Subhanallah!
Mengucap panjang teman bila baca kenyataan Tok Mufti Perak ni..
Buat yang kesekian kalinya..
teman terkejut atas terkejut tapi kali ini semakin jelas dengan apa yang sebenarnya selama ini berada di dalam minta Tok Mufti Perak yang seorang ni.
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak adalah berdasarkan pengamatannya terhadap PAS Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.
Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
“Mereka (PAS Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
Adakah bagi beliau kesatuan Melayu Islam di Malaysia ini hanya dengan menjadikan UMNO sebagai sahabat?
Adakah dia terlalu buta politik sehingga tidak tahu akan betapa khianatnya UMNO ini terhadap PAS suatu ketika dahulu?
Belum lagi dikira betapa khianatnya UMNO ini terhadap hak Islam di Malaysia!
Hak Islam kepada umatnya di Malaysia!
Hak Islam kepada mahkluk-makhluk Allah SWT di Malaysia!
Apakah yang menghalang beliau untuk melakukan sedikit 'kajian' sebelum sibuk mahu menyatukan PAS dan UMNO?
Dan yang sangat menghairankan, mengapa idea perpaduan ini langsung tidak pernah terpacul dari mulutnya yang suci itu sebelum kekalahan teruk UMNO di Perak dan beberapa buah negeri lain?
Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, UMNO mendapat kemenangan yang sangat-sangat besar dihampir kesemua negeri kecuali Kelantan! Malahan mendapat 2/3 majoriti di Parlimen Malaysia, dimanakah Tok Mufti yang seorang ini?
Apakah peranannya sebagai mufti ketika itu?
Apakah KPI Keutuhan Islam pada beliau hanyalah berkadar langsung dengan prestasi UMNO?
Adakah pada Tok Mufti ini UMNO itu sahajalah yang Islam?
Lemah UMNO lemahlah Islam? Begitu?
“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau.
Maka jelaslah.. Taat setianya hanyalah pada Sultan Perak..makna kata kalau UMNO Sultannya.. Maka UMNOlah keutamaannya..
Apakah mungkin dia lebih takutkan Sultan melebihi segala-galanya?
Bimbang sangatkah agaknya jika Sultan murka dan melantik mufti lain?
Itukah tarafnya?
Pada teman, ujian sebenar dalam medan dakwah adalah terjun dalam bidang politik.
Dengan ilmu dakwah yang ditelani didalam kuliah-kuliah baik di Masjid mahupun surau, dipraktikkan apabila 'turun padang' meninjau masalah-masalah rakyat terutama denga bukan Islam. Buktinya? bukan sedikit kaum India & Cina yang bukan Islam tertarik dengan gerak kerja aktivis PAS dan akhirnya menyertai PAS sebagai ahli setelah kembali kepada Islam!
Sekiranya kita hanya mendalami ilmu di masjid mahupun surau tetapi sampai ke sudah kita tidak berhadapan dengan orang bukan Islam, sampai bila pun dakwah ini tidak tercapai!
Menjadi kewajipan kita mencari segala peluang dan ruang bagi menterjemahkan segala ilmu dakwah yang kita pelajari tadi!
Kembali kepada persoalan mufti yang seorang ini..
Dalam banyak-banyak Mufti di Malaysia..
Mengapa agaknya dia lebih kehadapan membela UMNO ye?
Tepuk dada tanya Iman!
sunsnake 11032010
berita penuh
0 comments:
Post a Comment