Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 9, 2010

Pakatan Rakyat - Pendokong yang merana!


Tanpa menafikan akan sokongan rakyat yang semakin baik terhadap PR, teman merasakan perlunya aktiviti menambah keahlian dan pendokong untuk parti-parti didalam PR.

Seperti contoh PAS, parti ini mempunyai penyokong yang agak ramai! Keahlian pun sudah melebihi 1juta ahli tetapi malangnya dikebanyakkan tempat, jumpah penyokong yang berani kedepan sebagai pendokong sangat sedikit!

Didalam pelbagai aktiviti, muka-muka itu sahajalah yang kelihatan!
Baik didalam merencana aktiviti, menjayakan aktiviti sampai la menutup aktiviti!

Apabila berlaku bebanan kerja dalam urusan parti, akan menyebabkan kemungkinan untuk berlaku kelemahan agak tinggi dan hasil yang kurang memuaskan!

Haaa.. dikala itu akan muncullah pengomen-pengomen yang sejak sebelum aktiviti dirancang sampai la aktiviti berakhir meluahkan pelbagai teori dan sebab mengapa aktiviti tersebut gagal ataupun kurang cemerlang!

Aduyaii!! disinilah sebenarnya golongan pendokong tadi diuji kesabarannya.

Kesan buruk daripada hal sebegini ialah apabila golongan pendokong tadi jadi berputus asa @ kecewa. Teman sendiri pernah dan sedang menyaksikan ramai pendokong aktiviti parti yang kini telah bergelar 'bekas' pendokong!

Dia yang dulunya hebat! berada dibarisan hadapan.. menyertai pelbagai aktiviti parti baik sebagai perencana dan juga sebagai pelaksana..
Akhirnya lenyap@pupus secara perlahan-lahan.. kerana apa?
kerana apabila dia menonjolkan diri..
dialah yang akan menjadi 'mangsa' arahan pimpinan..
dialah yang kena ke sana-sini..
dialah yang kena mengadap pimpinan balik..
dan sekiranya gagal aktiviti tersebut atau kurang memuaskan.
dia jugaklah yang akan di'tembak' didalam mesyuarat mahupun muktamar!

Alasan mudah ialah, inilah dia perjuangan..
Benar.. inilah dia perjuangan.. tetapi itu hanya alasan mereka yang malas nak memikirkan bagaimana mahu membantu golongan pendokong itu tadi!

Gejala membiarkan mereka yang aktif didalam Parti menjadi 'superman' yang diharapkan untuk banyak aktiviti,lajnah WAJIB ditangani segera sebelum parti kehilangan sekian ramai ahli-ahli yang sangat berbakat dan berpotensi!

sunsnake 09072010

4 comments:

Encik Kari Pintar said...

Betul tu syeikh. tapi byk lagi yg perlu difahami pasal 'Amal Jamai'e ni. Byk takhlifan dalam 'Amal jamai'e yg perlu tiap ahli faham. Sebab tu 'Faham' tu adalah yg pertama dibariskan oleh Imam Hassan Al-Banna.

Ada yg boleh diceritakan, ada jugak yg perlu dirahsiakan, hatta kepada ahli jemaah atau pimpinan sendiri. Ni konsep Sirr dan Hazar dalam gerak kerja islam. Adalah lebih penting untuk berbincang sebelum membuat apa2 andaian terhadap mana2 ahli hardcore. Itu adab berjemaah.

Encik Kari Pintar said...

tambahan:

apa perlu kita takut pada pengomen2 tersebut. mmg kerja dia komen je lah... klu boleh bagi awards 'Pengomen Terbanyak' dalam ahli. kita takkan takut pada cercaan org2 yg mencerca... hatta org yg mencerca tu sebahagian dari kita pun. biar dia terjun dgn labu2nya. tapi biarlah dia acknowledge dulu yg kita tak suka perangai suka komen tapi xbuat kerja mereka tu. takpun kita ajar dia cemana cara komen yg membina.

budakbalun said...

Salam.. syeikh kari pintar..
nanti kita muzakarahkan isu ni di markaz ya? huhuhuhu

Anonymous said...

chop...chop...nak join muzakarah isu ni kat markas nnt