Perghh!!
Teman familiar sungguh dengan lawyer sorang nih!
Boleh kata dalam setiap isu yang membabitkan UMNO dia ada..
Ye la dah lawyer UMNO..
Rasanya baru lagi dia dapat title Dato' ni..
Hebat betul dia ni..
Sampai ke Ordinan Darurat pun dikaitnya!
Setahu teman yang buta undang-undang nie, Ordinan Darurat ni untuk membanteras komunis..
Ataupun kes-kes 'pelik' seperti Al-Maunah dulu..
Hmmm... Wallahua'lam..
sunsnake 11032010
Peguam Umno: Kelantan tak layak royalti minyak sebab Ordinan Darurat
KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kelantan tidak layak dalam tuntutan royalti minyak di luar perairan negeri itu kerana Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 masih berkuatkuasa, kata seorang pengamal undang-undang.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata peruntukan No. 7 Ordinan itu menetapkan sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri itu sejauh tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.
Namun dua telaga minyak dipertikai Kelantan terletak di luar “kawasan” itu.
“Setahu saya Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 itu masih kekal dan belum dimansuhkan kerajaan. Malah ada Ordinan yang digubal pada ketika itu, seperti ESCAR (Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975), masih digunakan,” katanya dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub yang menyokong pendirian Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri tidak berhak menuntut royalti minyak kecuali ia dapat membuktikan perairan wilayah negeri itu melebihi tiga batu nautika.
Hafarizam berkata peruntukan seperti ESCAR yang digunakan untuk mendakwa 29 anggota Al-Maunah pada tahun 2000 yang merancang untuk mengkhianati negara dengan menentang kerajaan yang dipilih secara demokrasi, membuktikan peruntukan yang digubal pada ketika itu masih belum dimansuhkan.
berita penuh
0 comments:
Post a Comment