Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 20, 2010

Kad Merah untuk UMNO-BN!


Hehehhe..
Mentang-mentang musim bola ni.. Dato Chua Jui Meng pun guna ayat bola..
Semoga apa yang dikatakan olehnya menjadi kenyataan..

Sebenarnya rakyat dah bagi kad merah pada UMNO-BN dah lama dah!
Sejak 1999 lagi! Cuma 'kehebatan' UMNO-BN menggunakan sepenuhnya SPR dan JPN menyebabkan seringkali keputusan PRU dimanipulasi semahu-mahunya!

Sepatutnya PRU12 telah hanya meninggalkan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja kepada UMNO-BN! Malangnya strategi dan cara lama UMNO-BN itu masih lagi berkesan disamping kuasa 3M(Money,Machine & Media). Tak ketinggalan Sabah & Sarawak selaku talian hayat utama UMNO-BN (Kini tidak lagi!).
sunsnake 20062010

Chua: Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Jun 19, 10
11:49am

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng. “Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara. “Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini. Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah. “Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”

Berita Penuh

0 comments: