Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, August 7, 2010

Khalid Ibrahim sibuk nak jadi hero?


Masa kecik teman suka layan Spiderman..
Sampai tua ni pun dok layan Spiderman yang movie plakk!!
Ntahlaa... dalam banyak-banyak superhero komik ni..
Hanya Superman yang teman minat.. sebab dia ada unsur-unsur 'beriman' skit..
maklumlah labah-labah kan..

errr.. apa kaitan dengan artikel kat bawah?

Teman setuju dengan kata-kata Nong Chik anak si Raja ni..
Memang Khalid Ibrahim tu sibuk nak jadi hero! Menyampah!

Woi Raja Nong Chik!
FYI, Khalid Ibrahim memang nak jadi hero..
Tapi Hero rakyat bukan hero cukong!

Aparaaa.. MB Selangor ni..
kot ye pun bagi la anak Raja ni jadi hero Cukong dulu!!
Tak mahsyyuuukkk lagi nih!!
buat modal Kempen PRU13 anak Raja nih!!

sunsnake 07082010

Kg Baru: MB Selangor mahu jadi hero, dakwa menteri

August 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menuduh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sengaja campur tangan sambil mahu menjadi “hero” dalam isu pembangunan Kampung Baru, sekali gus mengelirukan orang ramai terutamanya pemilik dan pewaris tanah.

“Memang itu tujuan (kelirukan penduduk) beliau (Khalid), sengaja sahaja nak buat mereka serba salah dalam isu ini (pembangunan Kampung Baru).

“Kenapa beliau perlu campur tangan? Saya percaya Menteri Besar terlibat pasti akan wujud kumpulan-kumpulan yang tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan kerajaan.

“Bila ada kumpulan ini maka segala perancangan mungkin akan dibatalkan, sama seperti tahun 1991 dan 1992 apabila kerajaan mahu membangunkan kawasan itu (Kampung Baru) ada kumpulan yang bantah. Jadi segala pelan pembangunan terpaksa dibatalkan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu ketika sidang media selepas merasmikan Jejambat Jalan Travers-Jalan Bangsar di sini.

Difahamkan jejambat tersebut bernilai RM34.5 juta itu sudah digunakan sejak awal minggu ini.

Berita Penuh

0 comments: