Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 3, 2010

Zina - Apabila Tuan Guru bukak mulut!


Mana wanita-wanita UMNO yang beria-ria nak subjek Pendidikan Seks diajar disekolah?
Meh sini belajar dengan orang alim ulama' dulu.. baru bercakap pasal hukum-hakam!

Kalau tak mau jugak meh teman seligi! wakakaka!
sunsnake 03072010

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Berita Penuh

0 comments: