Betul3x..
Memang Kelantan lemah dalam melaksanakan dasar Islam!
Kata perjuang Islam??
Lain kali Kelantan kena tengok macam mana UMNO laksanakan dasar Islam di negeri-negeri yang diperintah mereka..
Ambik contoh macam mana Ali Rustam laksanakan dasar Islam di Melaka..
Lantik AJK masjid dikalangan UMNO.. yang jarang-jarang gi Masjid!
Bukak sekolah khas untuk gadis Islam yang hamil anak zina..
Banyak lagi contoh-contoh kejayaan MB UMNO melaksanakan dasar Islam..
Kelantan kena contohi Zambry Perak, Adnan Pahang, Mohamad Negeri Sembilan, Ghani Johor..
Banyak lagi laa..
ini semua contoh-contoh mereka yang telah berjaya melaksanakan dasar Islam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!!! especially Ghani Johor!
Tak percaya pergi la ke JB.. turun ke Danga Bay..
Semua orang Islam Johor di disitu sangat-sangat menitikberatkan Islam..
Pakaian semua menutup aurat..
Iklan-iklan billboard semua gambar yang sopan..
Surau dan masjid sangat meriah dan imarah terutama waktu solat subuh!
Macam solat Jumaat tuhh!!!
Kalah Masjidil haram!
Bukan macam kat Kelantan..
Masjid-masjid time Solat Subuh hanya ada imam dan bilal..
Masjid Nik Aziz di Pulau Melaka..
Solat Subuh hanya ada Nik Aziz dan anak-anak dia je..
takde orang!
Masjid di Madrasah Muhammadi lengang! semua kariah tidur sampai pukul 11 pagi!
Tapi..
Apsal Jom Heboh di Kota Bharu semua penyampai TV3 pakai tudung ye?
Konsert pun takde? ke ada tapi nasyid je? takde pulak artis separuh bogel menyanyi macam konsert jom heboh di Johor? Perak? Melaka? Negeri Sembilan? Pahang?
Bangsat punya UMNO!
sunsnake07082010
Pas Kelantan akui kelemahan penguatkuasaan dasar Islam
KOTA BHARU 6 Ogos – Pas Kelantan yang telah 20 tahun memimpin pentadbiran negeri mengakui terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan dasar Islamnya selama ini.
Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi teras kerajaan sejak mula memerintah masih kekal namun penguatkuasaan yang lemah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Dari segi dasar kita tidak berubah, kekal, cuma mungkin penguatkuasaan ada kekurangan dan kelemahan, jadi kita akan ambil perhatian.
“Sudah namanya manusia jadi adalah kelemahan, tapi dasar tidak berubah, cuma pelaksanaan,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan Tabung Ihya’ Ramadan di sini hari ini.
Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah negeri mengulas pelaksanaan dasar Islam yang menjadi moto kerajaan negeri kebelakangan ini didapati semakin longgar.
0 comments:
Post a Comment