Ini direct freekick! Teman teringat suatu ketika dahulu, company teman nak renovate skit dalaman warehouse..
Ada la dalam RM20k punya projek.. dekat 5-6 kontraktor gak yang datang visit dan bid untuk kontrak tu.. Punya la semangat.. hampir kesemuanya kontraktor bumiputera.
Itu kalau projek tu bernilai 15K keatas.. memang kena open tender..
Bawah RM15k.. baru leh direct nego.. itupun tengok gak..
selalunya kami terus je dengan kontraktor yang sedia ada..
yang terbukti kualiti kerjanya dan ada sejarah yang baik..
Itulah telusnya company 'cap ayam' tempat teman keje la ni..
Bila baca berita bangsat macam kat bawah ni!
terus teman tertanya-tanya..???
Apa cer???
sunsnake 15062010
Kos istana baru RM811 juta, tiada tender terbuka |
|
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah meningkat dua kai ganda dalam tempoh empat tahun, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Semasa sesi soal-jawab pagi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta. Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong. Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment