Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, August 21, 2010

Benarlah kata Karpal Singh!

Teman setuju kata-kata Karpal Singh ni..
dah memang Perlembagaan Malaysia menyatakan sebegitu?
Kita orang Islam ni nak kata apa?

Dulu masa orang melayu dok perjuangkan kemerdekaan dengan perlembagaan Islam..
UMNO jugak yang tergamak jadi pewaris 'saka' British iaitu merdeka dengan menerima perlembagaan British???

Inilah hasilnya... bukan mudah untuk menukar Perlembagaan Malaysia yang dok ada ni ke Perlembagaan Al-Quran! tambahan UMNO yang mengaku Islam sendiri menjadi petualang uatama dalam menghalang perlaksanaannya!
Tak percaya? tanya Dr mahathir!!! wakakaka!

sunsnake 21082010

Hudud bukan jawapannya, kata Karpal
Ogos 20, 10 8:30pm

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Berita Penuh

5 comments:

Anonymous said...

Satu je nak tanya dalam Quran adakah suruh kita doakan orang kafir yang nyata musuh Allah...Larangan mendoakan ada, tapi suruh doa ni pelik lah..

Inilah akibat kalau dah jauh tersesat....kembalilah ke pangkal jalan...Aku takut negara kita ni kena tipa bala je...Doakan kesejahteraan orang Islam tak nak. Inikan kafir pula yang dapat doa...apa punya sial ni..Aku ahli Pas juga, tapi aku rasa bab ini buat aku fikir balik, betul ke apa yang kita buat ni...

Aku nak tanya Tuan Guru Haji Hadi, Aku nak tanya Ustaz Nasa, Aku nak Tanya Datuk Dr Haron Din..betul ke kita buat ni...atau kita dah melampaui batas...kan Allah dah berfirman hendaklah kita semua jangan melampaui batas...

Kemana hala tuju sebenar Parti Pas yang kita sayangi ini...ke mana saudara-saudara..Apa lebihnya seorang kafir dari seorang Islam???
Apa lebihnya LIM GUan Eng yang tak sunat daripada orang Islam yang bersunat...Apa lebihnya kulit kulit si kafir ni...Kan Allah dah kata janganlah kita mempercayai orang kafir, mereka tidak akan ikut kita, selagi kita tak mengikuti mereka...

wahai saudara-saudara Seislam..Demi bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah sama-sama kita bersatu hati di atas nama Islam. Kita kibarkan jalur ke Islaman dan persaudaraan dan bukan kibarkan jalur persengketaan atas hawa nafsu...

Tuan, kalau kita benarkan kata karpal tu maka aik tocang lagilah kafir ni...kafir tetap musuh Allah selagi tidak menyebut kalimah syahadah..Jalannya adalah kita terus perjuangkan hukum itu. Dan tak ada kompromi dengan kafir..kafir tetap kafir..

wassalam.

Anonymous said...

Satu je nk tanya..Dlm Quran ada ajar x mcm mana nk mengesah dan memperakui berita?Klu yg bawa berita tu org2 fasik maka x payah la nk emo2 smpai x tau pulak sapa nak kamu lanyak..Klu pengadu domba tu UMNO,x usah la jd bodoh nk percaya..Di bulan Ramadhan ne,bole lg korang terima berita2 mcm ne masuk kat kepala otak korang..Habis la nikmat Ramadhan dirosakkan oleh kebodohan kamu..benda2 fitnah jgn la kamu campur aduk dan akhirnya meluputkan nikmat Ramadhan yg kamu sedang nikmati..Mcm mana nk dpt bahagian malam Lailatul Qadar klu kamu lemah iman dan mudah diperdayakan oleh org2 fasik yg membuat penyaksian2 bohong dan melampaui batas...Kebodohan pun ada batasnya..Jgn la biar kan diri kamu berada pada tahap kebodohan melampau sehingga ALLAH murka kpd kamu..

budakbalun said...

orangkampung..

satu je ayat dari teman..
Lebih mudah kita berurusan dengan kafir yang kita berhati2 dengannya berbanding dengan munafik yang mengaku Islam tapi membenci hukum agamanya sendiri!

full stop!

Anonymous said...

Bro,

Orangkampung nie orangkampung BALUN gak kot, baik hang carik nanti hang BALUN dia cukup-cukup.

JENIS BODOH TAK MAKAN DIAJAR, BAGI MAKAN PENAMPAR JE ELOKNYA. DIA BELUM KENAL LAGI ORANG BALUN TU.

-madir-

budakbalun said...

BRO ANON 7:56AM..

harap2 budakkampung ni bukan orang kampung teman lee.. bangang benor!!
wakakakaka!