Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, August 7, 2010

Sah! PERKASA lah Pengkhianat Melayu Sebenar!


Kome baca le sendiri artikel nih!
Si Penaung PERKASA dengan Ketua PERKASA yang cakap sendiri...

Takde siapa nak beli bangunan?? wakakakakaka!

Bodoh punya katak! mengapa la ko jadi manusia!

sunsnake 07082010

Dr M: Usaha bangunkan Kg Baru perlu libatkan bukan Melayu

July 09, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha pembangunan semula Kampung Baru — penempatan orang Melayu di ibu Negara — akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.

Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.

“Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.

“Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah,” kata Dr Mahathir pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM yang disiarkan dari Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir itu kerana keadaan semasa hari ini memerlukan Kampung Baru dibangunkan dengan turut melibatkan orang bukan Melayu.

“Beliau bercakap dengan realiti tapi ada pihak cakap dengan ideologi. Beliau bercakap dalam konteks realiti hari ini dan kita perlu menerimanya malah ia juga merupakan strategi untuk pembangunan Kampung Baru berjalan lancar.

Berita Penuh

4 comments:

C L J said...

pe hal lak gitu ????
Perkasa bertungkus lumus nak satukan Melayu dikatakan memecahkan lak....
Betullah songsang punya budak...

budakbalun said...

Satukan melayu?
nak share tanah melayu dengan bukan melayu?

aikk?? kata pejuang melayu?
apsal sokong lak?
kamu ni sokong melayu ke sokong mahathir?

budakbalun said...

mamat CLJ ni kalau baca sajak dia.. pehh!! meletup-letup pasal melayu.. berkeris-keris bagai!
berkeris disakai bagai!
Bermandi darah bagai!!
Pesan nenek moyang bagai!

tapi rupanya pencacai!!!
wakakkakaka!

kesian.. dibodoh dek UMNO sejak lahir! sampai sekarang! wakakaka!

Man Toya said...

Kata nak mempertahankan hak melayu
TAPI..
Nak pecahkan hak milik melayu pada bukan melayu


Kata melayu mesti maju
TAPI..
Tak percaya pada kebolehan melayu sbb tu dia orang suruh orang bukan melayu kena ada sama di situ.

Kata nak pertahankan hak2 melayu
TAPI...
Hak2 melayu boleh dijual beli.

Kata nak suruh melayu bersatu
TAPI...
Depa sendiri tak percaya pada melayu.


ha...ha...ha...Melayu UMNO.....Melayu Umno. Lama2 layulah Melayu.