Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 20, 2010

Wakil Tokey Cukong si Nong Chik sudah goyang!!!


Siapa yang lantik mamat ni jadi menteri? Najib?
Jadi mamat ni bukan wakil rakyat tapi wakil najib!
Siapa tahu rakyat Parlimen mana pilih dia ke Parlimen nih?
Parlimen Hulu Selangor? bukann..
'Ustaz' Kamal menang tapi yang pergi Parlimen si Palanivel!!
Bodoh punya pengundi BN Hulu Selangor!

Inilah bukti betapa Khairy Jamalludin dimalukan dek Najib!
'Sampah' macam ni pun leh jadi Menteri!
dia yang ribuan pengundi POS di Rembau bagi undi pun tak jadi Menteri!
wakakakaka!

Apa barang kamu nak jadi menteri yang bukan dipilih oleh rakyat?
Owhh!! Inilah dia salah sorang 'sampah-sarap' yang YB Salahuddin Ayib bagitau hari tu kot?
Ye laa!! Betul laa!!
Patut mulut bau longkang!

Semua tak muktamad.. hari tu kata Kerajaan ada hak.. rakyat takde hak..
La ni dah kata rakyat takde hak, kerajaan pun takde hak!!
Habis?? siapa yang ada hak?? Tokey Cina?

Aduyai.. apsal la bangsa melayu leh kena tipu dengan 'sampah' macam ni...

sunsnake 20062010

Kg Baru: Pusat ingatkan MB Selangor jangan ganggu

June 20, 2010

Raja Nong Chik: 'Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur.' - Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini.

Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.

“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik.

“Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru.

“Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

0 comments: