Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 14, 2010

Masih ada tel*rkah si Armand PERKASA itu?





Salam Panglima Melayu Armand..
Ni ada jemputan ikhlas daripada Angkatan Pemuda Keadilan nih!

Mereka jemput PERKASA terutama pemuda yang diketuai oleh kamu agar joint depa membongkar tanah-tanah melayu yang telah tergadai dan teraniaya di Selangor nih!

Bagus usaha nih! Pemuda PAS pun lom buat lagi, AMK dah nak on! Bagus sangatlahtu!

Demi Bangsa Melayu dan Agama kan Armand kan?

Teman harap sangat PERKASA dapat joint aktiviti ini.. Sama-sama duduk dan mencari apakah puncanya!

Sekian banyak tanah-tanah rezab melayu di Selangor ini telah tergadai ke tangan orang lain yang bukan melayu pulak tuh!!

Ini sudah bikin panas ni Armand!!
Ini sudah lebeyy!!

Melayu level kat Malaysia ni melebihi Islam kan?? kan?? kan??
Khianat Islam tarahal... Judi Bola? apa ada hal?
Sakit ke tel*r orang melayu kalau ada judi pun ye tak?
Jangan kacau melayu suddahhh!!

so, Armand? amacam? kira jadi la ni?
contact bro Jonah ni segera ye?

sunsnake 14052010

AMK Selangor Pelawa PERKASA Duduk Semeja

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempelawa PERKASA untuk duduk semeja bersama-sama bagi merangka perjuangan menuntut tanah-tanah hakmilik Melayu yang telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. AMK Selangor mempelawa agar PERKASA menyahut seruan ini agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan.

Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah-tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai,setinggan, rumah-rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain. Kita amat menyedari selama ini, Selangor yang pernah ditadbir oleh UMNO/BN selama 50 tahun telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan.

Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit . Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera.

AMK Selangor menegaskan, kita akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini. Malahan,kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur.

AMK Selangor membuka ruang yang cukup untuk mengajak PERKASA bersama-sama menuntut tanah-tanah milik Melayu, perumahan milik Melayu yang terbengkalai dan nasib setinggan yang selama 50 tahun UMNO/BN memerintah telah gadaikan. Jika PERKASA mempunyai keberanian, ruang dan medan perjuangan bersama telah disediakan.

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor



3 comments:

C L J said...

Tanah rizab Melayu ?
Tak faham hamba.... Kanun Tanah Negara dah tetapkan syarat kalau nak tukar syarat milik daripada milik melayu itu kena sediakan tanah lain yang milik bebas dan tidak kurang keluasannya untuk ditukar ganti. Ini yang kita tidak nampak kadangnya.

Cuma di Kelantan sahaja yang walau dia tidak tukar syarat milik itu tetapi dia dah beri Leese (Pajakan) untuk tempoh 99 tahun yang dilihat sebagai jalan keluar mengatasi undang undang syarat milik itu.

Anonymous said...

Babi pun tak sehina malaon ni. Abang dia dah tipu si Nazri Aziz sampai kena pecat. Dia nak tipu siapa pula?

Anonymous said...

armand nie bebal..nk tnjuk hero melayu mcm si katak ibrahim..dua2 cam haram jadah sial...