Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 3, 2010

Muhyiddin - UMNO alami kecelaruan Perjuangan!


Apa yang teman dapat simpulkan daripada 'stetment' Muhyiddin ini adalah.. UMNO dan parti-parti komponen BN sedang mengalami kecelaruan prinsip perjuangan! Dalam suasana UMNO menuduh PAS kehilangan prinsip, akhirnya UMNO sendiri diakui oleh Muhyiddin sedang mengalami kecelaruan!

Jelas, Muhyiddin merujuk kepada PERKASA yang semakin lantang bersuara kononnya mengakkan hak-hak melayu walaupun hakikatnya 1Malaysia tahu yang PERKASA ini adalah pencacai UMNO!

Bagaimana agaknya BN mahu memainkan retorik 1Malaysia ini secara maksimum? Sedangkan hakikatnya kesemua parti-parti utama mereka adalah politik perkauman semata-mata! UMNO,MIC dan MCA terpaksa bermuka-muka dihadapan pengikut masing-masing sedangkan ketika berada di dalam perjumpaan kepimpinan BN, mereka terpaksa bermuka-muka cara lain pula! Dan yang nyata, melayu yang diperjuangkan oleh UMNO semakin terpinggir! Semua orang tahu!

Sangat berbeza dengan parti-parti didalam Pakatan Rakyat, tidak ada satupun parti yang memperjuangkan bangsa sebagai asas perjuangan. PAS sejak dahulu lagi meletakkan Al-Quran sebagai Perlembagaan parti dan Islam sebagai tonggak perjuangannya, jelas! PKR dan DAP bukanlah parti khas untuk satu bangsa sahaja dan DAP majoritinya adalah berbangsa cina tetapi harus diingat, melayu juga sudah semakin ramai menyertai parti ini.

Kegagalan UMNO memperjuangan bangsa melayu di Malaysia ini sebenarnya telah diduga kerana Islam yang menjadi agama rasmi negara dan bermajoritikan melayu sebagai penganutnya sangat-sangat melarang perjuangan kebangsaan kerana perjuangan seperti itulah yang pasti akan memusnahkan agama! mana mungkin perjuangan bangsa menegakkan Islam? Rujuklah sunnah Rasulullah SAW untuk dijadikan contoh suri teladan yang terbaik!
sunsnake 03072010

Muhyiddin: ‘Umno ibarat kapal lama, tidak bergerak lancar’

July 03, 2010
PUTRAJAYA, 3 Julai — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan ahli parti itu supaya melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi kerajaan.

Malah kata beliau, kini badan bukan kerajaan yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Berita Penuh

0 comments: