"Candu, candu, candu! Mari, mari.. siapa mau beli candu..?" - Peniaga 1
"Ganja, ganja! Ha, mari tuan, mari puan. Ha, beli ganja.." - Peniaga 2
"Cik Siti mau beli apa?" - Peniaga 3
"Saya mau beli belacan" - Marjina
"Bela-- ? Syhh... Jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya" - Peniaga 3
"Jual belacan pun polis tangkap?" - Marjina
"Benar cik Siti. Jual candu ada lesen. Jual ganja ada lesen, tetapi jual belacan tak ada lesen... saya smuggle dari Malaya!" - Peniaga 3
Kalaulah Kerajaan UMNO gunakan pemikiran yang sama masa luluskan lesen judi untuk selesaikan masalah dadah mesti mampos! Kalau kerajaan UMNO boleh terfikir untuk luluskan lesen judi bola untuk kawal judi bola haram, apalah kiranya luluskan jugak lesen jual dadah untuk kawal sindiket dadah haram! wakakaka!
Apa ada hal?? Kalau Berjaya Group nyaris boleh dapat 'direct' lesen judi bola..
bayangkan cukong mana pulak akan 'nyaris' pulak dapat lesen supply dadah!!
Bunyik macam mengarutkan? Mengarut yang macam ni la tak mustahil bagi UMNO!
betul?
sunsnake 03072010
Tangkapan kes dadah naik hampir 100 peratus di Kuala Langat
KUALA LANGAT, 2 Julai — Seramai 688 orang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, meningkat hampir 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat 346 tangkapan.
Mereka yang ditahan itu berumur antara 15 dan 70 tahun.
“Mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun merupakan golongan yang paling ramai ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Langat,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pertambahan kes penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan sebaya, tekanan perasaan, kurang pengetahuan agama dan masalah rumah tangga. — Bernama
0 comments:
Post a Comment