Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 15, 2010

Ehhh!! Macam Drama Gerak Khas je!!


Ada satu ceramah tu..
Penceramah kata kalau nak tengok Polis terbaik di dunia..
Polis paling sopan!
Polis paling santun!
Polis paling berbudi pekerti!
Polis paling luhur!
Polis paling berilmu!

Tengoklah drama Gerak Khas!!! Wakakaka!

Kali ni bukan Polis.. tapi Pemuda UMNO!!
Nampaknya macam ada satu gerakan nak naikkan imej KJ nih!
Secara tiba-tiba dia jadi hero plak!!!
Sama ada dia vokal sebab bengang dengan Najib tak lantik dia jadi Menteri..
Atau dia vokal sebab bengang dengan Nazri Aziz!

hmm.. atau bukan satupun diatas?
sunsnake 15062010

Khairy: Utamakan biasiswa, saya sedia sidang di Parlimen ‘bocor’

June 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ijazah di luar negeri.

Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor.

“Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita,” katanya.

Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi.

Berita Penuh

0 comments: