"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera,
dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (Surah An-Nur, Ayat 2)
"Saya amat bimbang dengan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Adalah malang jika wanita muda melahirkan anak di dalam situasi itu,” - Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO.
Adakah melahirkan anak luar nikah, siap dalam tandas kem lagi adalah 'kesejahteraan' yang dimaksudkan makhluk Allah ini? Mengapa terlalu daif ilmu agama wanita bertaraf menteri dan Ketua Wanita UMNO ini? Kalau inilah level agamanya, bagaimana pulak dengan ahli-ahli wanita UMNO yang bawah-bawah? aduhhhh!!
Kalau inilah Menteri yang jaga perempuan Malaysia lagi 2-3 tahun.. alamat melingkuplah akhlak dan sahsiah.. Terutama perempuan melayu..
Ya Allah.. cepatkanlah melingkupnya UMNO nih!
sunsnake 14052010
Ujian kehamilan peserta PLKN dibantah
KUALA LUMPUR 12 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dn Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata kementeriannya membantah ujian kehamilan dijalankan sebagai keperluan bagi semua pelatih wanita dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Beliau berkata ini kerana ia membabitkan isu privasi sebagai perkara dasar.
Oleh itu, beliau meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk menimbangkan semula cadangan kementerian bagi memperkenalkan modul kesihatan reproduktif dalam kurikulum PLKN.
Beliau menjelaskan mengikut undang-undang sedia ada, sebarang prosedur yang membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa.
"Saya amat bimbang dengan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Adalah malang jika wanita muda melahirkan anak di dalam situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai respons terhadap satu laporan berita hari ini bahawa seorang pelatih berumur 18 tahun yang melahirkan anak di dalam tandas di kem Ovai di Papar, Sabah. - Bernama
0 comments:
Post a Comment