Teman melihat isu 'non muslim masuk masjid/surau' ni betul-betul tindakan takde otak daripada UMNO yang makin terdesak!
Kesian dengan melayu-melayu yang ikhlas nak perjuang Islam yang masih dok ada dalam UMNO lagi. Nak keluar UMNO, mereka dah banyak makan budi dengan parti tu.. Duduk dalam tu pulak tak senang duduk.. banyak sangat perkara bangang yang UMNO dah buat terutama pasal Islam..
Apabila seseorang bercakap perkara yang bukan ahlinya.. inilah jadinya..
Sibuk dok nak fitnah dan pekenakan PAS hingga tergamak heret Sultan Selangor dalam hal ni.. akhirnya UMNO sendiri pun buat gak benda yang sama!!
Islam itu indah dan luas.. takkan Islam nak sempitkan ruang dan peluang bukan Islam mendekati Islam?? dan masjid/surau adalah antara medium terbaik untuk kita bagi ruang bukan Islam mendekati Islam!!!
Semudah itu pun takkan tak paham?
Ataupun UMNO buat-buat tak paham??
So, berkenaan gambar diatas? macam mana? nak minta pendapat Sultan Selangor jugak ke?
Mana si Khusrin 3 Thanawi nih??
Khusrin.. ooo.. khusrin... kurrr..kurrr..
sunsnake 18092010
Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid
September 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN. “Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment