Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 14, 2010

Solat Hajat Perdana, Dataran Merdeka, 3 pagi! 16 Mei 2010


Teman minta sangat agar PAS Pusat melalui Dewan Pemuda Pusat mahupun Dewan Pemuda Wilayah menganjurkan Solat Hajat & Solat Tahajud berjemaah di Dataran Merdeka!

Apply permit dan lulus atau tidak kita berkumpul jam 3am di Dataran Merdeka!
Gerakkan seluruh ahli dan penyokong PAS/PR seluruh Wilayah dan Selangor mahupun seluruh Malaysia!

"Solat Hajat Hancurkan Judi Bolasepak dan semua jenis judi"

amacam? minta mana sahabat-sahabat yang ada connection ke pimpinan PAS ajukan benda nih!
sunsnake 14052010

KITA BUAT SOLAT TAHAJUD & SOLAT HAJAT 4 JAM TANPA HENTI DI DATARAN MERDEKA AMACAM ? LULUS TAK ?

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.

Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula dalam kenyataan balasnya kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

sumber - PAS Cawangan Bukit Sentosa 2

1 comments: