Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 25, 2010

Syabas! KJ dah jadi sojar!

Tahniah dan syabas teman ucapkan buat buat Ketua Pemuda UMNO Malaysia a.k.a menantu Pak Lah ni..
Ini satu aktiviti yang berfaedah dan wajar menjadi ikutan anak-anak muda.
Sebaik-baiknya mat-mat rempit diwajibkan menjalani latihan sebegini..
Latihan ini pastinya berbeza dengan PLKN yang menggalakkan pergaulan bebas dikalangan anak-anak remaja kita!

Yang baik kita sokong dan puji.. Yang tak baik kita kutuk dan nasihat!

Jangan tembak rata jeee... tul tak?

sunsnake 25052010

Khairy tamat latihan askar wataniah
Mei 25, 10 4:01pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

ahahahahaha masuk sojar...dey sarjan hassan la.. ahahahahha

sarjan khairy... ahahahahaha

budakbalun said...

aaaaa.. teman jadi Ajis! wakakaka!