysia?? Baik dibuat 1Melayu!!
sunsnake 18092010
Konsep 1 Malaysia tidak gagal, tegas Najib
September 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan konsep 1 Malaysia hari ini sambil menegaskan ia tidak gagal, sebaliknya pelaksanaan mengalami kemajuan yang disasarkan.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa ada kemungkinan konsep itu tidak menjadi kenyataan sepenuhnya pada hari ini tetapi akan membantu semua lapisan masyarakat kelak.
Najib melahirkan kekecewaan kerana sesetengah pihak dengan cepat mengkategorikan idea beliau itu sebagai sudah gagal hanya kerana mereka beranggapan tidak dilayan dengan adil.
Berita Penuh
4 comments:
alah puak2 tu tulis je lebehh..kereta rosak bengkel cina jugak di carinya..pergi kedai shing shee cari ubat untuk anaknya...makan kari babas jugak..lebehh lah puak2 hipokrit..!
Kaum INDIA Membesar besarkan kes kematian KUGAN.
Kaum CINA terus menerus mempertikaikan kematian Teoh Beng Hock.
Apa salahnya Melayu membicarakan kematian Dato Sosilawati yang sungguh trajis....
UNTUNG PERKIDA COOL...
Kalau tidak...........
10 bas yop.... sungkai n sg.manik
habis.. kalau India gaduh dengan Melayu.. Melayu gaduh dengan Cina.. Cina gaduh dengan India.. apa yang Malaysia dapat?
apa keuntungannya?
Islam dapat ditegakkan?
Kalau cina dan india kalah..
dua2 kaum ni akan masuk Islam?
aduyai.... inilah dia spesis melayu tak faham Islam...
Klu dh melibatkan kematian tu,mestilah perkara besar Anon Perkida...klu mati dlm Balai,mati dlm bangunan SPRM,x jd perkara besar ke bhaii..Klu baru lahir tu,diam2 jgn byk ckp..Budak2 mcm ko ne yg slalu buat panas menyusahkan abang2 dan ayah2..Jgn Rasa diri tu dh besar sgt..jaga diri pun x pandai lg,jgn nk merepek kt sini..Jgn nk bakar2 isu kaum bhaii..Ko baru berapa tahun hidup sebagai Melayu..Pg join jemaah masjid dan surau dulu..Jgn nk memandai-mandai langkau2 jemaah pulak..Klu sembahyang jenazah pun x lepas lg,jgn byk ckp..
Post a Comment