Haaa.. tiap-tiap tahun bila tiba saat-saat begini mulalah..
Hati teman jadi gundah gulana..
Hati teman mula membuak-buak marahnya..
Hati teman mula melonjak-lonjak getiknya!
Hati teman mula merebak-rebak pedihnya!
Peristiwa ini saban tahun merambat hati dan nurani..
Mengheret jiwa menjadi lesu dan pedih!
Suatu pemerasan yang sangat terhormat!
Suatu penghambaan yang sangat tersusun dan terancang!
Suatu penyiksaan yang sangat kelihatan rela dalam senyum!
Inilah saatnya kesabaran benar-benar terancam!
Inilah saatnya keegoaan diri benar-benar terancam!
Inilah saatnya kejantanan memuncak!
Inilah saatnya peluh jantan merancak!
Inilah saatnya nafas macam berat nak mencungap!
Mengapa ianya pasti datang saban tahun!
Mengapa ianya pasti menjengah saban tahun!
Mengapa ianya pasti menimpa saban tahun!
Mengapa ianya pasti melanda saban tahun!
Tanpa jemu! Tanpa Ragu! Tanpa Silu! Tanpa Malu!
sunsnake 25052010
2 comments:
Buat suspen teman jer mike ni hehehe...
hehehehe.. itulah realitinya..
sekali lagi syarikat Insurans mendapat untung berlipat ganda!!
JPJ, Polis jadi balaci kuatkuasa!
Post a Comment