Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 9, 2010

Ahli PAS Wajib Baca Tulisan Ini!



Bagaimana Kita Sebagai Ahli PAS Boleh Menjayakan PAS?

BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya adalah bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah persatuan itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga persatuan supaya persatuan itu aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.

PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan sanggup menerima untuk menunaikan Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu iaitu semasa kita menandatangani di dalam Borang Permohonan menjadi ahli PAS dulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin PAS sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang perlu dijaga dan dipelihara olehnya, iaitu menghidup-aktifkan Amanah itu..

Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya (menunaikannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda: "Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-Bazaar.]. Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai ahli PAS walau pun kita hanya sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, iaitu setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu.

Tugas / Kerja yang diberi

Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli biasa saja, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah apabila kita menurunkan tandatangan tatkala mengisi borang memohon menjadi PAS itu dulu. Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna perkataan "suka-rela" itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba hendak mengelak; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah. Hal ini perlu difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada memegang apa-apa jawatan. Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan khususnya bagi apa-apa kerja yang kita diminta dan/atau diarah oleh mana-mana ahli Jawatankuasa dan/atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS.

Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau membuat sesuatu kerja, bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu dan kita juga kena "jawab", kerana jika tidak di dunia ini pun kita kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi. Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba yang tidak diduga, yang kita memang boleh mengelak tetapi dengan syarat kita hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili diri kita untuk hadir dan/atau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu menggantikan diri kita apabila kita diperlukan hadir dan/atau menjalankan tugas dan tanggungjawab itu.

Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang mengarah atau yang meminta kita melaksanakan kerja/tugas itu. Kecuaian atau bersikap take for granted saja dengan membuat andaian bahawa tiada apa-apa masalah yang akan boleh timbul atau boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang cuai atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan jenayah.

Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita dikehendaki membantu bagi menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi tugas itu kepada kita.. Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah baru pula kepada pihak lain iaitu masalah yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ia menjadi wujud setelah kita yang telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain pula yang terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan/atau sikap take for granted kita itu tadi.

Kemahiran mengvisualisasi

Dalam hal berpersatuan, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada kita sedang ada memegang jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa), kita mestilah mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang diberikan dan/atau yang diminta kita melaksanakannya itu. Maksud proaktif ialah bahawa walaupun kita melihat ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu dengan dibawa berbincang atau melaksanakan syura bagi memikirkannya agar segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang akan merasa kecewa akibat kerana kecuaian kita dan/atau kerana sikap tak for granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan/atau take for granted, iaitu bersikap suka lepas tangan. Dalam mngendalikan apa-apa juga tugas serta tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia hanya menyusahkan saja memanglah semua perkara adalah susah. Jika tidak susah bukanlah perjuangan namanya!

Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau/dan diminta memberikan bantuan atau kerjasama yang kita kena buat dalam berpersatuan, kita kena melihatnya bak kata orang iaitu dapat melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu. Malah semua hal mengenainya; apakah yang mungkin berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin verlaku selepas Z juga, kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang akandihadapi. Kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan kita kena siap-sediakan dari awal lagi segala aspek termasuk siapa-siapakah orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat hadir kerana kita sendiri ada banyak kerja.

Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu angkatan ummah. Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja. Ada ramai mereka, maka mereka itulah kita ajak secara bermotivasi turut sama berjuang supaya tugas yang kita diamanahkan itu sudah pun kita sedia siapkan ada orangnya yang akan mewakili diri kita supaya sahabat kita itu mengambil alih supaya hadir menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa dibatalkan saja atau ditangguhkan, atau menjadi lewat untuk dimulakan.

Menangguh-nangguh

Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan dalam hal urusan berpersatuan. Ini amat pelek, pada hal dirinya adalah ahli kepada persatuan itu, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berintegrasi dan lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang diminta atau juga yang tidak diminta oleh mana-mana pihak dalam parti. Dan janganlah menjadi ahli persatuan yang pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya menjadi pemerhati saja.

Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-apa jawatan kita adalah juga turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat berpuluh-puluh jenia bantuan yang kita boleh berikan. Dalam hal ini, maksud sebuah al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu:Rasulullah s.a.w. bersabda:: "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim]… Orang yang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang mengenepikan saja maksud al-hadis ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

"Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan." (Hadis riwayat Muslim).

Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk dapat berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya maka untuk apakah kita jadi ahli PAS?

Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanah seagai seorang yang kena “setia” dan kena “usaha”; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab kerana jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya. Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, membolot dan memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, dia sendiri akan kelemasan dan akhirnya hamper kesemua kerja tidak dapat dilaksanakan. Inilah puncanya kenapa seseorang Setiausaha itu tidak disayangi kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi kepada orang lain bagi melaksanakan kerja.

Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup beraktiviti. Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah memerikan kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang layak dan tahu melaksanakannya supaya dapat membantunya; seperti menaipkan segala apa jua yang perlu diatipkan, serta melantik ahli biasa mewakili dirinya bagi meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli biasa di kawasannya dan memintah ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti mingguan dan sepanjang bulan yang patut diadakan. Jika Setiausaha tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya. biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah kerana beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu.

Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang permohonan untuk menjadi ahli PAS dulu, dan permohonan kita itu secara rasminya telah diterima dan direstui bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS, ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh Setiausaha dan juga oleh para pemimpin kita juga, statusnya adalah rasmi, bukan boleh kita buat main-main. Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah atau diminta pertolongan oleh Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-mana ahli Jawatankuasa, kita mesti anggap bukannya lagi kita boleh kata kerja adalah suka-rela; yang selalu dianggap sesetengah orang sebagai hendak dibuat kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap besarnnya.

Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak mengdeligasikan banyak kerja tertentu kepada orang lain tetapi diabaikan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh Setiausaha itu adalah tidak memelihara dan tidak menjaga amanah. Ahli-ahli biasa satau sesiapa jua pun yang telah dierikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya.

Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan menjadi ahli itu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam borang permohonan menjadi ahli dulu) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta mana-mana ahli Jawatankuasa sebagai arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah yang diberi.

Komited tanpa disuruh-arah

Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi memikirkan apakah peranan masing-masing; iaitu bagi yang menyandang jawatan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS.

Bagi setiap ahli biasa di akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS adakan, iaitu yang diri anda sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan mengemukakan cadangan bertulis kepada Jawatankuasa atau Lujnah PAS Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakan syura, sekurang-urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPasisasikan minda semua jiran agar menjadi ahli PAS, atau setidak-tidaknya mereka akan menyokong perjuangan PAS. Justeru setiap ahli perlu memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran sekampung datau setaman agar mereka semua dapat membacanya.

Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa atau time management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS. Janganlah menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana perjuangan kita adalah bernawaitu Lillahirobbil'alamiin. Malahan kursus seperti itu juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga mereka yang bukan ahli PAS menghadirinya.

Penglibatan diri

Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Jawatankuasa berkenaan terlebih dahulu). Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti yang anda sendiri ingin dilaksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Jawatankuasa atau Lujnah memberikan kelulusan. Janganlah tunggu pihak atau Lujnah yang kena rancang, kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat diadakan. Inilah caranya pada masa yang sama kita memajukan PAS iaitu diri kita sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja kena menjanakanya. Jangan tunggu pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah turut sama memberikan idea dan melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang sentiada bergerak, hidup dan efektif.

Sebagai ahli PAS biasa, kita jangan tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan. Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa ada-ada saja aktiviti atau programnya sepanjang masa di markaz khasnaya da di mana-mana jua amnya.

Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti tugas atau kerjasama, sama ada besar mahu pun kecil kerja itu, walau pun kita hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun, kita tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei. Apabila kita menolak tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan menolak itu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya, ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima Perlembagaan tersebut sebagai undang-undang kita.

Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kita Allah Kurniakan kepada kita masa, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh peruntukan 1 jam saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita ada masa 100 jam. Kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak melakukannya, memanglah kita tidak akan berhadapan dengan sentiada saja tidak mempunyai cukup masa.

Perlembagaan PAS

Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termasktub di dalam Perlembagaan PAS. Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi tidak faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini:

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan

pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-

hukumnya menuju keredhaan Allah.


(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6: Usaha-usaha:


(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui

dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.


(2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai

panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-

orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam


(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memper-baiki susunan serta

institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

(5) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau

pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.


(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal

dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.


(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang

tidak bercanggah dengan ajaran lslam.


(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa

mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.


(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta badan-badan

lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.


(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan

dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.


[Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN

(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.].

Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap seorang ahli PAS kena usahakan bagi merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha?

Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara lisan daripada mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah PAS, malahan daripada sahabat kita sendiri di kalangan ahli, itu semua adalah uasaha-usaha yang kita kena ambil tindakan menjayakannya. Bagi mereka yang berjawatan dalam parti kita kenalah fahamkan bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu, bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan mereka itu adalah datangnya daripada si peribadi ahli Jawatankuasa atau Lujnah berkenaan tetapi ia adalah datangnya daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita patuhi samada secara individu sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan mematuhinya.

Arahan, perintah dan ajakan tersebut yang sebenarnya juga adalah perintah yang datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantikan mereka dan memberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa atau Lujnah itu mandat supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak berusaha dan mengusahannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup segan mati tak mahu itu.

Apabila kita enggan mematuhi perintah atau permintaan drpd. mana-mana ahli Jawatnkuasa atau ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintahnya dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.

Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah? Perintah, prinsip dan pengajarannya memang ada terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu:

" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh Setiausaha dan mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah. Bersikap sambil lewa, selalu mentakan tak ada masa, cuai terhadap arahan dan/atau permintaan supaya bekerjasama dan mengabaikannya juga adalah merupakan menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum syara', maka kita kenalah patuhi. Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada perintah, arahan atau permintaan pemimpin mestilah dipatuhi dengan bernawaitu, iaitu: Lillahirobbil'alamiin. Hanya dengan cepat-cepat bernawaitu begitu saja barulah datangnya keihlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja utuk parti.

Merajuk bila ditegur atau dikritik

Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu?

Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau memprotes secara senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah seorang yang sahsiahnya sedang mengindap sindrom inferiority complex. Ini adalah kerana ia terbabas dari landasan kebenaran bahawa iaitu ia seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang itu mahu menegur dan mengkritik dirinya itu yang sebenarnya adalah merupakan satu mekanisme yang boleh membantu dirinya itu dapat secara percuma bagi ia sendiri sedar dan boleh mengetahui di mana adanya kelemahan atau kekurangan pada dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), yang ia sendiri tidak pun pernah menyedarinya.

Adalah amat silap apabila kita ditegur atau dikritik lalu kita pula terus melatah atau melenting dan anggap orang yang menegur atau mengkritik kita itu tadi adalah sebagai musuh di hati kita sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik kita itu ia sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita. Di sebaliknya kita jangan lupa bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia mendiamkan saja, biarkan saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan saja begitu, padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau mengkritik itu, padahnya ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis. Cuba kita fahami maksud al-hadis ini:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.]

Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah. Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang berkaiatan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga adalah merupakan satu kemungkaran.

Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam maksud al-hadis itu. Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud tadi.. Ini adalah kerana:

" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 itu, namun prinsip yang terkandung dalam Ayat 38 itu ialah adanya terdapat mengenai konsep perintah, yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan apa jua perintah oleh pihak yang berkuasa yang kita terima dalam kehidupan kita ini bahawa selama mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya.

Siapakah pihak yang berkuasa itu? Pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau Lujnah dalam parti PAS. Dalam perkataan Jawatankuasa itu adanya perkataan kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu adalah pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. .

Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup, serta agar setiap markaz menjadi boleh berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) seperti visi, misi serta juga sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS kita itu.

Sumber - PAS Perak

0 comments: