Teman hormati sikap mereka menjadi YB bebas tanpa menyokong mana-mana parti..
Sememangnya itu hak mereka.. tapi mana hak rakyat yang mengundi???
sunsnake 15062010
Konsensus Bebas: Hormati pendirian Adun Malim Nawar
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Konsensus Bebas mahu semua pihak menghormati keputusan Adun Malim Nawar Keshvinder Singh yang keluar dari DAP hari ini, sekali gus mengisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.
Konsensus Bebas juga menyeru rakyat menghormati keputusan wakil rakyat itu selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP, yang didakwa tidak membantunya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
“Konsensus Bebas percaya bahawa ada lagi Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan keluar parti.
“Bukan setakat Adun dan Ahli Parlimen, malahan di kalangan pimpinan akar umbi juga sudah mula muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata kenyataan Konsensus Bebas dikeluarkan lewat petang ini.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment